familuv By: Yanie Baharom February 1, 2019 @ 3:00pm

Hebat memimpin kakitangan di pejabat tetapi kenapa di rumah ‘Lady Boss’ sukar menangani konflik?

Wanita masa kini, tidak hanya duduk di meja kerani, mahupun berbakti sebagai setiausaha atau pembantu peribadi kepada majikan, sebaliknya semakin ramai wanita bergelar ketua pejabat, pengarah jabatan, pengurus besar, pengarah urusan, juga menyandang jawatan tertinggi sebagai seorang menteri dan gabenor.

Pencapaian wanita sebagai pentadbir sesuatu organisasi cukup membanggakan. Berupaya mengendalikan staf lelaki tidak sedikitpun menjejaskan kredibiliti ketua-ketua wanita ini. 

Penerimaan masyarakat terhadap wanita sebagai ketua diterima baik di Malaysia. Begitu pun, di sebalik penerimaan yang baik dalam organisasi tertentu, masih wujud masalah dalam kehidupan wanita itu sendiri yang melibatkan kehidupan rumahtangga mereka. 

Masalah ini akan lebih terasa apabila suami menjawat jawatan lebih rendah daripada si isteri. Berbagai isu boleh timbul, sama ada daripada suami, isteri, ibu bapa, adik-beradik maupun ipar duai yang mampu menggugat keharmonian rumahtangga.

Foto: The Daily Beast

Antara punca yang mencetuskan konflik rumahtangga apabila seseorang wanita itu bergelar ketua adalah:

1. Sikap wanita itu sendiri

Menjadi ketua memerlukan anda bersikap sebagai seorang pemimpin yang sering memberi arahan dan teguran terhadap pekerja anda. Kadangkala sikap anda ini terbawa-bawa hingga di rumah. Anda seakan-akan lupa bahawa suami adalah pemimpin rumahtangga dan anda perlu patuh kepadanya. Sikap tegas yang tidak bertempat serta memberi arahan kepada suami akan hanya menyebabkan suami merasakan anda tidak menghormatinya dan memandang rendah terhadap haknya sebagai pemimpin keluarga.

 

2. Sikap suami

Sikap ego suami yang melampau juga boleh mencetus konflik dalam hubungan rumahtangga. Ada sesetengah suami yang cuba menunjukkan kuasa di rumah kerana khuatir si isteri akan memijak kepala hanya semata-mata kerana isterinya seorang ketua di pejabat. Sikap takut akan bayang-bayang sendiri ini akan memberi tekanan terhadap diri sendiri dan keluarga.

 

3. Sikap ibu bapa

Sikap prejudis sesetengah ibu bapa apabila anak perempuan mereka memegang jawatan tinggi juga menimbulkan ketegangan dalam rumahtangga. Mereka merasakan pasangan anaknya tidak setaraf dengan kedudukan si anak. Bagi mereka, menantu hanya ingin menumpang kesenangan anak mereka. Keikhlasan pasangan si anak begitu dicurigai, pelbagai tanggapan negatif dilemparkan terhadap menantu yang memberi kesan buruk terhadap rumahtangga.

 

4. Sikap saudara mara dan ipar duai

Istilah “queen control” cukup senonim dengan wanita yang menyandang jawatan tinggi. 
Persepsi bahawa ketua wanita ini suka mengongkong suami dan berkuasa terhadap setiap keputusan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang cukup lumrah. Umpatan, sindiran dan hasutan dalam kalangan keluarga maupun ipar duai akan menggoncangkan keharmonian rumahtangga.

Kecemerlangan seseorang wanita itu tidak hanya diukur daripada pencapaiannya di pejabat, tetapi juga kejayaannya dalam menjadi isteri dan ibu yang cemerlang. Tidak semudah menuturkan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, namun kebijaksanaan anda bertindak pasti dapat membentuk rumahtangga yang gemilang.

 

Berikut antara tip yang pasti dapat membantu wanita yang bekerja untuk melayari rumahtangga dengan jayanya.

1. Berubah untuk menikmati perubahan

Mengubah ego lelaki bukanlah mudah tanpa kemahuannya. Anda hanya mampu memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlu berubah kepada yang lebih baik untuk membolehkan suami berubah memperbaiki dirinya.

 

2. Menangkan suami untuk menang

Dalam rumahtangga hanya ada 2 kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memula dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka porak-perandalah rumahtangga. Sebagai seorang Islam, anda perlu memperhalusi hak dan batas suami serta isteri dalam rumahtangga.

 

3. Kritikan hanya akan membuahkan kritikan

Kritikan adalah sesuatu yang amat merbahaya dalam rumahtangga. Anda perlu bijak menyampaikan rasa tidak puas hati secara halus kepada suami anda. Jika tidak kena dengan gayanya, anda hanya akan melukai nilai diri seorang lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, menimbulkan kekecewaan dalam dirinya yang akhirnya akan menyebabkan dia mengkritik anda pula.

 

4. Bertanggungjawab akan menikmati kesan tanggungjawab

Tanggungjawab sebagai isteri tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitu juga dengan tanggungjawab suami terhadap isterinya. Selagi tanggungjawab tidak diabaikan malah disempurnakan dengan cukup baik, anda tidak perlu risau. Keharmonian rumahtangga pastinya terjamin.

 

5. Berikan suami apa yang dia inginkan

Biasanya dua perkara besar yang diingini oleh seseorang suami. Pertama adalah kehendak batinnya dan kedua kehendak untuk menjadi penting dalam keluarga. Berilah apa yang suami anda inginkan dan yang anda mampu berikan. Pastinya dia juga akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda inginkan.

 

6. Hormati suami anda sebagai lelaki

Jika anda berusaha untuk bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama dengan anda. Wajib bagi wanita menghormati lelaki yang menjadi suaminya. Memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri anda, malah ia menjadikan diri anda lebih terhormat.

 

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 11 Mar 2019

Kanak-Kanak jalani pembedahan paru-paru akibat tersedak bertih jagung

Awas, bertih jagung penyebab si kecil menderita!

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
familuv Fri, 26 Oct 2018
familuv Thu, 15 Aug 2019

Isteri ‘chubby’ mampu buat suami gembira!

Tak percaya? bacalah artikel ini!

familuv Mon, 23 Apr 2018

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada bunga-bunga lagi!

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

familuv Fri, 15 Mar 2019
familuv Thu, 26 Jul 2018

Kerana Pakai Kasut Berlampu LED, Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Lecur Kimia!

Seorang kanak-kanak di Amerika dah terkena padahnya!