familuv By: tex_admin March 13, 2019 @ 4:05pm

Hamil pada usia 30 tahun ke atas. Bahaya atau tidak?

Wanita dianugerahkan dengan keupayaan melahirkan zuriat yang merupakan idaman setiap pasangan.

Namun begitu, dengan kemajuan negara yang sedang dikecapi, wanita juga mempunyai tanggungjawab yang datang seiring dengan kerjaya dimiliki.

Mereka berusaha untuk mengejar cita-cita yang diimpikan serta pada masa sama bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, sesetengah wanita mungkin akan melangsungkan perkahwinan pada usia yang agak lewat. Usia yang lanjut iaitu 30 tahun ke atas pasti akan menjadi kerisauan bagi anda yang ingin merancang untuk berkeluarga.

Foto: says.com

Usah risau!

Ini kerana, menurut pakar psikologi dalam kesihatan reproduktif wanita, Dr Juli Fraga, masyarakat percaya bahawa wanita yang berusia 35 tahun ke atas tidak disarankan untuk mengandung. Namun begitu, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan hal ini.

“Kerisauan untuk hamil pada usia yang lanjut adalah berasas. Tetapi, ia tidak bermakna wanita yang mencapai usia sebegitu tidak boleh hamil sama sekali. Ini kerana, terdapat cara yang boleh membantu masalah kesuburan seperti menggunakan rawatan moden iaitu IVF.

Bagi anda yang sedang cuba untuk hamil, ketahui beberapa kebaikan sekiranya hamil pada usia 30 tahun ke atas.

1. Panjang umur

Jika anda melihat dunia dari perspekif anak, ia juga akan mempengaruhi pemikiran anda. Satu kajian yang sedang dijalankan oleh Perubatan Dalaman JAMA mengatakan sikap yang positif akan membantu ibu bapa yang berusia untuk hidup lebih lama, bahagia dan bebas.

Foto: Today’s Parent

2. Jadi lebih bijak

Menurut kajian dalam Jurnal Masyarakat Warga Emas Amerika, ibu hamil yang berusia 35 tahun ke atas akan menjadi lebih bijak! Ini kerana, hormon yang mengalir di dalam badan dan otak semasa hamil akan meningkatkan keupayaan untuk menyelesaikan masalah, daya ingatan dan penaakulan.

3. Trend masa kini

Disebabkan ramai wanita sedang mengejar cita-cita dan impian mereka, maka perkahwinan adalah perkara paling terakhir yang difikirkan. Dalam hal ini, mereka akan melahirkan anak pada usia yang agak lanjut. Anda mungkin akan mengalami masalah kesuburan tetapi ia mungkin dapat diatasi dengan rawatan tradisional atau moden.

Foto: RotiKaya

Oleh itu, jika anda adalah salah seorang daripada kumpulan ini, jangan bebankan kepala dengan terlalu banyak berfikir! Anda tidak keseorangan.

Sumber: Parents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 4 Sep 2018

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Tanda-tanda setiap kehamilan adalah berbeza, tidak kiralah kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya.

familuv Mon, 1 Oct 2018

Selamatkan Anak Anda Daripada Kanser Dengan Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Prihatin

Jangan leka dengan telefon, perhatikan setiap inci perubahan fizikal anak anda!

familuv Thu, 16 May 2019

Adakah roti selamat untuk dimakan oleh bayi?

Ketahui juga beberapa menu ringkas untuk si kecil.

familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

familuv Wed, 31 Oct 2018

Ciuman Mulut Beri Kebaikan Kepada Kesihatan Suami Isteri

Ciuman mulut ke mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit.

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Fri, 27 Jul 2018

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Topik sumbang mahram melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.

familuv Fri, 8 Jun 2018

The Family UK Keluarga Contoh Buat Si Perantauan Agar Tidak Lupa Asal Usul

Walaupun dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, ketiga-tiga beradik itu terutamanya Fatimah Omar Mukhlis, 4, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’.

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!