familuv By: Yanie Baharom September 11, 2018 @ 10:00am

Bukan Wanita Dewasa Saja, Miss V Bayi Perempuan Anda Juga Perlu Penjagaan Yang Betul

Seorang bayi berusia 11 bulan telah terkena jangkitan saluran kencing kerana kemaluannya dibersihkan dengan cara yang salah antara kes yang pernah menjadi tumpuan media tidak lama dulu.

Insiden yang berlaku kepada bayi berkenaan, sejenis jangkitan yang hanya boleh dihidapi sekiranya tidak mengikut cara membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan betul.

Ikuti panduan lengkap mengenai apa yang normal dan tak normal tentang kemaluan bayi perempuan anda sekaligus atucara pembersihan kemaluan bayi perempuan dengan betul.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan: Apa yang anda perlu tahu?

Pakar kanak-kanak, Dr. Laura Jana berkata, adalah normal jika anda melihat kemaluan bayi perempuan anda sedikit bengkak selepas lahir.

Khususnya, anda akan perasan bibir luar vagina (labia majora) bengkak dan kulit labia akan licin atau sedikit berkedut.

Normal jika anda ternampak sedikit tisu berwarna pink terkeluar di antara labia. Ini dipanggil humenal tag dan akan hilang sendiri ke dalam labia apabila kemaluan anak perempuan anda berkembang.

Jika anda lihat bayi mengeluarkan cecair berwarna jernih, putih atau kemerahan seperti darah haid, ini juga normal.

Ia terjadi disebabkan oleh kesan hormon ibu yang masuk ke dalam badan bayi dan akan hilang sendiri dalam beberapa minggu.

Jika keadaan ini berlaku, jangan gosok vagina anak anda. Jika dalam masa beberapa minggu cecair ini tak hilang dan mengeluarkan bau, hubungi doktor anda dengan segera.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan betul.

1. Waktu mandi

Foto: Snugliees

Kemaluan bayi perempuan sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.

Pada dua minggu pertama, ramai ibu bapa memilih untuk membersihkan kawasan ini dengan hanya menggunakan air yang bersih dan kapas.

Tapi jika anda ingin menggunakan sedikit sabun bayi ke dalam air yang anda gunakan juga tak menjadi masalah. Anda juga boleh gunakan tisu basah tanpa bau atau kedua-dua cara sekali.

Pastikan sabun yang anda pilih adalah sesuai dengan bayi dengan mengujinya di kawasan kecil kulit bayi anda.

Jika sabun tersebut sesuai dengan bayi, campurkan sedikit ke dalam air dan celupkan kain lembut atau span dan bersihkan kawasan kemaluan dari depan ke belakang.

Jangan gosok kawasan kemaluan bayi anda semasa membersihkan. Apabila selesai mandi, lap dengan cara menekapkan tuala perlahan-lahan untuk mengeringkan air dan bukan dengan menggosok.

Ingat: jika bayi anda buang air besar sebelum waktu mandi, bersihkan kawasan kemaluannya dulu sebelum memasukkannya ke dalam air mandi.

2. Semasa menukar lampin

Foto: Oqean

Pertama, gunakan lampin untuk membersihkan kotoran pada kawasan kemaluan.

Gunakan tisu basah atau kapas dan usap dari depan ke belakang. Guna tisu basah yang baru selepas satu usapan.

Membersihkan kemaluan dengan cara ini akan mengelakkan bakteria dari punggung bayi berpindah ke vagina.

Tepuk kawasan kemaluan dengan lembut untuk mengeringkan dan anda boleh meletakkan krim lampin jika anda mahu sebelum memakaikan lampin baru.

Semasa menukar lampin, jika anda perasan yang najis telah masuk ke dalam bibir vagina, ini adalah cara yang betul untuk membersihkannya:

Selepas membasuh tangan dengan bersih, perlahan-lahan buka bibir vagina bayi anda.

Gunakan kain lembab yang bersih atau tisu basah dan perlahan-lahan bersihkan kawasan dari depan ke belakang bermula dari tengah vagina di tempat yang kotor.

Jika bayi anda lasak dan banyak bergerak, gunakan air dan sedikit sabun untuk membersihkan kemaluan mereka.

3 masalah kesihatan jika cara membersihkan kemaluan bayi perempuan salah.

Foto: pnmag

1. Inguinal Hernia

Menurut Dr. Victoria Rogers McEvoy, penolong profesor di Sekolah Perubatan Harvard, keadaan ini terjadi apabila tisu badan seperti gelung usus bergerak ke kanal inguinal yang terbuka.

Ini akan menyebabkan benjolan yang tak menyakitkan di kawasan pangkal paha anak anda yang akan anda perasan semasa menukarkan lampinnya.

2. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Bayi anda boleh mendapat UTI dari bakteria yang telah membiak di dalam saluran kencingnya.

Untuk bayi perempuan, uretra dan lubang punggung jaraknya sangat dekat dan risiko untuk mendapat UTI lebih tinggi jika tak dibersihkan dengan betul selepas buang air besar atau kecil.

Ini sebabnya kenapa ia penting untuk anda sentiasa membersihkan kawasan kemaluannya dari depan ke belakang untuk mengelakkan najisnya berpindah ke vagina.

Biasanya, tanda UTI adalah demam yang tinggi. Tapi kadang-kadang, ia akan disertai dengan tak selera makan, muntah-muntah, kencing berbau pelik dan mood tak menentu secara tiba-tiba.

Jika anda nampak tanda-tanda ini pada bayi anda, beritahu doktor dengan segera kerana UTI yang tak dirawat boleh merosakkan buah pinggang.

3. Labia melekat

Ini terjadi apabila kulit di depan vagina melekat. Ini biasanya terjadi kerana iritasi dari ruam lampin, kata Dr. Monique pakar ginekologi kanak-kanak di New York. Ia juga kadang-kadang boleh dilihat semasa bayi baru lahir.

Labia melekat ini biasanya tak sakit dan tak akan mengganggu bayi anda untuk kencing.

Nota: Segala maklumat di atas hanyalah untuk rujukan anda, sebaiknya jika berlaku sebarang keraguan tentang kesihatan bayi anda segera mendapatkan nasihat doktor untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 4 Dec 2018

Nak Jadi Ibu Bapa Yang Penyabar? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Jika kerap memarahi anak, emosi mereka akan terjejas!

familuv Mon, 12 Sep 2022
familuv Tue, 7 Aug 2018

7 Filem Korea Bertema Kekeluargaan Wajib Ditontoni Anda

Karya yang disenaraikan ini bukan saja membuatkan hati anda tersentuh malah akan lebih menghargai keluarga tersayang selepas menyaksikannya.

familuv Thu, 30 Apr 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

familuv Tue, 31 Dec 2019
familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.