familuv By: Yanie Baharom September 11, 2019 @ 10:03am

Nak tahu kenapa anak bersikap pemarah? Tanyalah diri sendiri!

Setipa anak mempunyai ragam dan keletah masing-masing sepanjang proses pembesaran. Mungkin ada anak bersikap aktif dan ada pula yang pasif sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.

Apabila anak bukan sahaja aktif, tapi agresif dan terlebih bijak seperti petah berkata-kata, tentu anda pernah mendengar kenyataan ibu bapa yang berbunyi begini: “..tidak tahulah dari mana dia belajar bercakap begitu. Kakak dan abangnya tak pernah pula menyebut perkataan itu.”

Keadaan ini adalah normal dan janganlah risau kerana si manja anda mungkin terpengaruh dengan persekitaran di tempat dia dijaga atau mungkin juga dia mendengar perkataan berkenaan daripada televisyen, namun jika anak suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan adik beradik atau kawan-kawannya, dari mana sebenarnya si kecil anda belajar perangai macam seperti itu?

Masalah ini tidak mustahil sering dihadapi oleh kebanyakan ibu. Melalui perkongsian Pakar Keibubapaan, Kekeluargaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozita Shaary atau mesra dengan panggilan Ibu Rose, menyatakan ada seorang ibu muda mengajukan soalan kepadanya mengenai sikap anak yang cepat marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Dr Rozita lantas menanyakan soalan  kepada ibu muda itu, adakah sesiapa yang menjaga si anak mempunyai sikap suka marah. Ibu muda berkenaan menafikan dengan menjawab tidak juga. Beliau tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya dan dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, ibu muda itu melihat si anak naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru seseorang, “..jangan gaduh-gaduh!” Bagi pendapat anda, adakah dia melakukan ini semua hanya daripada nalurinya atau ada seseorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Cuba pelajari daripada senario ini, anak kecil yang baru berusia tiga hingga empat bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut dan ibu mendapati benda itu adalah merbahaya, lalu merampasnya daripada anak itu kerana bimbang dimasukkan ke dalam mulut.

Foto: winnetnews

Anak itu mengulangi lagi perbuatan sana yang mungkin bahaya juga, lalu ibu merampas lagi dan oleh kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan sama dengan hasrat mahu mengajar si kecil, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anaknya akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia mengambil sesuatu barang, orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain mengambil barang, maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Foto: sleepingshouldbeeasy

Jadi apa yang perlu dilakukan jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut.

Sementara barang yang tidak boleh dimasukkan ke mulut itu tadi, katakan no dan yang ini yes. Ulang perkataan yes berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsious-nya ialah yes! Ini memberi dia lebih banyak peluang di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? Salah satu sebabnya dia terlalu banyak menerima perkataan ‘no.’

Bak kata pepatah dalam bahasa Inggeris; “There is more to parenting than meets the eye” kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu mesti dihormati.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

familuv Wed, 20 May 2020

Contohi Agong dan Raja Permaisuri yang kerap berpegangan tangan

Kuasa sentuhan mampu meredakan kesakitan

familuv Tue, 28 Aug 2018

Ingin Cerdas Seperti Tun M? Jangan Pandang Remeh 9 Tip Ini

Pakar sakit puan Datuk Dr Hamid Arshat kongsikan 9 cara untuk mencerdaskan otak yang diamalkan beliau.

familuv Fri, 9 Nov 2018

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Sosej ini boleh direbus ataupun digoreng!

familuv Mon, 24 Feb 2020
familuv Wed, 13 Mar 2019

Hamil pada usia 30 tahun ke atas. Bahaya atau tidak?

Usia lanjut risaukan wanita yang ingin hamil.

familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

familuv Tue, 31 Jul 2018

Anak Terpengaruh Dengan Iklan Makanan, Ibu Bapa Usah Terlalu Turut Kehendak Mereka

Iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun.

familuv Wed, 31 Oct 2018

Ciuman Mulut Beri Kebaikan Kepada Kesihatan Suami Isteri

Ciuman mulut ke mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit.

familuv Mon, 17 Dec 2018

10 Tips In Disciplining Your Baby – Yes, It’s Never Too Early To Start

The earlier it is, the more rules your child needs.