familuv By: Ad Ops September 20, 2018 @ 5:07pm

Stres Bayi Anda Menangis Di Tengah Malam? Ini Cara Agar Bayi Tidur Lena

Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur). Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena.

Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:

Cukup makan

Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.

Bersihkan badan

Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.

Urutan

Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.

Persekitaran

Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.

Foto: Cute Baby Pics

Lullaby

Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.

Pakaian

Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.

Rutin tidur

Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.

Beza siang dan malam

Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.

Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.

Selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?

familuv Fri, 7 Dec 2018

4 Cara Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Perlu Anda Elakkan

Salah satunya, jangan pakaikan pakaian yang tebal pada bayi!

familuv Tue, 5 Mar 2019
familuv Sun, 10 May 2020
familuv Wed, 22 Jan 2020

Masa bersama suami aman tanpa gangguan anak, ini caranya!

Tiada lagi alasan untuk tidak bersama pasangan

familuv Mon, 4 Mar 2019

Selamatkah produk pelindung matahari untuk bayi?

Ibu ini beri amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati.

familuv Mon, 30 Jul 2018

Adakah Campuran Bijirin Di Dalam Botol Susu Bayi Anda Selamat Untuknya?

Ada yang guna teknik ini supaya anak mereka cepat tidur.

familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

familuv Tue, 19 Jun 2018

Ikuti Langkah Ini Dan Anak Anda Tidak Perlu Lagi Guna Lampin Pakai Buang

Lebih jimat kalau anak sudah tidak pakai lampin pakai buang lagi. Anda wajib praktik teknik ini!

familuv Fri, 12 Apr 2019

Berkahwin dengan lelaki muda menyebabkan wanita mati lebih cepat! Anda berani?

Rahsia umur panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki sebaya dengannya.

| Live TV