familuv By: Yanie Baharom July 31, 2018 @ 9:00pm

Anak Terpengaruh Dengan Iklan Makanan, Ibu Bapa Usah Terlalu Turut Kehendak Mereka

“Mmm… sedapnya ayam goreng tu… Ibu, boleh tak nanti malam kita makan ayam goreng macam dalam TV tu..”

“Ayah… kalau ayah nak pergi kedai, Aqif nak ikut nak beli  keropok macam dalam TV tu..”

Pernahkah anda mendengar ayat-ayat seperti di atas keluar daripada bibir mungil anak-anak anda? Jika pernah, ini bermakna anak anda telah berjaya dipengaruhi untuk membeli makanan yang diiklankan.

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membiarkan sahaja senario ini berlaku dan tidak mengendahkannya kerana kajian telah membuktikan bahawa pendedahan terhadap iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun.

Kenapa? Kerana mereka masih mentah dan tidak mengetahui tujuan sebenar pengiklanan makanan.

1. Pengaruh iklan makanan terhadap pengetahuan pemakanan kanak-kanak

Foto: The Conversation

a. Iklan makanan boleh mempengaruhi pengetahuan pemakanan kanak-kanak.

b. Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan iklan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak adalah terhadap makanan yang kurang berkhasiat serta tinggi kandungan tenaga lemak, gula dan/atau garam.

c. Oleh kerana makanan ini sering diiklankan, kanak-kanak menganggap bahawa makanan ini adalah makanan yang berkhasiat. Tetapi sebenarnya makanan tersebut adalah kurang berkhasiat dan tidak membantu mereka mendapat khasiat yang secukupnya untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

2. Pengaruh iklan makanan terhadap pemilihan makanan kanak-kanak

Foto; The Conversation

a.. Pengiklan makanan menggunakan pelbagai teknik kreatif bagi menarik minat kanak-kanak terhadap makanan yang diiklankan, dalam usaha “memujuk” penonton untuk memilih makanan tersebut.

b. Teknik kreatif yang digunakan termasuk penggunaan watak kartun, watak “hero” yang gagah, lawak jenaka, suasana yang ceria dan muzik yang menggembirakan.

c. Kajian menunjukkan bahawa teknik-teknik kreatif yang digunakan ini berjaya “memujuk” kanak-kanak memilih makanan yang diiklankan ataupun meminta ibu bapa mereka membeli makanan tersebut.

d. Semakin terdedah seseorang kanak-kanak terhadap iklan makanan, semakin mudah mereka terpengaruh dengan “pujukan” iklan makanan tersebut.

3. Pengaruh iklan makanan terhadap pengambilan makanan kanak-kanak

a. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari akan terdedah kepada 56 hingga 126 iklan makanan dalam tempoh seminggu.

b. Kanak-kanak yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari ini didapati mengambil lebih banyak makanan segera, minuman manis dan snek yang manis ataupun masin, berbanding kanak-kanak yang tidak menonton televisyen.

c. Kajian juga menunjukkan bahawa semakin banyak seseorang kanak-kanak itu terdedah kepada iklan makanan, semakin tinggi pengambilan tenaga (kalori) mereka.

d. Kanak-kanak yang terdedah kepada iklan makanan akan mengambil 45% lebih tenaga berbanding kanak-kanak yang tidak terdedah kepada iklan makanan.

e. Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa diet yang mengandungi makanan yang diiklankan boleh membekalkan gula dan lemak yang melebihi saranan pengambilan (melebihi 100%), iaitu 2560% bagi gula dan 2080% bagi lemak.

f. Diet ini juga tidak boleh membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang mencukupi, iaitu hanya 27% bagi buah-buahan, 40% bagi sayur-sayuran dan 32% bagi susu.

g. Dalam masa yang sama, diet ini tidak dapat membekalkan serat, vitamin A dan E, zat besi, kalsium dan potasium yang mencukupi untuk kanak-kanak.

h. Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa iklan makanan boleh memberi kesan yang buruk terhadap pengambilan makanan kanak-kanak.

i. Amalan pemakanan yang tidak baik semasa kanak-kanak ini boleh berterusan sehingga mereka dewasa.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal anak-anak daripada pendedahan yang berlebihan terhadap iklan makanan, terutama di televisyen. Ini kerana televisyen merupakan medium utama bagi pengiklanan makanan.

4. Pengaruh iklan makanan terhadap kesihatan kanak-kanak

Foto: TheRichest

a. Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan makanan yang diklankan adalah makanan yang kurang berkhasiat dan tinggi kandungan tenaga, lemak, gula dan/atau garam.

b. Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat serta tinggi kandungan tenaga, gula dan lemak secara berlebihan bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepada obesiti dan masalah-masalah kesihatan seperti kolesterol dan lemak darah yang tinggi semasa kanak-kanak, malah turut mendedahkan mereka kepada penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes ketika dewasa.

c. Hasil satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton iklan makanan selama 14 minit akan mengambil makanan yang lebih sebanyak 8.8 gram.

d. Perkara ini dijangka akan menambahkan pengambilan kalori sebanyak 94 kcal sekiranya kanak-kanak ini menonton iklan selama 30 minit sehari, dan peningkatan berat badan yang tidak diingini sebanyak 5 kg setahun.

5. Iklan makanan sememangnya boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan kanak-kanak.

Foto: Metrotvnews.com

a. Masa untuk kanak-kanak menonton TV lebih banyak daripada bermain dan menjalankan aktiviti fizikal yang dapat membantu pembakaran kalori berlebihan sekaligus menjaga berat badan.

b. Pengambilan makanan kurang berkhasiat yang sering diiklankan di televisyen boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi gemuk, di samping mengalami masalah kekurangan zat makanan mikro seperti anemia atau kekurangan zat besi. Masalah pendengaran juga salah satu berpunca daripada kekurangan zat besi.

So, ibu-bapa sekalian sudah jelaskan betapa besarnya pengaruh iklan dan implikasinya jika anak anda mengambil pemakanan yang tidak sihat. Justeru itu, berhemahlah ketika anda terpaksa menolak permintaan anak anda demi kebaikan masa depan mereka.

Sumber: Myhealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 10 Jan 2020
familuv Mon, 10 Jun 2019

Menang gelaran menantu paling ‘ohsem’, ini caranya pikat hati mentua!

Oh! rupanya tak susah pun nak jaga hati mentua kita.

familuv Tue, 27 Nov 2018

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Anak Tak Lalu Makan

Kadang-kadang sampai bergaduh nak beri anak makan!

familuv Wed, 20 Nov 2019

Ini cara tetapkan Netflix supaya selamat ditonton oleh si kecil

Lindungi anak daripada kandungan yang tidak sesuai untuknya.

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

familuv Tue, 24 Mar 2020
familuv Tue, 15 May 2018

Kekalkan Hubungan Yang Erat, 10 Cara Ini Mewujudkan Bonding Di Antara Ahli Keluarga

Dalam mengharungi era globalisasi dan teknologi yang semakin canggih, hubungan kekeluargaan bagaikan ampuh.

familuv Tue, 28 Aug 2018

Ingin Cerdas Seperti Tun M? Jangan Pandang Remeh 9 Tip Ini

Pakar sakit puan Datuk Dr Hamid Arshat kongsikan 9 cara untuk mencerdaskan otak yang diamalkan beliau.

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

familuv Fri, 19 Jul 2019

Suami kaki pukul, isteri perlu bertindak!

Pertahankan hak sebagai isteri!