familuv By: tex_admin July 4, 2018 @ 2:00pm

Kalau Nak Anak Sentiasa Selamat, Ketahui 5 Tip Memilih Pengasuh Yang Betul

Bagi wanita yang bekerjaya sememangnya tidak boleh elak untuk menyerahkan tugas menjaga anak yang masih kecil di bawah jagaan sama ada pengasuh ataupun pusat asuhan (taska).

Tetapi, sejauh mana tahap kepercayaan yang boleh kita berikan kepada individu yang akan menjaga anak kita ini? Adakah kita perlu serahkan 100% kepercayaan kepada mereka? Yela, mereka kan orang luar yang mengambil tugas menjaga anak kecil ini sebagai sumber pendapatan mereka.

Tak salah sebenarnya nak menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, tetapi anda perlu prihatin terhadap banyak perkara. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Hijab & Heels kongsikan antara perkara yang perlu diambil kira oleh ibu bapa sebelum menyerahkan anak untuk dijaga oleh pengasuh.

Foto: KEMAS

1. Ketahui latar belakang pengasuh

Ini penting ya! Anda perlu tahu mengenai latar belakang pengasuh secara keseluruhan. Sama ada, siapa suami pengasuh tersebut dan adakah pengasuh pernah menjaga bayi. Anda juga boleh bertanya kepada ibu bapa yang dah pernah menghantar anak mereka kepada pengasuh. 

Bagi pusat asuhan (taska) pula, anda perlu pastikan sama ada ia berdaftar ataupun tidak. Lihat juga guru-guru yang akan menjaga anak kita, adakah mereka berkemahiran dan terlatih.

2. Saranan dari orang yang dipercayai

Jika anda mendapatkan saranan daripada rakan-rakan atau saudara-mara mengenai pengasuh, pastikan anda memilih pengasuh yang ada ‘good reputation‘. Apabila dah tahu, anda juga perlu berjumpa dengan pengasuh tersebut dan daripada penemuan tersebut anda boleh menilai adakah pengasuh itu boleh dipercayai ataupun tidak. 

3. Kebersihan dan keselamatan

Aspek ini juga penting, pastikan persekitaran di dalam rumah pengasuh tersebut bersih dan selamat untuk anak anda. Lagi bagus sekiranya rumah tersebut mementingkan tahap keselamatan seperti meletakkan pagar keselamatan pada tangga di dalam rumah untuk elak anak naik tangga tanpa disedari. 

4. Bilangan anak yang dijaga oleh pengasuh 

Sebaiknya pilih pengasuh yang tidak menjaga terlalu ramai anak. Paling maksimum 3 orang sahaja, ini kerana menguruskan anak-anak yang ramai secara serentak bukanlah sesuatu yang mudah.

Takut nanti pengasuh tak dapat beri perhatian pada anak kita. Lagi-lagi jika pengasuh tersebut melakukan sendirian tanpa dibantu oleh orang lain. Tak nak lah anak kita terabai kan.

5. Bina hubungan baik dengan pengasuh

Binalah hubungan baik dengan pengasuh, create persahabatan dengannya. Sesekali ambillah hati pengasuh dengan memberi hadiah ataupun bonus tahunan sebagai tanda hargai menjaga anak kita dengan baik.

Jangan sesekali menganggap pengasuh seperti orang gaji yang dibayar wang untu menjaga anak kita. Hubungan yang baik ini secara tidak langsung akan membuatkan pengasuh sayang anak kita seperti anaknya sendiri.

Semoga ini bermanfaat kepada anda. Ikutilah aspek-aspek di atas ini agar anak kita berada dalam jagaan orang-orang yang baik dan menyayangi anak kita seperti anaknya sendiri. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

familuv Fri, 20 Jul 2018

Inilah Cara Untuk Wujudkan Keharmonian Di Dalam Keluarga ‘Sandwich’

Ia merujuk kepada anak yang terpaksa menjaga dua generasi iaitu anak-anak dan ibu-bapa mereka yang sudah uzur.

familuv Fri, 25 Jan 2019

10 sebab kenapa lelaki terjerat dengan cinta seorang janda! Panas! 

Pengalaman lalu menjadikan janda lebih matang dalam perhubungan

familuv Thu, 13 Dec 2018
familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

familuv Wed, 4 Jul 2018

Sehari Tukar 10 Kali, Wah Banyaknya Baju Maryam!

Jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar mahu memanfaatkan baju bayi yang dibeli pasanggan suami isteri sepadan itu sejak lima tahun lalu.

familuv Mon, 14 Oct 2019

Sebab kenapa cuti bersalin 90 hari adalah polisi yang baik

Bukan sahaja ibu dan bayi, majikan juga mendapat faedah

familuv Mon, 22 Jul 2019
familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Wed, 13 Mar 2019

Hamil pada usia 30 tahun ke atas. Bahaya atau tidak?

Usia lanjut risaukan wanita yang ingin hamil.

| Live TV