familuv By: Yanie Baharom February 8, 2019 @ 3:00pm

Kaedah pecahan harta dibuat jika suami berpoligami. 

Adakah ibu tiri saya yang baru setahun kahwin dengan ayah dapat harta pusaka? 

Bagaimana pula dengan hak ibu saya sebagai isteri pertama yang sudah 40 tahun berbakti kepada ayah? 

Soalan yang kerap ditanya oleh anak anak tetapi jarang difikir oleh si suami yang berpoligami. 

Perunding Kewangan Islam, Fatihin Abshar, berkongsi informasi pembahagian harta dan hak yang boleh dituntut isteri berpoligami. 

Jawapan:

 

1. Hukum Faraid

Semua isteri berhak ke atas pusaka suaminya. 

Foto: Iluminasi

Agihan faraidnya seperti berikut :

Jika si mati ada anak:

1. Ada 1 isteri, hak isteri ialah 1/ 8

2. Ada 2 isteri, hak setiap isteri adalah 1/16

3. Ada 3 isteri, hak setiap isteri adalah 1/24

4. Ada 4 isteri, hak setiap isteri adalah 1/32

 

Jika si mati tidak meninggalkan anak dan:

Ada 1 isteri, hak isteri adalah 1/ 4

Ada 2 isteri, hak setiap isteri adalah 1/8

Ada 3 isteri, hak setiap isteri adalah 1/12

Ada 4 isteri, hak setiap isteri adalah 1/16

Maka tanpa mengira isteri ke berapa hak mereka adalah sama banyak. Tidak kira sudah berkhidmat 40 tahun, 20 tahun, ataupun baru sehari. 

Bahagian ini wajib diserahkan kepada isteri (jecuali jika dia menolak). Menafikan hak mereka adalah haram sama seperti menafikan hak waris faraid yang lain.

Anak-anak dari isteri pertama selalu membuat kesilapan dengan mengandaikan ibu tiri mereka tiada hak kerana ibu mereka sebagai isteri pertamalah yang paling banyak berkorban maka patut dapat paling banyak pusaka ayah berbanding isteri lain. 

“Ramai anak yang bercerita kepada saya ayah mereka kena sihir, kena goda dengan ibu tiri dan lain-lain. Faktor-faktor ini tidak diterima dalam penentuan faraid dan pusaka.

“Pahit untuk ditelan, tetapi inilah hakikatnya dan pasti ada hikmah Allah SWT tetapkan faraid untuk isteri sedemikian rupa. Kita perlu yakin,” kata Fatihin. 

 

2. Harta sepencarian

Foto: grumy.ru

Walaupun begitu isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian dari pusaka suaminya. Boleh juga menuntut apabila suami ingin berpoligami (kalau dia tahu suami dia ingin berpoligami. Biasanya kalau suami nikah di sempadan (Thailand) biasanya isteri pertama tidak tahu! 

Harta sepencarian ini dituntut bukan diberi secara automatik. Tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah dengan perbicaraan akan menentukan berapa hak isteri yang menuntut berdasarkan takat sumbangan isteri. 

Proses menuntut juga ada kos yang perlu ditanggung.

Jika isteri pertama tadi berjaya mendapatkan perintah harta sepencarian dari Mahkamah Syariah katakan 1/2 dari harta pusaka suami, maka bahagian dia dapat lebih dari isteri isteri lain iaitu dia akan dapat:

1/2 dari harta pusaka ( berdasarkn perintah Mahkamah Syariah )  + 1/32 ( faraid isteri jika ada 4 isteri )

 

3. Hibah

Foto: my.carousell

Sekiranya suami benar-benar adil dan tidak mahu masalah pusaka timbul selepas kematiannya maka suami boleh menggunakan kaedah hibah.

Suami boleh hibahkan rumahnya yang diduduki isteri pertama kepada isteri pertama, rumahnya yang diduduki isteri kedua kepada isteri kedua dan seterusnya.

Rumah ialah antara isu besar yang kerap menjadi perbalahan dalam kalangan madu. Membuat hibah kepada isteri-isteri ini akan mengurangkan risiko perbalahan. Maka apabila hibah disahkan Mahkamah Syariah, setiap isteri akan mendapat bahagian :

Isteri pertama :

Hibah

+ Harta sepencarian

+ 1/32 Faraid.

 

Isteri kedua – keempat :

Hibah

+ 1/32 faraid.

Bukankah cantik dan adil agihan harta ini? Ilmu Fiqh Mawarith perlu dilihat secara holistik bukan dari sudut pandangan yang rigid. Undang-undang syarak ada penyelesaian bagi hampir setiap maslahah cuma kita sahaja yang kerap terlepas pandang.

Namun pengalaman saya menunjukkan bahawa suami yang berpoligamiyang  paling susah nak buat keputusan perancangan harta sedangkan merekalah yang paling berisiko.

 

Sumber: Fatihin Abshar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 15 Mar 2019

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Menjadi ibu tiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Tue, 15 May 2018

Abadikan Memori Bersama Anak Kecil Anda Dengan Projek DIY Ini, Guna 3 Bahan Saja!

Bila anak anda dah besar panjang nanti, bolehlah anda imbau kembali kenangan manis ketika dia masih kecil.

familuv Mon, 14 May 2018

Jom Belajar Cara Buat Origami Katak Melompat Dengan Anak Anda, Menarik Dan Bermanfaat Untuknya

Apabila ditekan di bahagian belakangnya, katak ini akan “melompat” ke depan. Macam katak betul!

familuv Fri, 12 Apr 2019

Berkahwin dengan lelaki muda menyebabkan wanita mati lebih cepat! Anda berani?

Rahsia umur panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki sebaya dengannya.

familuv Sat, 27 Oct 2018

Risiko Kahwinkan Anak Di Bawah Umur, Satu Kes Kanak-Kanak Mati Pada Malam Pertamanya!

Ibu bapa tolonglah jadi orang tua yang bertanggungjawab!

familuv Mon, 11 May 2020
familuv Tue, 16 Jun 2020
Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

Baru Berusia 2 Tahun, Netizen Kagum Anak Tomok Pandai Nyanyi Lagu Janji Padamu!

Anak-anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdik mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Tomok di platform TikTok […]

familuv Sat, 25 Apr 2020

4 kemahiran hidup si kecil boleh belajar ketika COVID-19

Ibu bapa perlu nyatakan kebenaran mengenai pandemik ini