familuv By: Ad Ops March 11, 2019 @ 2:00pm

Kanak-Kanak jalani pembedahan paru-paru akibat tersedak bertih jagung

Apabila menonton filem di panggung wayang, bertih jagung mesti ada sekali. Snek universal ini memang disukai ramai kerana rasanya yang manis dan berlemak.

Tetapi disebabkan tekstur luaran bertih jagung yang kasar, ia boleh mendatangkan bahaya kepada golongan kanak-kanak yang menjamahnya.

Satu insiden buruk berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki gara-gara snek ini, menurut entri Facebook milik ibunya, Nicole Johnson Goddbard.

 

“Kami sekeluarga sedang menonton filem dan menikmati bertih jagung, ia satu kebiasaan di rumah kami.

“Tanpa berfikir dua kali, saya membenarkan (anak saya) Nash untuk memakannya. Dia tersedak sedikit tetapi memandangkan dia tidak muntah, kami menganggap dia sudah menelannya.”

Nash katanya tampak normal dan terus menonton filem, tetapi Nicole dan suaminya, Jake perasan yang Nash mula batuk selepas itu.

Pada keesokan harinya, Nash tampak sihat tetapi batuknya berbunyi aneh dan menyebabkan Nicole risau.

Esoknya pula, keadaannya tidak berubah, tetapi badan Nash mula rasa panas dan dia juga kerap merengek. Nicole memberikan Nash ubat demam tetapi Nash sukar untuk lelap dan bernafas.

 

Nash dikejarkan ke hospital di mana dadanya diberi ujian sinar-X tetapi kerana keputusannya tidak memberangsangkan, dia dijadualkan menjalani rawatan ‘bronchoscopy’ petang itu juga.

“Pada pukul 6, proses pembedahan Nash dijalankan. Doktor mendapati bahawa apabila Nash tercekik tempoh hari, bertih jagung yang dimakannya telah masuk ke dalam paru-parunya.

“Badan Nash melihat bertih itu sebagai bendasing lalu ia diselaputi dengan nanah. Kesemua inflamasi ini menyebabkan Nash dijangkiti pneumonia di paru-paru kirinya.”

Dalam prosedur pembedahan berkenaan, doktor Nash mampu mengeluarkan enam serpihan bertih jagung yang tersekat.

Rupa-rupanya ada banyak inflamasi pada bahagian paru-paru Nash dan doktor tidak pasti jika dia mampu mengeluarkan kesemuanya. Untuk kepastian, Nash terpaksa melalui prosedur yang sama dua hari selepas itu.

Pembedahan kedua berjaya dilakukan dan kesemua kepingan bertih dapat dikeluarkan. Selepas menjalani ujian pernafasan, Nash akhirnya boleh dibawa pulang.

“Jika saya tidak mengikut naluri keibuan saya dan mengejarkannya ke hospital, kesannya mungkin tidak baik,” kata Nicole.

“Kami bersyukur Nash sihat semula. Kami tidak sangka semua ini berlaku akibat snek yang kami selalu makan di rumah.”

Nicole juga berkata dia ingin menasihatkan orang ramai mengenai bagaimana bertih jagung tidak patut diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

“Saya berkongsi pengalaman saya supaya orang lain dapat lihat bagaimana sesuatu yang mereka sangka baik sebenarnya boleh mendatangkan keburukan,” katanya lagi.

Sumber: theAsianparent

Kredit foto: Nicolle Johnson Goddard

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 3 May 2018

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada.

familuv Wed, 27 May 2020
familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.

familuv Tue, 16 Jul 2019

Mandi bersama, suburkan sisi romantis suami isteri

Inikan amalan Rasulullah SAW, anda bila lagi?

familuv Fri, 24 Feb 2023
familuv Tue, 10 Dec 2019

Lazada jamin kualiti susu formula terbaik untuk bayi

Pembelian dalam talian amat mudah dan menjimatkan masa

familuv Mon, 10 Dec 2018

8 Things Women Forget To Do To Recover After Giving Birth

Ladies, if you want to recover, you have to do these things!

familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?