familuv By: Yanie Baharom July 16, 2019 @ 4:22pm

Mandi bersama, suburkan sisi romantis suami isteri

Pernahkah anda mengamalkan mandi bersama-sama pasangan? Pastikan pasangan kamu itu adalah suami atau isteri kerana jika hal ini dilakukan bersama-sama kekasih gelap mahupun teman wanita ianya tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau pahala, akan tetapi sebaliknya.

Kalau sudah sering melakukannya, jangan pula sesi romantis ini hanya dipraktikkan pada awal perkahwinan sahaja. Jadikan ia satu kemestian walaupun mungkin berlaku perubahan nyata pada tubuh pasangan yang mungkin tidak seramping atau sekencang dulu.

Antara kebaikannya, ketika mandi bersama-sama pasangan anda pasti akan saling gosok-menggosok, jirus menjirus dan seterusnya, ianya sesuai dijadikan amalan yang akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Foto: Glamour

Mengapa digalakkan suami isteri mandi bersama-sama

Amalan mandi bersama-sama pasangan ini diharuskan kerana merupakan sunnah Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Banyak kebaikannya dan kelebihan apabila suami isteri mengamalkan perkara ini seperti yang disarankan oleh Rasulullah.

Daripada Aisyah RA berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari: hadis no : 253)

Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-ganti menggunakan bekas. Bukan itu sahaja, suami isteri juga mendapat banyak manfaat apabila mandi bersama-sama.

Foto: Pesona Pengantin

Berikut antara kelebihan suami isteri mandi bersama pasangan

#1. Eratkan Hubungan

Mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan dan mengeratkan lagi rasa kasih sayang suami isteri. Bahkan aktiviti mandi-manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti yang meningkatkan kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Suami isteri berdua-duaan dalam satu tempat mandi dan dalam suasana sejuk itu tentunya akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.

Nabi SAW sendiri ketika mandi, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim: 498).

#2. Waktu Romantis Bersenda Gurau

Selain itu, sambil mandi-manda pasangan suami isteri boleh bergurau senda dan berseronok.

Rasulullah SAW sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

#3. Mampu Redakan Stress

Mandi bersama-sama pasangan ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang mampu menghilangkan stres, selain memberi ketenangan dan kegembiraan buat suami isteri.

#4. Tingkatkan Keyakinan Diri

Foto: Patheos

Saling bersentuhan ketika mandi bersama, menerima setiap kelebihan dan kekurangan tubuh pasangan mampu meningkatkan lagi keyakinan diri suami isteri. Bahkan ia akan mewujudkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.

#5. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Ketika mandi bersama-sama pasangan, denyutan jantung akan bergerak lebih pantas sekali gus ia merupakan aktiviti yang mampu menyihatkan jantung buat anda suami isteri.

#6. Pembersihan Diri Optimum

Aktiviti ini juga dapat membersihkan tubuh diri dan pasangan secara optimum. Contohnya menggosok sel-sel kulit mati pada bahagian belakang badan yang selama ini sukar dilakukan jika mandi sendirian.

Banyak manfaat yang boleh kita peroleh daripada aktiviti mandi bersama-sama pasangan bukan? Jadi, tunggu apa lagi ajak suami atau isteri mandi bersama-sama malam ini. Tidak usah malu kerana dia merupakan pasangan kita yang halal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

familuv Tue, 26 Jun 2018

5 Teknik Untuk Si Kecil Dapat Mahir Berbahasa Inggeris

Lima cara atau teknik berkesan untuk mempercepatkan kemahiran anak anda berbahasa Inggeris.

familuv Tue, 5 Mar 2019

Manfaat dan kemudaratan “tandem nursing”. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Semakin kerap anak menyusu, semakin banyak susu terhasil

familuv Thu, 6 Dec 2018

10 Perkara Yang Orang Lain Mungkin Tak Beritahu Anda Tentang Melahirkan Anak

Ia mungkin menakutkan atau menggelikan, tapi inilah hakikatnya!

familuv Mon, 18 Mar 2019
familuv Thu, 5 Jul 2018
familuv Tue, 26 Mar 2019

Suami terminum susu isteri, apakah hukumnya dalam Islam?

Lelaki perlu ambil endah mengenai perkara ini.

familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

familuv Thu, 28 Feb 2019