familuv By: Ad Ops July 19, 2019 @ 6:40pm

Ibu bapa jangan bersikap pilih kasih, elak emosi anak terganggu!

Anda mungkin pernah mengalami situasi dibezakan dengan adik beradik lain oleh ibu bapa ketika kecil.

Oleh itu, anda akan tahu apakah kesan jangka panjang jika bersikap pilih kasih terhadap anak.

Kadangkala, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda bersikap sedemikian.

Berikut kesan jangka panjang kepada anak jika anda terus bersikap pilih kasih terhadap mereka.

Anak yang lebih disayangi akan menjadi manja yang terlampau

Apabila sering dibela, anak makin besar kepala! Kebiasaannya, anak perempuan sering dikerah untuk melakukan sesuatu manakala anak lelaki pula dibiarkan berehat tanpa disuruh.

Berhenti daripada melakukan perkara ini!

Foto: Qriyo

Merosakkan hubungan silaturahim

Jika anda memberikan perhatian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka dan tidak terlalu menghiraukan anak yang lain, anda sebenarnya sedang bersikap pilih kasih.

Adakah anak-anak anda pernah bergaduh antara satu sama lain? Jika anda memenangkan salah seorang daripada mereka dan memarahi yang lain tanpa sebab yang kukuh, anak-anak lain pasti akan terluka.

Ia bukan sahaja akan mempengaruhi hubungan sesama mereka. Malah, hubungan dengan anda sebagai ibu bapa.

Memberi kesan kepada mental anak-anak

Anak-anak yang tidak diberi perhatian akan mula merasai seolah-olah mereka tidak diperlukan. Gangguan mental seperti kebimbangan yang melampau dan perasaan kurang keyakinan diri akan mempengaruhi kehidupan mereka semasa kanak-kanak.

Lebih teruk, mereka mungkin akan mengalaminya sehingga dewasa.

Foto: Video Blocks

Cara efektif untuk menghentikan pilih kasih

Menurut Dr Susan Newman, PhD, seorang pakar dalam bidang psikologi sosial dan penulis buku Little Things Long Remembered: Making Your Feel Special Every Day, anda mungkin tidak dapat menyayangi mereka secara adil.

Ini kerana, anda mungkin akan mempunyai anak yang disayangi lebih daripada yang lain dan setiap seorang daripada mereka mempunyai keperluan yang berlainan. Namun begitu, anda harus bersikap adil dengan memberikan perhatian kepada setiap anak supaya mereka terasa dihargai dan disayangi.

Lakukan aktiviti bersama dengan semua anak anda dan berikan ciuman serta peluklah anak anda dengan penuh kasih sayang.

Foto: Godly Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 24 Jun 2019

‘Pillow talk’ mampu hangatkan hubungan

Komunikasi berkesan itu penting!

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Fri, 20 Jul 2018

Inilah Cara Untuk Wujudkan Keharmonian Di Dalam Keluarga ‘Sandwich’

Ia merujuk kepada anak yang terpaksa menjaga dua generasi iaitu anak-anak dan ibu-bapa mereka yang sudah uzur.

familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

familuv Tue, 22 Nov 2022

Imran Aqil Belikan Vakum Buat Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Dia Sebiji Dengan Dahlia”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu. @imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman Namun, bukan hadiah […]

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

familuv Tue, 25 Dec 2018
familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.