familuv By: Ad Ops November 26, 2018 @ 9:00am

Inilah Bagaimana Stres Anda Boleh Jejaskan Kandungan Dalam Perut & Cara Untuk Tanganinya

Tahniah! Anda sedang berbadan dua! Fasa ini adalah antara momen paling indah dalam hidup anda.

Tapi oleh kerana ada satu nyawa yang bergantung kepada anda untuk kekal wujud, mestilah anda rasa tertekan. Yalah, tanggungjawab ini bukannya ringan.

Tak apa, tak apa. Perkara ini normal bagi golongan bakal ibu. Anda berhak untuk rasa panik, murung atau geram. Tapi jangan biarkan ia berlarutan!

Sebabnya, stres yang anda rasa itu boleh menjejaskan bukan saja kesihatan anda tapi kandungan anda juga. Betul!

Bila anda melalui situasi yang stressful, badan anda akan ada tindak balas naluri fizikal sama ada nak lawan atau nak lari daripada situ.

Keadaan ini meningkatkan pengeluaran hormon cortisol dengan hormon stres lain. Dalam situasi biasa, hormon-hormon ini tidak merbahaya dan akan surut bila stres berkurangan.

Tapi jika sumber stres itu tak hilang-hilang, hormon ini boleh menghuru-harakan sistem badan anda. Akhirnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan kandungan anda.

Foto: Shutterstock

Bagaimana stres si ibu menjejaskan kesihatan kandungan

1. Kelahiran pramatang

Dalam banyak kes, wanita tertekan akan melahirkan anak pramatang.

2. Berat badan lambat naik

Wanita hamil yang tak mahir menangani stres akan mengalami kesukaran untuk meningkatkan berat badan. Ini juga akan menjejaskan tumbesaran kandungan dalam perutnya.

3. Gangguan tidur

Kajian menunjukkan yang wanita yang mengalami tekanan kronik ketika hamil lebih cenderung untuk melahirkan bayi yang mengalami gangguan tidur.

4. Isu tingkah laku

Bayi wanita tertekan juga boleh mengalami isu-isu tentang perangainya.

5. Tumbesaran otak

Stres ketika hamil boleh mengubah chemistry otak kandungan dalam perut dan akhirnya menyebabkan komplikasi dalam hidupnya pada masa akan datang.

Foto: Shutterstock

Cara untuk tangani stres ketika hamil

Bila anda hamil, stres harian dalam hidup takkan hilang macam magik. Kerja yang memenatkan, perjalanan ke pejabat ketika trafik sedang sesak, masalah rumah tangga – ada bermacam-macam sebab untuk rasa tertekan. Bila ditambahkan pula dengan hormon hamil, lagilah teruk!

Jangan takut, anda boleh kawal stres ketika hamil daripada berlebihan dengan cara-cara ini:

1. Makan secara sihat dan tepat pada waktunya

Tabiat makan junk food dan corak pemakanan yang tak sekata boleh menambahkan lagi stres anda. Jadi ikut jadual yang tetap, dan ikuti diet yang seimbang dan berkhasiat.

2. Kerap bersenam

Bersenam boleh menghapuskan rasa tertekan. Jadi bersenamlah selalu untuk dapatkan kehamilan yang sihat. Ikuti teknik-teknik senaman yang sesuai seperti berjalan, bersenam dan yoga.

3. Bermeditasi

Ini juga cara bagus untuk kekal bebas daripada stres ketika hamil. Ada banyak teknik yang boleh membantu.

Foto: The Pregnancy Zone

4. Cari hobi baru

Ini boleh jadi cara terbaik untuk kekal positif dan melawan stres.

5. Bawa berbincang

Berkongsi masalah anda dengan keluarga atau rakan boleh membantu hilangkan stres.

6. Buat apa yang anda suka

Bersembang dengan kawan, membaca, menonton filem, mendengar muzik – buat apa saja untuk kekal positif.

7. Jangan risau

Bila hamil, macam mana tak risau? Tak apa, cuma kurangkan sebab-sebab yang membuatkan anda risau seperti pertengkaran dengan orang yang tak dikenali atau to-do list anda yang belum disiapkan. Jangan biarkan semua situasi merosakkan mood anda.

8. Bercakap dengan seorang profesional

Jika anda rasa anda tak boleh handle stres hidup, rujuk kepada doktor anda. Ia mungkin perkara terbaik yang anda boleh buat demi kesihatan anda dan kandungan.

Sumber: Mom Junction

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

familuv Thu, 30 Apr 2020
familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Mon, 15 Oct 2018

4 Tanda Sakit Anak Yang Anda Tak Boleh Hiraukan Demi Kesihatannya

Ia mungkin petanda untuk sesuatu penyakit yang lebih serius.

familuv Sat, 23 Mar 2019
familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.

familuv Fri, 16 Nov 2018

9 Cara Efektif Untuk Kurangkan Masalah Ekzema Anak Anda

Ekzema tidak boleh dirawat, tetapi masalah kulit ini boleh dicegah.

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

familuv Wed, 10 Oct 2018

Senarai Barangan Dapur Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Insan Tersayang

Pembiakan bakteria berlaku pada pengalas pemotong plastik yang terdapat banyak kesan torehan.