familuv By: tex_admin August 31, 2018 @ 11:15pm

Pakar Laktasi Ini Kongsi Langkah Atasi Sakit Belakang Ketika Menyusu Anak

Bagi anda yang baharu saja dikurniakan cahaya mata, mungkin perkongsian ini cukup berguna untuk dipraktikkan.

Kita semua tahu bahawa, sakit belakang selepas bersalin dan ketika menyusu anak adalah perkara yang akan dialami oleh setiap wanita. 

Ada dalam kalangan anda yang mengalami sakit belakang semasa menyusu walaupun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Agaknya kenapa ya? 

Untuk pengetahuan anda, apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang, Berat bayi berlebihan boleh menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi.

Nak tahu langkah untuk atasi masalah sakit belakang ketika menyusu bayi? Jom, kita semak perkongsian oleh pakar laktasi, Puan Rita Rahayu ini.

Foto: Joskids

1. Berhati-hati dengan posisi dan postur tubuh

  • Anda perlu beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
  • Jika anda sakit belakang di bahagian bawah, gunakan pelapik kaki bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai.
  • Pilih kerusi paling selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan bantal yang banyak sebagai sokongan tambahan kepada bahagian belakang badan dan lengan.

2. Bersenam secara beransur-ansur

  • Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibilitinya.
  • Amalan berenang dapat membantu menguatkan otot-otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
  • Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang abdomen. 
  • Biasakan diri anda untuk melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.

Mudah saja kan langkahnya? Jadi, anda kalau tak nak terseksa dengan rasa sakit belakang, lakukan langkah ini dengan sekerap yang boleh. Apa yang penting, rehat secukupnya.

Sumber: Majalah Pa&ma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 Nov 2019

Bayi pun tertarik pada yang cantik dan tampan, tapi kenapa ya?

Sama seperti orang dewasa, si kecil pun memilih!

familuv Thu, 20 Sep 2018

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Keluarga Beckham selalu nampak bahagia. Apakah rahsia mereka?

familuv Mon, 17 Sep 2018
familuv Mon, 17 Sep 2018

Sebelum Beri Antibiotik Pada Anak, Anda Perlu Tahu Elemen Penting Ini!

Ingat ya, jangan bertindak terburu-buru memberi ubat pada anak anda!

familuv Thu, 20 Sep 2018
familuv Mon, 14 Jan 2019

Want your kids to love vegetables? Try serving it with some dipping sauce

Research says kids are most likely to eat vegetables when paired with dips.

familuv Wed, 28 Nov 2018

Mereka Juga Berkorban Dan Ini 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Caesar

Bersalin secara normal mahupun pembedahan menuntut pengorbanan yang sama daripada seorang ibu. Mereka bertarung nyawa!

familuv Mon, 7 Jan 2019

7 petunjuk si manja anda sudah bersedia untuk makanan pertama

Ibu bapa patut memperkenalkan bayi kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.

familuv Wed, 2 Jan 2019
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]