Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA!
familuv By: tex_admin November 6, 2018 @ 12:00pm

Ruam Merah Timbul Pada Badan Bayi Ketika Cuaca Panas? Lakukan Cara Ini Untuk Merawatnya

Pernahkan badan si manja anda tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah pada bahagian leher, bawah lengan atau tepi lampin? Kalau pernah, ia mungkin ruam panas!

Kalau anda nak tahu, ruam panas ini dikenali sebagai ruam mencucuk (miliria) yang boleh keluar apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.

Biasanya, ruam ini timbul pada kelipat-kelipat kulit atau bahagian pakaian yang ketat pada anggota badan si manja. Sebenarnya, ruma panas ini tidaklah membahayakan nyawa bayi, tapi ia adalah petanda yang menunjukkan anak anda terlalu panas. 

Jadi, anda perlu melakukan sesuatu untuk menyejukkan badannya, kalau tidak ia mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih serius seperti kelesuan haba atau strok haba. Oleh itu, penulis senaraikan 5 alternatif untuk merawat bayi anda yang mengalami ruam panas ini.

Foto: SirapLimau

1. Kurangkan kepanasan dan kelembapan

Anda perlu beralih ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan. Pada waktu malam, letakkan kipas dalam bilik bayi anda untuk pengedaran udara yang lebih baik. 

2. Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas

Anda juga perlu tahu bahawa, fabrik sintetik seperti poliester atau nilon mudah memerangkap panas. Jadi, pilihlah fabrik semula jadi seperti kapas. Longgarkan atau tanggal baju bayi dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

3. Pastikan badan bayi sentiasa sejuk

Anda boleh sejukkan kawasan kulit yang terkena ruam dengan menggunakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bayi dalam tab. Biarkan kulitnya kering dalam udara biasa dan kalau boleh jangan gunakan tuala. Cara ini dapat membantu untuk memulihkan ruam badannya.

4. Gunakan losyen kalamin

Sapukan dengan banyak (kecuali pada kawasan mata) pada kawasan ruam. Cara ini sangat bagus terutamanya jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.

5. Gunakan krim hidrokortison

Gunakan krim ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam dalam keadaan yang sangat teruk.

Sekiranya bayi anda demam, ruang tidak hilang selepas 3 atau 4 hari ataupun ruam menjadi lebih teruk, segeralah berjumpa doktor.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Baby Center

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 21 Sep 2018

Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, Boleh Ke?

Tunggu bayi anda dah besar barulah perkenalkan kicap dalam hidangan mereka!

familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Thu, 26 Jul 2018

Kerana Pakai Kasut Berlampu LED, Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Lecur Kimia!

Seorang kanak-kanak di Amerika dah terkena padahnya!

familuv Sun, 18 Aug 2019

5 panduan setiap bapa baharu perlu tahu

Kongsikan info ini kepada suami anda!

familuv Wed, 12 Dec 2018

Cucu Lebih Rapat Dengan Nenek Sebelah Ibu, Kenapa Ya? Ini Sebabnya.

Jaga cucu sedari dilahirkan, itulah yang membuatkan nenek sebelah ibu tersangat istimewa di mata cucu!

familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi

familuv Mon, 17 Dec 2018

10 Tips In Disciplining Your Baby – Yes, It’s Never Too Early To Start

The earlier it is, the more rules your child needs.

familuv Tue, 3 Dec 2019

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Fakta menarik dan cerita mengenai mitos serta haiwan liar menanti pembaca

familuv Mon, 6 Aug 2018
familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

| Live TV