familuv By: Yanie Baharom November 12, 2019 @ 2:39pm

Hukum terminum susu isteri yang perlu suami tahu

Sejak kebelakangan ini, ramai wanita yang bekerjaya mengambil keputusan untuk memerah dan menyimpan susu badan bagi keperluan si kecil. Kesedaran terhadap kepentingan memberikan susu ibu dalam dua tahun pertama kehidupan si kecil, selain kemudahan bilik laktasi yang disediakan kebanyakan syarikat antara faktor yang menyebabkan semakin ramai wanita menyimpan susu ibu.

Jika tempat kerja si ibu berdekatan dengan pusat penjagaan anak, mungkin boleh menyusukan bayi ketika waktu makan tengah hari, namun bagi wanita yang bekerja jauh dari rumah pasti terpaksa menyimpan stok susu badan di dalam peti sejuk.

Antara masalah yang mungkin berlaku ialah apabila ahli keluarga lain khususnya suami terminum susu badan yang disimpan di dalam peti sejuk. Pasti keadaan ini menimbulkan persoalan kerana  dalam Islam untuk melengkap­kan syarat anak susuan, ibu perlu menyusukan bayi berkenaan sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan bayi itu mesti di bawah usia dua tahun.

Pemberian susu kepada anak angkat atau anak susuan itu boleh dibuat sama ada secara terus, menggunakan botol ataupun cawan. Sekiranya melengkapi syarat berkenaan, bayi terbabit akan serta merta menjadi mahram yang sah dan tidak dibenarkan berkahwin dengan anak kandung ibu susuan tadi.

Jadi bagaimanakah pula keadaannya jika suami yang terminum susu badan isteri? Ada yang berkata, perkahwinan boleh terbatal disebabkan perkara ini. Ada juga yang menyatakan selagi tidak mencukupi lima kali kenyang, tidak mengapa.

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman yang dicungkil bakatnya menerusi program Pencetus Ummah (PU), baru-baru berkongsi maklumat mengenai hukum berkaitan isu ini di laman instagram miliknya.

Menerusi akaun beliau itu, beliau ditanya mengenai hukum lelaki yang terminum susu isteri.

PU Azman berkata, perbuatan minum susu isteri secara sengaja atau tidak hukumnya makruh kerana tidak menpati syarat anak  susuan yang memerlukan lima kali kenyang.

“Ulama mengatakan makruh kalau suami minum susu isteri dengan sengaja. Suami kena faham, susu tu hak anak,” katanya.

Memperincikan penjelasannya, beliau menambah, suami tidak perlu risau jika terminum susu isteri kerana ia langsung tidak menepati syarat anak susuan.

“Seperkara yang pasti suami yang terminum susu isteri takkan menjadikan suami itu anak susuan yang mengharamkan hubungan dengan isteri. Sebab syarat anak susuan tidak berlaku. Suami dah tua bangka!

“Kecuali ulama mengatakan, boleh kalau suami guna susu isteri untuk tujuan rawatan. Ini yang dinyatakan oleh ulama besar Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Eh tapi jangan salah paham yer. Yang makhruh tu bini sendiri tau. Bukan bini orang. Yang tu haram jadah. Susu dutch lady kan ada? Tolonglah jangan berebut dengan anak,” katanya.

Sudah jelas semuanya kan? Harap tiada lagi kekeliruan berlaku, kerana tidak mungkin status suami boleh bertukar menjadi anak susuan gara-gara terminun susu isterinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 15 Mar 2019

5 langkah untuk menghadapi perceraian

Jangan biarkan detik hitam ini menghantui anda.

familuv Mon, 23 Apr 2018

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada bunga-bunga lagi!

familuv Fri, 14 Dec 2018

Yana Samsudin Kongsi Tip Bila Anak Tantrum

Tantrum dalam kalangan anak-anak memang normal.

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

familuv Thu, 1 Nov 2018
familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

familuv Thu, 11 Oct 2018

Kulit Bayi Anda Sensitif? Ini 5 Cara Untuk Memilih Sabun Yang Sesuai Untuknya

Sesetengah sabun mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit bayi.

familuv Mon, 18 Mar 2019

5 cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam

Mungkin ada antara anda yang pernah melakukannya tanpa sedar.

| Live TV