Eat Travel By: Ad Ops May 15, 2018 @ 1:00pm

10 Foto Pantai-Pantai Tercantik Di Dunia, No. 4 Paling Gorgeous

Tempat yang paling syok untuk berehat dan relaks bersama keluarga atau sahabat mestilah di tepi pantai.

Dengan angin yang bertiup nyaman dan pemandangan yang menyejukkan mata, anda gerenti akan berjaya hilangkan stres atau lupakan segala masalah.

Di Malaysia ada banyak pantai yang menarik, tapi jom tengok gambar-gambar 10 pantai tercantik di seluruh dunia. Mana tahu, satu hari nanti anda mungkin boleh berkunjung ke sana.

1. Navagio Beach, Greece

Foto: Joy Ride By Taylor/Getty Images

Gambar pantai ini selalu digunakan sebagai gambar yang menghiasi poskad dari negara Greece. Ia terletak di Pulau Zakynthos dan anda hanya boleh ke sana dengan menaiki bot.

2. The Baths, British Virgin Islands

Foto: travel.amerikanki.com

Pantai ini dipenuhi dengan batu-batu besar yang menghasilkan terowong dan gua-gua kecil yang menarik untuk diterokai. Mencantikkan lagi pemandangan di sini ialah pokok kelapa dan pasir putih yang mengelilingi batu-batu besar ini. Gorgeous!

3. Tapuaetai, Cook Islands

Foto: etdjt Pictures

Ia juga dikenali sebagai One Foot Island dan ia merupakan sebuah pantai kecil di Cook Islands. Pada tahun 2008, ia memenangi anugerah Australia’s Leading Beach.

4. Zlatni Rat, Croatia

Foto: www.chasingthedonkey.com

Juga dikenali sebagai Golden Beach, ini adalah salah satu pantai terkenal di dunia dan salah sebuah tempat pelancongan yang paling menarik di Croatia. Dirangkumi oleh batu-batu kerikil putih, pantai ini bertukar bentuk, bergantung kepada air pasang atau surut, angin dan arus.

5. Oludeniz, Turkey

Foto: www.lonelyplanet.com

Kalau anda tangkap gambar di pantai ini, hasilnya mesti cantik menarik. Terletak di perkampungan kecil di bahagian barat daya negara Turkey, ia merangkumi pantai berpasir yang bergabung dengan lagun biru. Part paling best tentang pantai ini ialah airnya yang berwarna turquoise. Pantai ini paling sesuai untuk aktiviti paragliding kerana ia mempunyai pemandangan panorama yang mengancam.

6. Anse Source D’Argent, Seychelles

Foto: www.flightnetwork.com

Anda mungkin pernah nampak pantai ini kerana ia selalu terpampang di dalam majalah. Ia merangkumi kombinasi batu granit, pantai pasir berwarna pink serta pokok kelapa. Cantik sangat sampai susah nak percaya tempat ini wujud.

7. Tulum, Mexico

Foto: www.escapingabroad.com

Pantai ini adalah salah satu lokasi yang paling dikunjungi di Mexico. Pada suatu ketika dulu, ia merupakan pelabuhan untuk kaum Maya di bandar Coba. Walaupun pantai ini cukup menarik, berhampiran dengannya ada kawasan peninggalan kaum tersebut yang juga boleh diterokai.

8. Trunk Bay, Amerika Syarikat

Foto: F Mira / CC BY-SA http://2.0 / flic.kr

Trunk Bay adalah sebahagian daripada sebuah taman negara yang terletak di St. John, Virgin Islands di Amerika Syarikat. Ia dikunjungi oleh banyak kapal cruise dan menawarkan banyak kemudahan seperti tandas, bilik mandi, kedai snek serta lifeguard (penyelamat). Part yang paling menarik ialah laluan dalam air di mana anda boleh lakukan aktiviti snorkeling di sepanjang terumbu karang.

9. Maya Bay, Thailand

Foto: youne.com

Pantai yang ini dekat sikit daripada yang lain. Maya Bay terletak di Pulau Phi Phi, Thailand. Ia mempunyai kehidupan marin yang luas serta menawarkan lokasi menarik untuk penyelam. Yang menariknya, pantai ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang menjadikannya lebih unik untuk pengunjung. Tengoklah warna airnya!

10. Whitehaven Beach, Australia

Foto: steemkr.com

Pantai ini adalah 6 kilometer panjangnya dan adalah 98% daripada pasirnya adalah silika tulen. Berdekatan dengan pantai tersebut adalah sebuah teluk di mana air pasang atau surut akan menggerakkan pasir hingga ia menjadi warna dan tekstur yang menarik.

Sumber: Curiousmob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Fri, 12 Feb 2021
Eat Travel Mon, 11 Jun 2018
familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥