familuv By: Yanie Baharom July 20, 2018 @ 6:00pm

Inilah Cara Untuk Wujudkan Keharmonian Di Dalam Keluarga ‘Sandwich’

Keluarga sandwich bukanlah suatu isu terpencil di negara ini. Ia diperkatakan sejak tahun 1990-an lagi terutamanya dalam kalangan wanita yang mempunyai kerjaya namun terbeban dalam menjaga dua generasi secara serentak dalam satu rumah.

Keluarga sandwich adalah istilah yang menggambarkan situasi seseorang itu di mana dia terperangkap dalam urusan penjagaan bagi dua generasi, iaitu anak-anaknya dan ibu-bapanya yang sudah uzur. Keadaan ini menuntut suatu penjagaan secara serentak dalam satu-satu masa.

Keluarga sandwich dilihat seakan budaya dalam masyarakat Cina di Malaysia tapi untuk kelompok masyarakat Melayu pula, amalan ini adalah perkara biasa tatkala anak yang berkahwin masih tinggal bersama ibu bapa.

Situasi Yang Dihadapi

Keperluan membahagikan masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak sekaligus menjaga ibu bapa atau warga tua yang tinggal sebumbung menyebabkan sering berlaku konfik dalam memenuhi keperluan harian mereka dan seterusnya menjadi dilema kepada si penjaga.

 

 

Foto: InterfaithFamily

Ikhlaskan Diri Menjaga

Jika mereka adalah ibu bapa anda sendiri, kenanglah susah payah mereka menjaga dan membesarkan anak yang lain termasuk anda. Jika mereka adalah ibu bapa mertua, kenanglah susah payah mereka menjaga dan membesarkan individu yang menjadi pasangan hidup anda.

Seterusnya, usahakanlah untuk lakukan segala urusan dan tanggungjawab sebaiknya. Cuba ajak pasangan anda sekali dalam mengajar anak untuk turut sama membantu anda. Kerjasama daripada pasangan dan anak boleh mengurangkan bebanan tugasan anda.

Usaha untuk mewujudkan hubungan yang baik antara anak anda dengan ibu bapa atau mentua ialah dengan membantu anak untuk memahami kerenah warga emas yang mungkin sudah kembali semula perangainya seperti kanak-kanak juga.

Paling utama, berdoa agar anda diberikan kekuatan untuk melaksanakan segala urusan dan tanggungjawab anda.

Masalah Yang Dihadapi Anak

Aspek kewangan sering menjadi bebanan utama keluarga sandwich, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana. Menjadi individu yang tersepit di antara anak dan ibu bapa, mereka terpaksa bekerja keras untuk memastikan kedua-duanya terjaga dengan baik. Namun keluarga sandwich bukan sindrom, sebaliknya ia merupakan satu rahmat jika ia ditangani sebaiknya.

Ibu bapa ialah insan teristimewa dalam hidup si anak. Mana-mana anak yang diberikan peluang untuk hidup dan tinggal bersama ibu bapa sewajarnya menggunakan peluang terbaik ini untuk berbakti kepada ibu bapa, bukannya ibu bapa yang perlu bekerja untuk anda pula.

Kewujudan keluarga sandwich biasanya berpunca daripada:

1. Kehendak ibu bapa yang mahukan si anak yang telah berkahwin untuk terus tinggal bersama agar boleh memantau hidup si anak.

2. Kekangan kewangan yang dihadapi oleh si anak menyebabkan dia berterusan tinggal bersama ibu bapa di samping mengharapkan bantuan ibu bapa untuk menjaga anak mereka juga.

3. Keadaan ibu bapa yang terlantar dan memerlukan jagaan menyebabkan ibu bapa perlu dibawa tinggal bersama si anak.

 

Foto: GeosNews

 

Cara menguruskan keluarga sandwich dengan lancar:

1. Setiap individu perlu sedar tentang tanggungjawab tersendiri sebagai anak, menantu, cucu, suami dan juga isteri serta ibu dan bapa dan usaha untuk laksanakan tanggungjawab tersebut sebaiknya.

2. Sebagai suami, anda perlu laksanakan tanggungjawab membiayai nafkah buat isteri dan anak anda walaupun anda menetap bersama ibu bapa sendiri atau mertua.

3. Sebagai isteri, laksanakan tanggungjawab mengurus dan menjaga kebajikan suami dan anak anda walaupun masih menetap bersama ibu bapa sendiri atau mertua.

4. Wujudkan komunikasi yang baik dengan setiap individu yang ada dalam keluarga sandwich serta berbincang bagi menangani apa juga permasalahan dan isu.

5. Bagi wanita, pastikan pasangan anda bersikap terbuka dan boleh menerima kehadiran ibu bapa anda sendiri. Bincang dan usulkan dengan baik sebelum membawa ibu bapa anda untuk tinggal bersama.

6. Buat anak-anak, berlumbalah untuk menjaga ibu bapa anda. Boleh wujudkan giliran atau khaskan seseorang yang ibu bapa anda suka atau rasa selesa untuk menjaga mereka.

7. Anak yang lain patut tetap ambil berat dan menjenguk serta menghulurkan bantuan kewangan bagi membiayai keperluan ibu bapa. Hidup anda akan lebih bahagia dan barakah apabila anda menjaga hati dan emosi serta kebajikan ibu bapa.

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 27 Nov 2018

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Anak Tak Lalu Makan

Kadang-kadang sampai bergaduh nak beri anak makan!

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Mon, 13 Aug 2018

6 Tip Penting Supaya Kulit Bayi Anda Kekal Sihat

Kulit bayi sangat halus, ruam dan alergi boleh terbentuk jika tidak dijaga.

familuv Fri, 5 Oct 2018

Ini Cara Nak Hentikan Anak Daripada Tercekik Objek

Tercekik boleh menyebabkan kematian!

familuv Thu, 8 Nov 2018
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

familuv Sat, 19 Oct 2019

Ingin rujukan mudah dan menarik untuk mengurus wang anda? Dapatkan e-buku ini!

Bukan untuk orang dewasa sahaja, untuk kanak-kanak pun ada

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]