familuv By: tex_admin March 15, 2019 @ 5:52pm

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Ibu tiri sering dikaitkan dengan wanita berpenampilam jahat seperti yang digambarkan dalam dongeng klasik Bawang Putih Bawang Merah dan Cinderella.

Pada hakikatnya, setiap individu adalah berbeza dan tidak patut disamakan dengan cerita rakyat tersebut.

Apabila berkahwin dengan lelaki yang pernah berkahwin dan sudah mempunyai anak, anda harus bersedia dengan tanggungjawab yang harus digalas.

Sesungguhnya, menjadi ibu tiri bukanlah mudah. Oleh itu, beberapa panduan ini mungkin berguna untuk anda yang sudah atau bakal melangkah ke alam ini.

1. Jangan cuba jadi kawan baik anak tiri

Sesetengah orang mungkin merasakan bahawa menjadi rakan baik dengan anak tiri anda akan mempengaruhi penerimaan mereka terhadap anda.

Namun begitu, dengan memberi imej bahawa anda adalah rakan baik kepada mereka akan menghilangkan rasa hormat mereka terhadap anda.

Anda harus menunjukkan sifat keibuan yang dimiliki untuk memenangi hati mereka.

Mungkin mereka akan menolak kehadiran anda tetapi dengan usaha yang berterusan, mereka pasi akan memahami.

Foto: New Kids Center

2. Elakkan menjadi pengganti ibu kandung

Anak tiri anda mungkin berasa terancam dengan kehadiran anda yang dirasakan bakal merampas bapa mereka.

Kehilangan ibu mereka disebabkan penceraian atau kematian pasti akan meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi anak tiri anda.
Oleh itu, anda tidak perlu meluahkan perkara ini melalui kata-kata kepada mereka, tunjukkanlah keikhlasan anda melalui perbuatan menjaga keperluan mereka.

3. Komunikasi yang jujur dan terbuka dengan suami

Jika anda tertekan dengan sikap anak tiri, berbincang dan berkomunikasi dengan suami anda mengenai cara yang paling sesuai dilakukan. Anda harus melibatkan suami anda sebagai seorang bapa dalam menegur kesilapan yang mereka lakukan.

Namun begitu, ia tidak bermakna anda tiada hak untuk memarahi mereka. Niatkan dalam diri bahawa anda sedang mendidik dan mengajar mereka tentang kesalahan yang mereka telah lakukan.

Pasti mereka akan memahami.

Foto: YourTango

4. Bina hubungan baik dengan ibu kandung anak tiri

Jika anda tidak keberatan, berbaik-baiklah dengan bekas isteri kepada suami anda. Ia pasti akan memberi banyak perbezaan dalam kehidupan anda kelak.

Ini kerana, anda tidak perlu memeningkan kepala dengan memikirkan masalah yang dihadapi antara kalian berdua nanti!

5. Bersabar dengan kerenah anak tiri

Walaupun pada hakikatnya mereka bukanlah anak kandung anda, tetapi kalian memerlukan orang yang sama.

Dengan memasuki kehidupan mereka, anda haruslah bersabar dengan kerenah mereka tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh menegur kesilapan mereka langsung.

Berfikiran rasional akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang mungkin terjadi antara kalian.

Foto: PureWow

Sumber: British Telecommunications

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 8 Feb 2019

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Setiap isteri mempunyai hak yang sama ke atas harta pusaka suami

familuv Sat, 23 Mar 2019
familuv Mon, 18 Mar 2019
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Video Memasak, Ramai Puji Anak Aliff Syukri – “Dahlah Cantik, Pandai Masak Pula Itu!”

Umum mengetahui, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid iaitu Qadejah Elzahra sememangnya minat memasak. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang […]

familuv Wed, 16 Oct 2019

10 tanda anak anda mangsa buli siber

Golongan kanak-kanak pun boleh terkena.

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.

familuv Thu, 19 Mar 2020
familuv Fri, 13 Mar 2020

Elak anak jadi ‘penagih’ sejak kecil!

Jangan biarkan gajet musnahkan masa depan anak.

familuv Thu, 4 Oct 2018

5 Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Supaya Lebih Aktif Dari Segi Kesihatan Fizikal

Kanak-kanak yang aktif juga akan lebih fokus dalam pelajaran di sekolah.