familuv By: Yanie Baharom July 13, 2018 @ 6:00pm

Elak Hubungan Dengan Ibu Bapa Menjadi Seperti Tahi Ayam, Aplikasi 5 Pendekatan Ini

Pernah dengar tak peribahasa Melayu ini ‘jauh bau bunga, dekat bau tahi’. Atau maksudnya sanak saudara apabila jauh selalu teringat atau terkenang, apabila dekat selalu bertengkar.

Begitulah juga hubungan ibu bapa dan anak-anak lebih-lebih lagi mereka yang tinggal sebumbung.

Tidak dinafikan, pengaruh ibu bapa dalam kehidupan anak sangat besar. Dah namanya pun anak, tanpa orang tua, mana mungkin kita dilahirkan ke dunia.

Tugas seorang ibu bukan saja melahirkan, malah merawat, mendidik dan membesarkan sehingga dewasa. Sementara bapa pula peranan mereka lebih kepada mencari rezeki untuk keluarga.

Justeru sudah sewajarnya kita sebagai anak menghormati dan berbakti kepada mereka. Bagaimana cara untuk kita menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa sebenarnya tidaklah sulit. Paling mudah dengar nasihat mereka.

Yang sulit dan rumit, apabila pendapat orang tua bertentangan dengan pendirian anak-anak. Percanggahan ini boleh mendorong kepada perselisihan faham, sesetengah hubungan menjadi keruh.

Biasanya anaklah yang tersepit, bila mereka menentang, mereka dikatakan tidak menghormati orang tua atau bahasa kasarnya ‘menderhaka’.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini? Mungkin anda perhalusi lima pendekatan ini supaya hubungan orang tua dengan anak sentiasa mesra dan mencapai kesepakatan dalam apapun perbincangan.

Foto: arfamiliesfirs

1. Cubalah untuk mendengar

Meskipun pendapat orang tua bertentangan dengan pemikiran kita, cubalah mendengar walaupun hanya sekadar mendengar. Ia lebih baik daripada membangkang atau memotong perbualan mereka.

Sesudah mereka selesai memberikan hujah, barulah kita mengambil sedikit ruang untuk mengutarakan pendapat kita pula.

2. Ambil nasihat berguna

Biar sejauh mana anda tidak bersetuju dengan pendapat orang tua anda, percayalah ada sesetengah nasihat mereka boleh diguna pakai kerana tiada ibu bapa yang mahu merosakkan anak-anak, sebaliknya mahukan yang terbaik.

Jika pendapat orang tua itu merupakan nasihat yang baik untuk kita, maka jangan ragu untuk bersetuju dengan mereka. Pokoknya apa saja bentuk nasihat yang baik, tiada salahnya untuk diguna pakai.

3. Sabar

Bila berlaku perbalahan dengan orang tua, elakkan menggunakan kata-kata yang tidak sopan dan berusahalah untuk sabar sekalipun orang tua tetap teguh dengan pendiriannya dan enggan menerima pandangan kita.

4. Bicara dari hati ke hati

Bicara secara jujur dan jelaskan alasan yang kukuh mengapa pendapat kita itu perlu diberi perhatian. Siapa tahu kejujuran kita itu boleh melembutkan hati orang tua sekaligus mendorong keterbukaan minda mereka.

5. Cari masa yang sesuai

Sekiranya hubungan dingin dek kerana belum menemukan kesepakatan juga keengganan berganjak dengan pendirian masing-masing, sebaiknya ambil masa untuk menenangkan diri masing-masing. Jika keadaan sudah reda, barulah berbincang semula bagi meleraikan segala konflik.

Sumber : Famifi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

familuv Wed, 20 May 2020

Contohi Agong dan Raja Permaisuri yang kerap berpegangan tangan

Kuasa sentuhan mampu meredakan kesakitan

familuv Mon, 11 May 2020
familuv Sun, 10 May 2020
familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Thu, 13 Dec 2018
familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.