familuv By: Yanie Baharom February 4, 2019 @ 2:00pm

Patuh, sopan dan berdisiplin, ini 5 amalan orang Jepun dalam membesarkan anak-anak

Jepun tidak hanya dikenali sebagai sebuah negara yang mendahului dari segi teknologi canggih di dunia, malah didiami masyarakat cukup berdisiplin tinggi. 

Di samping itu, rakyatnya juga mengekalkan ciri-ciri tradisi iaitu menjaga kesopanan dan menghormati orang lain. 

Agak-agaknya, apa rahsia dan cara mendisiplinkan anak yang diamalkan oleh orang Jepun? 

Seperkara yang menarik, ibu bapa di Jepun tidak menggunakan pendekatan memarahi atau memaki hamun anak, sebaliknya mengamalkan diplomasi. 

Ternyata ia satu amalan yang berkesan apatah lagi kanak-kanak Jepun sungguh patuh dan sopan, malah amat berdisiplin walaupun masih kecil!

Sebenarnya, semua ini bermula daripada ibu bapa. Anak akan menjadikan ibu bapa sebagai suri teladan, oleh itu daripada mereka belajar untuk berdisiplin, sopan dan menghormati orang lain.

Berikut antara lima cara mendisiplinkan anak yang diamalkan orang Jepun.

Foto: The Japan Times

1. Hubungan kekeluargaan yang erat

Mungkin kedengaran agak keterlaluan, tapi ibu bapa di Jepun amat mementingkan keakraban antara ibu dan anak hinggalah anak itu berusia enam tahun.

Selama tiga tahun pertama kehidupan anak, seorang ibu akan membawa anaknya ke mana-mana saja, dan mencurahkan sepenuh masanya dengan anak.

Mereka juga jarang menghantar anak ke pusat penjagaan mahupun pengasuh sehinggalah anak berusia tiga tahun. 

Apabila hubungan ibu-anak rapat, anak akan bergantung pada ibunya dan mencontohi segala sikap terpuji ibunya. Jika ibu menunjukkan sikap positif, maka anak pun akan membesar dengan sikap itu.

Sebelum anak berusia lima tahun, mereka dibenarkan untuk buat apa saja. Ini bukan untuk memanjakan anak, tetapi supaya anak sendiri faham apa perkara yang buruk dan apa yang baik. 

 

2. Setiap orang diberi layanan sama rata

Setiap orang di Jepun akan dilayan dengan sama rata, tanpa mengira bangsa, pangkat, darjat atau agama. 

Anak juga perlu diajar melayan pengasuh sama seperti ibu ayahnya sendiri! Dengan cara mendisiplinkan anak ini, mereka akan belajar untuk berlaku sopan dan tidak merendahkan orang lain.

Foto: usatoday.com

3. Mendahulukan keluarga

Setiap ibu di Jepun akan membesarkan anak mereka dengan sepenuh hati dan meluangkan banyak masa demi anak. 

Mereka tidak akan menghantar anak ke taska, pengasuh, mahupun ke ibu bapa sendiri, sehinggalah anak berusia tiga tahun!

Untuk ibu bapa yang sibuk bekerja pula, mereka akan meminta bantuan keluarga, namun akan menerapkan yang hubungan kekeluargaan yang benar-benar rapat.

 

4. Menghormati perasaan orang

Ibu bapa di Jepun sangat mementingkan emosi dan perasaan orang lain. Sebab itu, mereka akan mengajar anak-anak mereka memahami dan menghargai perasaan orang lain juga.

Ini termasuklah benda-benda yang tidak hidup! Contohnya, apabila kanak-kanak merosakkan kereta mainannya, ibu di Jepun akan mengatakan – “Kereta mainan itu menangis jika awak merosakkannya.”

Dari situ, anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai segala-galanya. Ibu bapa di Jepun juga amat suka menceritakan kisah-kisah dongeng dan cerita rakyat pada anak-anak mereka!

Foto: Japanese Level Up

5. Ibu bapa adalah refleksi buat anak

Sejak kecil, ibu bapa di Jepun akan berusaha sehabis baik untuk menjadi suri teladan terbaik buat anak-anak mereka.

Namun begitu, mereka tidak hanya menyuruh anak-anak melakukan apa yang mereka mahu. Sebaliknya, mereka akan beri contoh bagaimana melakukannya, dan dari situ anak-anak akan ikut.

Semoga perkongsian cara mendisiplinkan anak dari ibu bapa Jepun ini akan memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk membesarkan anak kecil anda. 

Kurangkan tekanan, dan berikan yang terbaik pada anak-anak. Semoga bermanfaat!

 

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 26 Sep 2019

Amalan surah Nabi Yusuf buat pasangan tambah sayang!

Banyakkan berdoa, InsyaAllah Allah SWT akan permudahkan urusan kita.

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Bungkuskan Makanan Untuk Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Mewah Rezekinya, Balik Rumah Bawa…”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman TikTok yang memaparkan pelakon Sari Yanti sedang menunggu suami tercintanya, Jep Sepahtu pulang ke rumah. Menerusi hantaran tersebut, Jep yang keluar dari kereta tersenyum sipu apabila melihat Sari […]

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Fri, 27 Sep 2019

Elak sumbang mahram! Fahami batas aurat dalam keluarga

Jangan sampai menyesal kemudian hari…

familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi