familuv By: Yanie Baharom August 21, 2018 @ 5:00pm

Jenis Ibu Bapa Yang Mana Satukah Anda? Let’s Check It Out!

Ada tiga pendekatan atau cara kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumah tangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.

Autokratik

Foto : mirror.co.uk

Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak.

Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi ‘pak turut’ segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka. Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.

Demokratik

Foto: littlerockfamily.com

Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama.

Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.

Laissez-faire

Foto : Parenting For Brain

Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan.

Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.

Kesan buruk jika terlalu garang

Foto: Advanced Spinal Care

Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan hala tuju anak-anak serta semua aspek kehidupan.

Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka.

Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu agresif dengan orang lain. Malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian, bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.

Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup.

Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, menjadi vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.

Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.

Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.

Foto: Greater Sudbury Police

Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Malah mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri.

Apa yang ditakuti ialah bila mana mereka mendapat kawan-kawan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes-kes jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.

Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau depression, kebimbangan melampau atau anxiety disorder serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.

Sumber: Isma Web 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 30 Apr 2018

Kalau Nak Anak Cepat Jalan, Anda Perlu Tahu Cara Nak Beli Kasut Mereka!

Kalau tak nak anak mudah terjatuh, pilihlah kasut yang sesuai untuk mereka.

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

familuv Tue, 5 Mar 2019
familuv Wed, 12 Dec 2018

Cucu Lebih Rapat Dengan Nenek Sebelah Ibu, Kenapa Ya? Ini Sebabnya.

Jaga cucu sedari dilahirkan, itulah yang membuatkan nenek sebelah ibu tersangat istimewa di mata cucu!

familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Pola tidur anak akan berubah mengikut umur mereka.

familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Sun, 15 Mar 2020

Ella menangis gara-gara panik uruskan anak

Hidup Ella berubah 360 darjah