familuv By: Yanie Baharom September 26, 2019 @ 2:00pm

Amalan surah Nabi Yusuf buat pasangan tambah sayang!

Memiliki rupa paras yang cantik adalah merupakan satu kelebihan kepada seseorang individu dan ia juga adalah antara nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya.

Oleh itu, hargailah keistimewaan yang anda miliki dan jika diperhatikan, setiap individu mempunyai kelebihan yang berbeza kerana selain rupa paras, ada juga yang dianggap istimewa kerana budi bahasa mahupun tingkah laku yang dipamerkan. 

Seperti yang kita semua tahu, Nabi Yusuf alaihissalam dilahirkan dengan rupa paras yang begitu menawan dan tampan sehingga membuatkan sesiapa sahaja tidak berkelip memandangnya.

Cuba bayangkan jika situasi itu berlaku kepada anda, pasti anda akan berasa sangat isimewa lantaran memiliki kelebihan tertentu yang mampu membuatkan orang sekeliling jatuh kasih dan mendengar apa sahaja yang anda tuturkan.

Jangan gusar sekiranya anda tidak memiliki kelebihan berkenaan kerana ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan impak positif terhadap diri, antaranya mengamalkan ayat atau bacaan tertentu di dalam al-Quran sebagai doa harian.

Antara amalan doa yang sangat bermanfaat untuk diamalkan supaya apabila saat anda berbicara dan mendepani orang ramai, mereka terpaku mendengarnya dan berasa sayang kepada anda.

Doa ini sangat baik diamalkan pasangan suami isteri terutamanya ketika berlaku perbalahan dan dipercayai dapat membantu menyelesaikan masalah anda secara baik serta tenang. Elakkan berbincang ketika kedua-duanya berada dalam keadaan yang sedang marah.

Jika anda sebagai isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, amalkan ayat daripada Surah Yusuf ini yang berbunyi:-

Foto: Bidadari

“IDZ QOLA YUSUFU LI ABIHI YA ABATI INNI ROAITU AHADAASYARO KAUKABAW WASY SYAMSA WAL QOMARO ROAITUHUM LI SAJIDIN“.

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”

Sebelum anda mengamalkan doa ini, tetapkan kepada diri dan berniatlah bahawa ia diamalkan untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri, suami mahupun tunangan orang.

Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.

Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4

Manfaat lain jika mengamalkan ayat ke-4 daripada Surah Yusuf antaranya ialah dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang tidak harmoni

Bacaan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh sebanyak tujuh  kali setiap kali selesai solat fardhu berserta kerendahan hati sambil bermohon kepada Tuhan agar mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Jika dibaca tujuh kali setiap usai solat Maghrib dan Subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri. Selepas membaca ayat yang sama kemudian diikuti pula ayat 1 hingga 18 di dalam surah Taha, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.

Selain ayat ke-4 surah Yusuf ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah Maha lembut kepada hambaNYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan DIAlah yang Maha kuat, lagi Maha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.

Pada ketika lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang Maha hidup), “Ya Qayyum” (yang Maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang Maha pengasih).

Jadikan amalan doa ini sebagai makanan harian anda. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 6 Nov 2018
familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.

familuv Thu, 6 Sep 2018

Ini Cara Untuk Pastikan Anak Anda Makan Bekalan Makanan Yang Dia Bawa Ke Sekolah

Sakitnya hati bila anak tak makan pun apa yang kita dah pack untuknya.

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

familuv Mon, 19 Nov 2018
familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.

familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

| Live TV