familuv By: Yanie Baharom May 4, 2018 @ 11:00am

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

Sikap penyayang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang juga calon kerusi Parlimen Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu, jugalah yang menawan hati Datin Seri Haflin Nazri Aziz sekaligus mengembalikan keinginan untuk mendirikan rumah tangga selepas jodoh perkahwinan yang lalu gagal bertahan.

“Chief (Nazri) memiliki hati yang begitu baik. Dengan dia saya boleh jadi diri sendiri. Dia bukan seorang yang mudah menilai seseorang, tidak mengongkong dan itu sifat yang sering buat saya berasa senang,” ujar Haflin mengenai Nazri yang lebih mesra disapa dengan panggilan Chief itu.

Mengimbau perkenalan mereka, wanita kelahiran Kelantan itu bertemu dengan suaminya di Istana Pahang  ketika menemani ibunya yang dianugerahkan gelaran Datuk.

“Kami berjumpa buat pertama kali di Istana Pahang, ketika majlis jamuan. Ibu saya terima anugerah Datuk dan dia (Nazri) pula mendapat gelaran Datuk Seri, kemudian kami ada berjumpa lagi di Kuala Lumpur,” katanya.

Haflin turut menyifatkan  suaminya sebenarnya seorang yang pemalu dan bukan seorang yang gopoh dalam perhubungan.

“Semasa mengurat itu pun dia tidak tunjuk yang dia sukakan saya,” kata bekas pengacara TV itu yang juga ibu kepada anak lelaki yang comel berusia dua tahun.

Foto : MStar

Selain pemalu dan penyayang, Nazri juga digambarkan sebagai seorang yang tidak cerewet ketika makan kerana menu kegemarannya begitu ringkas seperti sambal petai, ikan tenggiri goreng, sayur bayam tumis dan kentang goreng.

Kesibukan suaminya membuatkan wanita ini meletakkan masa yang diluangkan Nazri bersamanya antara kejutan terbesar yang pernah diterimanya selama empat tahun melayari bahtera perkahwinan.

“Nazri seorang yang sangat sibuk. Kalau tengok jadual dia sangat padat. Jika dia dapat meluangkan masa sehari bersama saya, itu adalah kejutan terbesar buat saya.

“Malah tahun ini dia memberikan kejutan apabila secara spontan merancang sambutan hari jadi anak sulung kami, JP.

Namun menurut Haflin, dia sentiasa memahami dan menghormati tanggungjawab suaminya sebagai anggota Kabinet dan pemimpin masyarakat.

Mengulas mengenai statusnya sebagai isteri pemimpin negara, katanya, dia tidak kekok dan sudah terbiasa menghadiri majlis-majlis rasmi.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 2 Apr 2020
Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah […]

familuv Fri, 8 Jun 2018

The Family UK Keluarga Contoh Buat Si Perantauan Agar Tidak Lupa Asal Usul

Walaupun dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, ketiga-tiga beradik itu terutamanya Fatimah Omar Mukhlis, 4, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’.

familuv Sun, 17 Jun 2018

Pelajari Cara Membuat Pasir Kinetik Sendiri Untuk Anak Anda, Tak Perlu Beli Mahal-Mahal

Mainan ini amat bermanfaat untuk tumbesaran minda kanak-kanak.

familuv Wed, 20 Jun 2018

Kenali Kamu Jenis Ibu Bapa Yang Mana Dan Implikasinya Kepada Anak-Anak

Ada tiga pendekatan atau cara kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

familuv Thu, 20 Dec 2018

8 Tip Bagi Merancang Parti Hari Jadi Untuk Anak Anda Dengan Jayanya

Kalau tak dirancang dengan betul, huru-hara pula jadinya nanti.

familuv Tue, 10 Dec 2019

Lazada jamin kualiti susu formula terbaik untuk bayi

Pembelian dalam talian amat mudah dan menjimatkan masa

familuv Fri, 16 Nov 2018
familuv Thu, 15 Nov 2018