familuv By: Bibi Ramli January 24, 2019 @ 2:00pm

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Dari pandangan orang luar, Kate Middleton nampak seperti seorang ibu yang mahir membesarkan tiga orang anaknya, iaitu George, 5, Charlotte, 3 dan Louis, 9 bulan.

Walaupun mempunyai pengasuh dan pembantu rumah untuk menolongnya, isteri kepada Putera William itu mengaku yang ada masanya terasa seperti masih tidak cekap.

“Memang susah. Kita menerima banyak sokongan dan bantuan sebagai seorang ibu, lebih-lebih lagi ketika baru melahirkan anak.

“Tapi selepas umurnya mencecah setahun, bantuan tadi akan berkurangan,” kata Duchess of Cambridge itu ketika mengunjungi sebuah organisasi sukarelawan yang menawarkan bantuan kepada ibu bapa.

Foto: Popsugar

Beliau akui, bantuan yang diberikan tidak berpanjangan meskipun tugas seorang ibu bagaikan tiada penghujungnya.

“Selepas itu, takkan ada banyak pertolongan yang dihulurkan kepada kita. Sebaliknya, ada banyak buku untuk kita baca. Semua orang akan melalui pengalaman yang sama,” katanya.

Ini bukan kali pertama Kate mendedahkan cabaran yang dilaluinya dalam membesarkan anak.

Pada 2017, ketika berucap di Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi, London, beliau mengakui bahawa ada masanya beliau berasa kurang yakin ketika melunaskan tanggungjawabnya.

“Secara peribadinya, menjadi seorang ibu memanglah satu pengalaman yang penuh nikmat dan mendatangkan ganjaran.

“Tetapi kadangkala ia juga memberi satu cabaran hebat kepada ramai ibu, termasuklah saya walaupun saya dibantu oleh pekerja di istana.

“Situasi sebegini akan menyebabkan kita hilang keyakinan atau menimbulkan rasa kebingungan dalam diri kita,” katanya.

Foto: Getty Images

Kate berkata, lazimnya wanita yang baru bergelar ibu akan menderita dalam diam.

“Mereka dibelenggu dengan perasaan negatif, tetapi pada masa yang sama mereka rasa takut untuk berterus-terang mengenai kesukaran yang dilalui.

“Perasaan ini timbul kerana mereka malu dengan apa yang orang lain akan kata jika mereka tidak berjaya mengatasi masalah berkenaan,” katanya

 

Foto: Instagram @kensingtonroyal

Sehubungan itu, Kate menggesa wanita untuk mendapatkan bantuan profesional pada waktu-waktu sukar.

“Tiada masalah jika kita ingin mengatakan bahawa menjadi ibu adalah sesuatu yang bagus, tapi kita juga perlu meluahkan semua tekanan dan kepayahan yang dilalui.

“Tidak mengapa jika anda melalui pengalaman ini. Meminta bantuan bukanlah satu tanda yang menunjukkan kelemahan,” kata puteri jelita itu.

 

Sumber: News.com.au

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 10 Oct 2018

Senarai Barangan Dapur Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Insan Tersayang

Pembiakan bakteria berlaku pada pengalas pemotong plastik yang terdapat banyak kesan torehan.

familuv Mon, 5 Nov 2018

Setelah Melahirkan Anak, Para Ibu Perlu Tunggu Setahun Sebelum Hamil Semula

Ini adalah untuk mengurangkan risiko kesihatan kepadanya dan bayi.

familuv Mon, 17 Jun 2019

8 tanda bayi anda alami alahan dengan susu formula yang diberikan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu. Malangnya bukan semua ibu berpeluang untuk menawarkan susu semula jadinya setiap kali si kecil ingin menyusu. Kadangkala mereka terpaksa bergantung […]

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Thu, 30 Aug 2018

Ini 5 Tip Untuk Handle Anak Yang Degil Oleh Para Ibu Bapa Berpengalaman

Ada kanak-kanak yang degil sangat sampai kita tak tahu bagaimana nak handle.

familuv Thu, 31 Jan 2019
familuv Thu, 1 Aug 2019

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Nak tahu apa nasihat ini? Teruskan baca.

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.

| Live TV