familuv By: tex_admin November 27, 2018 @ 9:00am

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Anak Tak Lalu Makan

Menjadi seorang ibu memang penuh dengan cabaran apabila anak sudah mula membesar. Daripada segi penjagaan, kesihatan sehinggalah pemakanan mereka, pastinya ada cabarannya yang tersendiri.

Kali ini penulis nak menulis tentang masalah yang biasa para ibu perlu lalui iaitu cabaran memberi anak makan. Kadang-kadang, berpeluh dahi menyediakan masakan berkhasiat tapi bila ingin menyuap anak makan, mereka tolak begitu sahaja. Ataupun, hanya 2 hingga 3 suap sahaja nak makan. 

Penulis percaya, ramai para ibu yang mengalami situasi sebegini kan? Dalam pada kita risau anak tak lalu makan, pernah tak anda terfikir kenapa mereka begitu? Apa puncanya mereka tak nak makan nasi, sayur, ikan dan sebagainya? 

Mungkin penjelasan doktor ini akan menjawab persoalan anda. Jom semak!

Foto: Siakap Keli News

1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.

2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula, biskut, kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada stock di rumah. 

3. Ibu bapa atau penjaga tidak tahu nak berikan anak makanan yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar, tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.

4. Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera makan disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.

Foto: Savvymom.ca

Menurut doktor ini lagi, anak yang berumur lebih dari 1 tahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol (250ml) adalah terlalu banyak. Lebih-lebih lagi diberikan susu berperisa, pasti anak akan nak minum susu saja. 

Untuk pengetahuan anda, susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perisa tiruan dan banyak pewarna yang boleh menjejaskan sistem penghadaman anak. 

Sama juga dengan memberikan banyak processed food kepada anak, mereka akan menerima karbohidrat dan lemak serta tak cukup vitamin, zat galian dan protein.

Ini akan menyebabkan mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik sekaligus membuatkan selera anak-anak pada makanan berkhasiat akan berkurang. Anak juga akan tidak berselera pada makanan sihat dan pilih makanan yang tak sihat.

Kesimpulannya, semaklah jenis makanan yang anda beri kepada anak anda. Mulai dari sekarang jauhi mereka daripada makanan junk food dan latih mereka untuk makan makanan yang berkhasiat hasil daripada air tangan anda. 

Jika anak anda sudah berusia 2 tahun, anda boleh mengehadkan susu kepada dua gelas sehari dan berikan susu full cream bukannya susu formula. Ini kerana, sekiranya anak anda mempunyai selera makan seperti biasa, mereka tak perlu susu pun tak apa, kalsium dan zat galian boleh dapat daripada makanan.

Apa pun, rujuklah dengan doktor sekiranya anak anda masih tiada selera makan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 16 Jun 2020
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

familuv Mon, 13 Apr 2020

Bunuh ibu kerana ketagih permainan dalam talian

Ketahui tanda-tanda ketagihan gajet!

familuv Mon, 6 Apr 2020
familuv Mon, 18 Mar 2019
familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Mon, 4 Feb 2019
familuv Mon, 18 Mar 2019

5 cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam

Mungkin ada antara anda yang pernah melakukannya tanpa sedar.

familuv Sat, 22 Sep 2018