familuv By: tex_admin October 5, 2018 @ 9:00am

Ini Cara Nak Hentikan Anak Daripada Tercekik Objek

Tahukah anda bahawa, kanak-kanak yang tercekik sesuatu objek boleh menyebabkan kematian? Anak yang tercekik boleh terjadi dalam keadaan mereka sedar diri ataupun tidak dan sebagai ibu bapa anda perlu bertindak dengan segera kalau tak ia akan memburukkan lagi keadaan.

Mungkin, anda fikir ianya tak penting, tapi percayalah keadaan ini amat berbahaya terhadap nyawa anak anda. Jadi, penulis nak kongsikan tip bagaimana untuk mengendalikan anak yang sedang tercekik. 

Foto: SirapLimau

Jika kanak-kanak tercekik masih sedar

1. Letakkan anak menghadap ke bawah di atas paha anda atau bantu mereka untuk duduk secara tegak sambil kedepankan badan.

2. Tepuk bahagian belakang badan mereka sebanyak 5 kali.

Sekiranya tepukan tersebut tak membantu langsung, anda boleh gunakan teknik Heimlich Maneuver. Teknik ini melibatkan anda untuk memberikan tolakan yang kuat ke arah perut. Cara ini akan membantu untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam tekak. Cara-caranya adalah:

1. Berdiri atau berdiri menggunakan lutut dengan menghadap belakang badan anak anda.

2. Genggam tangan anda dan letakkan di antara pusat dan tulang rusuk.

3. Pegang tangan yang anda genggam dengan tangan lagi satu sambil kekalkan posisi tangan di bahagian perut dan tarik kedua-dua tangan anda ke atas dan ke bawah.

4. Lakukan pergerakan ini sebanyak 5 kali.

Jika objek masih tidak lagi keluar dan anak anda masih dalam keadaan sedar, teruskan melakukan teknik ini dengan berulang kali sehingga objek tersebut keluar. 

Tapi, walaupun objek sudah berjaya dikeluarkan, anda perlu membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jika kanak-kanak tercekik dalam keadaan tak sedarkan diri

1. Baringkan mereka ke atas permukaan keras dan rata.

2. Buat panggilan bantuan kecemasan.

3. Buka mulut anak anda. Jika anda dapat lihat dengan jelas objek yang tersekat dan boleh dikeluarkan, anda boleh cuba untuk keluarkannya.

4. Lakukan CPR dengan berikan kanak-kanak tersebut beberapa pernafasan.

5. Sentiasa berada di sisi mereka.

Paling bagus, anda bawa anak anda dengan segera ke hospital untuk mengeluarkan objek tersebut. Kesimpulannya, setiap ibu bapa mahupun orang dewasa perlu peka dan tahu akan teknik-teknik untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tercekik.

Jangan ambil mudah! Jika penerangan penulis kurang jelas, anda boleh lihat video ini yang menunjukkan teknik yang betul untuk mengendalikan anak yang tercekik.

 

Semoga bermanfaat!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 15 Jun 2018

Sayangkan Suami, Pelakon Nad Zainal Belajar Masak Lodeh

Pelakon Nad Zainal akui segala keterujaan melakukan persiapan Aidilfitri kini beralih fokus kepada anaknya iaitu Fahad Ibrahim.

familuv Fri, 17 Aug 2018

Mahu Disayangi Mentua? Ini Tipsnya, Jangan Baca Saja Tapi Amalkan Juga Okay!

Tambat hati mentua anda supaya hubungan kekeluargaan yang terbina tetap utuh.

familuv Mon, 5 Nov 2018

Setelah Melahirkan Anak, Para Ibu Perlu Tunggu Setahun Sebelum Hamil Semula

Ini adalah untuk mengurangkan risiko kesihatan kepadanya dan bayi.

familuv Mon, 3 Jun 2019

Pancing isteri dengan nota lucu, muka yang kelat berubah semanis kurma. Cubalah!

Suami atau teman lelaki harus lebih kreatif dalam memujuk pasangan!

familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.

familuv Tue, 20 Nov 2018

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Hargai anak anda kerana mereka tak akan kecil selama-lamanya!

familuv Fri, 19 Apr 2019
familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

| Live TV