familuv By: Ad Ops July 5, 2018 @ 4:00pm

Ini 4 Tanda-Tanda Yang Anak Anda Mahukan Seorang Adik

Setelah mendapat seorang anak, sewajarnya anda cuba tambahkan seorang lagi sebagai penemannya. Itu pun kalau anda dah bersedia dan mampu. Jangan paksa pula, ya!

Tapi walaupun anda belum terfikir pun tentang perkara ini, tahukah anda? Anak anda sendiri pun boleh bagi hint yang dia inginkan seorang adik. Wah!

Kalau dia sendiri yang tanya bulat-bulat, tak apalah. Tapi ada juga tanda-tanda yang dia tunjukkan yang anda perlu perasan.

Nak tahu apa dia? Jom baca.

1. Anak anda kerap menyentuh perut anda.

Bukan sentuh saja, dia juga akan mengusap perut anda, seolah-olah ada bayi di dalamnya. Haa, faham-fahamlah ya.

2. Anak anda rasa sedih kerana tak ada kawan

Sebagai anak tunggal, mestilah dia bosan dan keseorangan kalau di rumah. Takkan nak harapkan imaginasinya saja, kan?

3. Anak anda pandai berdikari

Dia dah boleh buat sesuatu perkara dengan sendiri tanpa perlu ditemani atau tanpa bantuan anda. Contohnya, dia dah boleh pergi toilet dengan sendiri, tahu makan sendiri dan pandai mengemas barang mainan. Dengan ini, senanglah untuk anda handle baby yang seorang lagi.

4. Anak anda boleh biasakan diri dengan perubahan dalam hidup

Foto: Henderson International

Dia pandai menyesuaikan diri dengan aktiviti atau rutin harian baru, contohnya bila dia dihantarkan ke tadika.

Tanda-tanda di atas menunjukkan yang anak anda dah cukup besar, dan oleh itu, bersedia untuk menerima kehadiran seorang adik.

Walau bagaimanapun, anda mesti pastikan yang dia betul-betul ready dengan berbincang dengannya tentang kemungkinan keluarga anda untuk menambah ahli.

Anak anda perlu faham yang kehidupan mereka akan berubah. Dia harus tahu tentang tanggungjawabnya sebagai seorang kakak atau abang.

Selamat maju jaya!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 5 Nov 2018

Setelah Melahirkan Anak, Para Ibu Perlu Tunggu Setahun Sebelum Hamil Semula

Ini adalah untuk mengurangkan risiko kesihatan kepadanya dan bayi.

familuv Tue, 16 Jul 2019

Mandi bersama, suburkan sisi romantis suami isteri

Inikan amalan Rasulullah SAW, anda bila lagi?

familuv Mon, 28 Jan 2019

Hadkan penggunaan gajet sekiranya sayangkan anak anda dan tidak mahu perkara ini berlaku!

Melayan gajet berjam-jam boleh menyumbang kerosakan saraf

familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

familuv Mon, 10 Jun 2019

Menang gelaran menantu paling ‘ohsem’, ini caranya pikat hati mentua!

Oh! rupanya tak susah pun nak jaga hati mentua kita.

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.

Acara Wed, 4 Dec 2019

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Sumbangan dikumpul menerusi Larian Untuk Kanak-kanak 2019

familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.