familuv By: Ad Ops November 14, 2019 @ 1:18pm

Terlebih guna ‘gadget’ terbukti boleh bantut perkembangan otak kanak-kanak

Kanak-kanak yang menggunakan gadget dengan lebih kerap didapati mempunyai struktur otak yang kurang berkembang berbanding kanak-kanak yang dihadkan penggunaannya oleh ibu bapa mereka.

Selain itu, menurut kajian yang dibuat oleh Hospital Kanak-Kanak Cincinnati, mereka juga mendapat markah lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa dalam ujian tatabahasa dan membaca.

Pihak hospital ini mengkaji otak 47 orang kanak-kanak yang berusia di antara tiga hingga lima tahun menerusi imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), menurut laporan ScienceFocus.

Tujuannya ialah untuk mengenal pasti sama ada pendedahan terhadap skrin televisyen dan telefon pintar, contohnya, ada memberi kesan ketara terhadap otak.

Kanak-kanak ini diberi ujian kognitif manakala ibu bapa mereka pula diminta mengisi bancian yang menceritakan tabiat penggunaan skrin anak mereka.

Pendedahan berlebihan boleh membantut perkembangan otak si kecil. Sumber: Sogerweb

Hasilnya, kanak-kanak yang terdedah kepada skrin media untuk jangka masa lama setiap hari didapati mempunyai white matter (bahagian otak yang menyokong skil bahasa dan kemahiran membaca) yang tidak teratur dan kurang berkembang.

White matter dalam otak manusia membantu bahagian-bahagian otak lain berkomunikasi dan boleh dikembangkan lagi menerusi aktiviti seperti membaca dan mempelajari cara bermain sesuatu alat muzik.

Menurut NowThis, pendedahan terhadap skrin tidak menghalang white matter daripada berkembang, sebaliknya ia boleh menghalang pengalaman hidup yang boleh mengembangkan lagi white matter dengan kadar yang lebih pantas dan kuat.

Sumber: Cincinnati Children’s Hospital

Gambar di atas ialah imej otak kanak-kanak yang kerap terdedah kepada penggunaan skrin menunjukkan struktur white matter yang kurang berkembang. Kawasan yang terjejas ialah yang berwarna biru.

Ketua kajian ini, Dr John Hutton, berkata bahawa membina pengalaman hidup adalah amat penting bagi kanak-kanak. “Penggunaan media berdasarkan skrin dalam kalangan kanak-kanak kini semakin berleluasa dan bertambah di rumah, pusat jagaan serta sekolah pada usia yang lebih muda.

“Adakah penggunaan skrin mereka menghalang mana-mana aktiviti yang boleh memberi manfaat, seperti membaca, bermain dan bercakap? Kajian ini tidak mengatakan bahawa skrin media tidak baik untuk kanak-kanak. Cuma ia tidak sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat usia ini.”

Hasil kajian ini juga menunjukkan keperluan untuk kita memahami kesan pendedahan terlalu lama penggunaan gadget terhadap otak, terutamanya pada tahap yang mana otak kanak-kanak sedang berkembang secara dinamik.

“Dengan ini, ibu bapa, pembuat polisi dan pengeluar gadget boleh menetapkan had yang sihat untuk si kecil.”

Ibu bapa patut tetapkan had bagi anak mereka. Sumber: Medium

Kumpulan pengkaji ini menegaskan bahawa kajian ini masih berada di tahap awal dan hasilnya boleh dilihat sebagai permulaan untuk kajian yang lebih banyak.

Akademi Pediatrik Amerika Syarikat mengesyorkan ibu bapa mengehadkan penggunaan skrin anak mereka kepada satu jam sehari.

Selain itu, golongan ibu bapa juga patut menetapkan satu waktu (seperti waktu makan) dan kawasan rumah (seperti di bilik tidur) yang mana sebarang media tidak boleh digunakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 1 Aug 2019

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Nak tahu apa nasihat ini? Teruskan baca.

familuv Wed, 9 Jan 2019
familuv Tue, 31 Mar 2020
familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

familuv Tue, 31 Dec 2019
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

familuv Mon, 18 Mar 2019

5 cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam

Mungkin ada antara anda yang pernah melakukannya tanpa sedar.