familuv By: Ad Ops May 24, 2018 @ 6:00pm

Apabila Memilih Nama Anak, Elakkan Daripada Melakukan 4 Kesalahan Lazim Ini

Salah satu benda yang syok bila dapat anak baru ialah kita dapat berikan nama kepadanya. Tak ada orang lain yang ada hak itu melainkan kita. Best!

Nama ini juga akan digunakan olehnya untuk seumur hidup – memang membanggakan! Tapi ia juga merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Jangan ingat nak bagi nama sedap saja. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Kalau dah tersilap, anak anda berpotensi untuk lama-lama benci nama yang diberi kepadanya.

Jadi sebelum anda decide untuk berikan mana-mana nama untuk anak anda, ketahui dulu perkara-perkara yang anda perlu elak.

Foto: http://www.1xx.co.nz

1. Jangan berikan nama perempuan kepada anak lelaki

Untuk setiap jantina itu, ada banyak nama sesuai yang sedap-sedap. Kenapa nak pilih nama yang khas untuk jantina yang satu lagi?

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Education Finance and Policy, kanak-kanak lelaki yang diberi nama yang bunyinya macam nama perempuan akan mengalami masalah tingkah laku ketika di sekolah rendah berbanding mereka yang mempunyai nama lelaki betul.

Ada potensi juga untuk mereka dibuli dan diejek oleh rakan sebaya. Kasihanilah dia.

2. Jangan pilih nama yang susah untuk disebut atau dieja

Ramai ibu bapa moden kini semakin “adventurous” dalam menamakan anak mereka. Itu sebabnya dalam setahun dua ini anda ada lihat nama-nama kanak-kanak yang pelik dan luar biasa.

Ibu bapa ini mungkin inginkan kelainan, tapi mereka perlu ingat yang ini akan timbulkan banyak masalah kelak, seperti tersalah ejaan di dalam sijil pentadiran, ataupun tersalah sebutan apabila dipanggil.

Sebelum anda namakan anak anda pelik-pelik, fikir dulu 5 kali. Dia yang susah bila dia besar nanti.

3. Nama yang diberikan itu janganlah terlalu panjang

Selain susah nak eja atau sebut, nama yang panjang sangat pun menyusahkan. Cuba bayangkan ketika dia ingin menduduki peperiksaan. Kalau nama panjang sangat, terus kurang masanya untuk menjawab soalan kerana banyak dah dihabiskan untuk menulis namanya saja. Bukan itu saja! Bila nak isi borang pun kadang-kadang kotak kosong untuk setiap huruf yang diberikan pun tak cukup.

Kalau nak panjang pun, pilih nama yang ada 2 perkataan dah cukup. Tak payah sampai 3 atau 4.

4. Pilih nama mengikut persetujuan kedua-dua ibu bapa

Ada ibu-ibu yang dah pilih nama untuk anaknya sejak sebelum dia mendirikan rumahtangga lagi. Tak ada masalah sebenarnya, tapi kalau si ayahnya tak berapa berkenan, kenalah tukar. Jangan terlalu keras kepala sampai tak boleh terima cadangan orang lain. Anak ini kan hasil daripada hubungan dua insan?

Jadi, fikir-fikirlah dulu dan jangan buat keputusan terburu-buru. Ingat, ia ada kesan jangka panjang kepada anak anda. Kalau boleh, pilihlah nama yang ada maksud yang baik, ya!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

familuv Thu, 14 Feb 2019

4 tanda keradangan apendiks dalam kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu

Apabila berlaku, si kecil perlu dibedah dengan segera!

familuv Tue, 21 Apr 2020
familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

familuv Wed, 19 Dec 2018

7 Tahun Berkahwin Dan Belum Ada Zuriat, Mizz Nina Tetap Happy!

Mizz Nina, kisah hidupnya jadi inspirasi ramai.

familuv Tue, 26 Feb 2019

Ada video dalam aplikasi YouTube Kids yang mengajar penonton cilik untuk bunuh diri!

Ibu bapa perlulebih berhati-hati mengenai kandungan Internet yang diakses anak!

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.

familuv Tue, 11 Dec 2018

5 Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Melegakan Anak Sembelit

Kanak-kanak normal biasanya buang air besar 2 kali seminggu.