familuv By: Yanie Baharom December 23, 2019 @ 5:08pm

Pastikan mandi junub sesudah ‘selesai’ jika mahu malaikat rahmat mendekati!

Pasangan suami isteri yang ‘aktif’ melakukan hubungan seksual, adalah satu petanda yang baik. Ia menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja menjalani kehidupan yang sihat tetapi juga kurang tekanan atau masalah di dalam rumah tangga.

Tetapi aktif di ranjang sahaja tidak guna juga kalau anda tidak faham mengenai kepentingan mandi junub atau mandi wajib selepas melakukan hubungan kelamin.

Persetubuhan suami isteri yang sudah dijanjikan pahala, bagaikan sia-sia apabila terlupa untuk melakukan satu perkara ini iaitu mandi junub.

Dibawah ini adalah pencerahannya kenapa mandi junub itu penting dilakukan segera selepas bersama dengan isteri mahupun suami.

Jangan terus tidur selepas ‘menyelesaikan hajat’ dan menunggu untuk bangun solat Subuh, baru terkial-kial hendak mandi wajib.

Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khusus berjudul “Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan”.

Di bawah bab itu dicantumkan dua hadis sahih yang berbunyi ancaman menunda mandi junub tanpa alasan. Apa ancamannya?

Bagi pasangan yang sudah berumah tangga, hal ini tidak wajar dipandang ringan. Ini antara nikmat yang hilang jika anda melambat-lambatkan mandi junub kerana jika dilakukan dengan sengaja, malaikat rahmat tidak akan mendekati anda.

Rasulullah SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تَقْرَبُهُمُ الْمَلَائِكَةُ الْجُنُبُ وَالسَّكْرَانُ وَالْمُتَضَمِّخُ بِالْخَلُوْقِ

“Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq.” (HR. Al Bazzar; shahih)

Dijelaskan oleh Al Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia dalam apa jua keadaan sekali pun.

Jadi, bagi orang yang menunda mandi junub tanpa alasan sebagai contoh kerana malas, maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat.

Lalu apakah seseorang itu perlu segera mandi junub sebaik selesai berhubungan?

Rasulullah SAW memberi contoh, selepas menunaikan hajat bersama isterinya kadang-kala Baginda terus membersihkan diri dengan mandi junub dan ada kalanya tidak berbuat demikian. Ketika Baginda tidak boleh membersihkan dirinya untuk terus mandi junub, maka Baginda berwudhu dan membersihkan alat sulitnya terlebih dahulu sebelum tidur.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ قُلْتُ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِي الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً

Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, “Saya bertanya kepada Aisyah mengenai witir Rasulullah SAW. Lalu dia menyebutkan suatu hadis.

Aku bertanya lagi, ‘Bagaimana yang Baginda perbuat ketika dalam keadaan junub, apakah Baginda harus mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi?

Aisyah menjawab, “Sungguh semuanya telah dilakukan Baginda, kadang Baginda mandi lalu tidur, kadang Baginda berwudhu lalu tidur”.

Aku berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan.” (HR. Muslim).

Berdasarkan penjelasan ini, disarankan kepada suami isteri untuk terus mandi junub atau setidak-tidak mengambil wuduk untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan.

Kalau tidak berupaya untuk membersihkan diri di malam hari lantaran air yang sejuk, pasanglah pemanas air di kediaman anda.

Di bawah ini adalah doa mandi junub sebagai panduan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 28 Feb 2019
familuv Mon, 17 Sep 2018

Sebelum Beri Antibiotik Pada Anak, Anda Perlu Tahu Elemen Penting Ini!

Ingat ya, jangan bertindak terburu-buru memberi ubat pada anak anda!

familuv Tue, 18 Feb 2020
familuv Thu, 3 May 2018

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada.

familuv Mon, 4 Mar 2019

Selamatkah produk pelindung matahari untuk bayi?

Ibu ini beri amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati.

familuv Thu, 16 Aug 2018

Ini Tip-Tip Penting Untuk Ibu Bapa Apabila Membaca Buku Dengan Anak

Anda perlu pastikan anak anda mendapat faedah daripada aktiviti ini.

familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

familuv Tue, 22 Jan 2019

10 ungkapan yang anda perlu kerap ucapkan kepada anak

Anak anda akan rasa lebih dihargai.

familuv Tue, 11 Sep 2018

Bukan Wanita Dewasa Saja, Miss V Bayi Perempuan Anda Juga Perlu Penjagaan Yang Betul

Kemaluan bayi perempuan sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.