familuv By: tex_admin July 25, 2018 @ 12:00pm

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Anak Mengalami Cirit Birit

Bila anak pandai makan macam-macam jenis makanan, mereka mungkin akan berisiko untuk mengalami masalah sembelit mahupun cirit birit. 

Masalah cirit birit tidak semestinya menyerang orang dewasa saja, malah kanak-kanak juga tidak akan terlepas daripada masalah ini. Seseorang yang mengalami cirit birit boleh menyebabkan keletihan yang melampau dan dehidrasi. 

Ia memang mengganggu tahap kesihatan kita apatah lagi jika berlaku kepada anak kita, pasti mereka terseksa. Sebagai ibu bapa, anda perlu ambil perhatian apabila anak anda mengalami masalah cirit birit ini. Jom semak perkara penting yang perlu anda tahu sekiranya anak mengalami cirit birit.

Antara punca masalah cirit birit berlaku

Foto: Motherhood parenting and Motherhood advice

1. Jangkitan perut atau usus (gastroenteritis) dari parasit, bakteria atau virus.

2. Keresahan.

3. Alergi makanan.

4. Sindrom keradangan di bahagaian usus. (Clon’s dan Ulcerative colitis)

Simpton cirit birit

Foto: i-Hiqmah

1. Lebih dari 6 kali membuang air besar dalam tempoh 24 jam.

2. Najis berair.

3. Sakit perut yang teruk.

4. Najis melekit dan ada bau pelik.

5. Lebih dari 3 kali muntah dalam tempoh 24 jam

6. Cirit-birit tidak serius tapi berlanjutan lebih 5 hari

7. Demam.

8. Tanda-tanda dehidrasi.

Apa yang perlu anda lakukan jika anak cirit birit?

Menurut perkongsian oleh Dr. Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya, antara perkara yang perlu anda lakukan apabila anak mengalami cirit birit adalah:

1. Pastikan anak mendapat air yang secukupnya dan tidak mengalami dehidrasi.

2. Perhatikan keadaan anak. Apabila anak kerap muntah secara berulang-ulang, jangan biarkan saja.

3. Selalu perhatikan lampin pakai buang anak. Anda perlu kerap menukar lampin sekiranya anak kerap membuang air besar ataupun kecil. Jika tidak, anak akan mengalami masalah lain seperti ruam pada kawasan najis.

4. Bagi bayi yang menyusu badan (fully breastfeeding), teruskan pemberian susu badan seperti biasa. Jangan sesekali dihentikan.

5. Jangan terus beli ubat di kedai atau farmasi tanpa pemeriksaan doktor.

6. Bawa anak anda ke klinik atau hospital sekiranya masalah cirit birit berterusan dan disertai dengan masalah lain seperti sakit perut, muntah dan demam.

Kesimpulannya, kalau anak anda nampak tidak bertenaga ketika mengalami masalah cirit birit, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan tunggu dah melarat baru nak bawa, kasihan anak anda nanti terpaksa tahan sakit! 

Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsiaparent, Facebook, Majalah Pama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.

familuv Wed, 15 Aug 2018

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Bukan saja dapat melegakan kesakitan, ais krim buah ini juga berkhasiat!

familuv Fri, 27 Jul 2018

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Topik sumbang mahram melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis,

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Video Memasak, Ramai Puji Anak Aliff Syukri – “Dahlah Cantik, Pandai Masak Pula Itu!”

Umum mengetahui, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid iaitu Qadejah Elzahra sememangnya minat memasak. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang

Events Thu, 15 Dec 2022

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga. Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga.

familuv Tue, 15 May 2018

Masak Bubur Dan Nasi Serentak Guna Cara 2 Dalam 1. Mudah & Jimat Masa!

Jom cuba teknik masak nasi dan bubur secara serentak ini. Pasti menjimatkan masa anda.

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Pola tidur anak akan berubah mengikut umur mereka.

familuv Mon, 13 Aug 2018

6 Tip Penting Supaya Kulit Bayi Anda Kekal Sihat

Kulit bayi sangat halus, ruam dan alergi boleh terbentuk jika tidak dijaga.

| Live TV