familuv By: Ad Ops August 30, 2018 @ 10:09am

Ini 5 Tip Untuk Handle Anak Yang Degil Oleh Para Ibu Bapa Berpengalaman

Setiap orang ibu bapa mesti ada cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak mereka. Tapi kalau mereka berdepan dengan anak yang degil, kadang-kadang susah betul nak tangani mereka.

Jangan risau! Ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk settle masalah yang melibatkan kanak-kanak yang tak mendengar kata.

Tip-tip yang dikongsikan di bawah ini bukan saja boleh mengajar anak anda membuat perjanjian yang adil dengan ibu bapa mereka, malah mewujudkan hubungan yang mesra di antara kedua-dua pihak.

Jom tengok situasi-situasi yang sering ibu bapa lalui dengan anak mereka dan bagaimana untuk selesaikan masalah yang timbul.

1. Anak tak ingin berjalan dengan ibu atau bapanya.

Semua ibu bapa mesti pernah alami situasi di mana anak mereka tiba-tiba berhenti bergerak ketika mereka berdua sedang berada di tengah jalan dan enggan teruskan perjalanan.

Untuk memujuknya, cuba tukarkan peranan dan biarkan dia jadi seorang parent pula. Anda akan nampak yang mereka akan terus melakukan “tanggungjawabnya” sebagai seorang dewasa dan secara tak langsung terus mendengar arahan.

2. Anak enggan menerima hukuman untuk perangai buruknya.

Apa yang patut anda buat jika anak anda buat salah tapi tak bersedia untuk menerima hukuman? Sebagai seorang dewasa, terangkan kepadanya kenapa dia bersalah dan kenapa dia harus dihukum.

Anda juga boleh melakukan business proposal; contohnya, cadangkan sama ada dia ingin membayar “denda” (keluarkan duit daripada tabungnya) ataupun lakukan kerja rumah. Berikannya hak untuk memilih sendiri, walaupun dia telah membuat kesilapan.

Ingat ya! Penderaan emosi bukan penyelesaiannya. Daripada memaksa anak anda duduk di suatu tempat dan berfikir tentang kesalahannya, lebih baik anda cuba berkomunikasi dan sama-sama cari jalan untuk menyelesaikannya. 

3. Anak enggan makan lunch tapi sebaliknya, dia ingin makan gula-gula kegemarannya.

Tawarkan gula-gula itu sebagai ganjaran jika dia berjaya habiskan makanannya. Tip ini sangat berkesan jika anak anda sangat berdaya saing. Dia akan cuba habiskan makanannya secepat mungkin semata-mata untuk enjoy “hadiah” yang dia bakal dapat.

Tak perlu berkompromi. Kanak-kanak pasti akan bekerjasama jika dia diberi tawaran menarik.

4. Anak enggan makan sarapan.

Cuba tunjukkan teladan yang baik. Jika ibu bapa terlalu busy di waktu pagi lalu si anak terpaksa makan sendiri, tak mengejutkanlah jika dia tak habiskan makanan.

Jadi, temani mereka. Kalau nak lagi seronok, cadangkan yang anak anda kira berapa banyak sudu cereal lagi yang tinggal. Dengan ini, besar kemungkinan nanti dia takkan perasan yang dia dah habiskan satu mangkuk!

5. Anak enggan berpakaian dan bersedia untuk keluar.

Lagi mudah untuk elak daripada pergaduhan dengan menyelesaikan masalah “sambil bermain”. Jika mereka tak nak juga bersiap, cuba permainan ini: tengok sama ada mereka boleh pakaikan pakaian sambil mata mereka ditutup.

Kanak-kanak suka bermain, jadi besar kemungkinan dia akan berminat untuk join. Kalau berjaya, proses persiapan ini akan berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang konflik.

Semoga nasihat ini bermanfaat!

Anda ada lagi nasihat dan tip parenting yang boleh dikongsikan?

Sumber: Brightside

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 19 Oct 2018

Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

Tidur yang mencukupi akan membuatkan anak anda sentiasa cergas dan aktif!

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

familuv Mon, 22 Jul 2019
familuv Tue, 4 Sep 2018

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Tanda-tanda setiap kehamilan adalah berbeza, tidak kiralah kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya.

familuv Tue, 12 Feb 2019

Elak jadi mangsa penculikan, ini lapan perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak!

Ibu bapa jangan leka dengan Instagram dan Facebook saja!

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

familuv Mon, 31 Dec 2018

15 Modern Design Ideas For Your Baby’s Bedroom

Don’t go for the traditional, pastel-coloured theme anymore!

familuv Thu, 15 Nov 2018
familuv Thu, 11 Oct 2018

Kulit Bayi Anda Sensitif? Ini 5 Cara Untuk Memilih Sabun Yang Sesuai Untuknya

Sesetengah sabun mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit bayi.