familuv By: Ad Ops February 21, 2019 @ 2:00pm

Bebola coklat dan mentega kacang ini mampu memberi tenaga kepada ibu yang menyusu

Ibu-ibu yang menyusukan anak memang bertuah kerana mereka dapat membina ikatan kasih sayang dengan cahaya mata mereka.

Tetapi dengan melaksanakan tugas itu, mereka pasti berasa penat.

Maklumlah, tugas seorang ibu bukannya mudah, lebih-lebih lagi jika dia juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Lagi mencabar jika dia mempunyai kerjaya tersendiri atau perlu membesarkan anak yang lain serta membuat kerja rumah. Tabik hormatlah!

Bagi memastikan semua tugas dapat diselesaikan, setiap ibu memerlukan tenaga tambahan dan ia boleh datang dalam bentuk makanan!

Sejenis snek yang boleh dicuba ialah bebola coklat mentega kacang yang kaya dengan mineral beta glukan, potasium, asid amino threonine serta glisin.

Ramuan istimewa ini dapat membantu badan wanita untuk menghasilkan prolaktin, sejenis hormon yang merangsang badan untuk menghasilkan susu.

Di bawah ini ialah resipinya, dan ia tidak memerlukan penggunaan ketuhar pun. Uli-uli sahaja dengan tangan dan makan!

Bahan

  • 1 cawan kurma, dibasuh dan dibuang biji
  • 2 cawan oat
  • 2 sudu besar yis
  • ½ cawan mentega kacang
  • ½ cawan kepingan coklat susu

Cara penyediaan

  1. Kisarkan kurma, oat, yis dan mentega kacang hingga ia bergabung.
  2. Bukakan penutup pengisar dan tekan-tekan campuran tadi dengan jari hingga sedikit mampat. Kemudian, pindahkan campuran ke dalam sebuah mangkuk.
  3. Masukkan kepingan coklat dan gaul dengan sudu hingga sebati.
  4. Ambil sedikit campuran dan uli hingga menjadi bebola kecil. Ulang hingga campuran habis.
  5. Hidang!

Selamat mencuba!

Source: Goodful

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 7 Mar 2019

Inilah usia terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi wanita

Sebelum hamil, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab.

familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Tue, 21 Apr 2020
familuv Tue, 10 Mar 2020
familuv Fri, 8 Mar 2019

Ikuti cara Rasulullah SAW melayan isterinya. Cukup indah!

Khas buat suami isteri yang ingin hangatkan rumah tangga.

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

familuv Tue, 17 Jul 2018

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri.

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Fri, 27 Jul 2018

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Topik sumbang mahram melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.