familuv By: Yanie Baharom January 9, 2019 @ 11:30am

10 panduan ‘beli jiwa’ isteri, tapi nombor 6 paling mudah dilakukan!

“Sudahlah kakak yang bekerja, kakak juga yang masak dan mengemas rumah, malah makan paginya pun kakak yang sediakan. Tapi boleh pula suami campak makanan yang dibeli dari tingkat atas! Kakak kutip, makan hidangan tadi dalam perjalanan ke pejabat sambil linangan air mata menyembah bumi.

“Bukan setakat itu saja, pernah satu hari suami campak sup ayam yang kakak masak, tak kena selera katanya,” luahan seorang teman penulis yang menceritakan pengalamannya ketika hidup bersama bekas suami.

Mendengar luahan teman lama itu, mengusik hati penulis. Dalam simpati, rasa nak tergelak pun ada membayangkan adegan yang berlaku, kerana ada juga lelaki tak sedar diuntung seperti itu ya?

Lelaki oh lelaki! jika anda benar-benar seorang lelaki sejati, anda tidak memperlakukan isteri anda sebegitu, apalagi si isteri tadi yang keluar mencari rezeki.

Wahai lelaki, seharusnya anda bersyukur dan sentiasa berterima kasih kepada isteri kerana sanggup mengambil alih tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh anda, selayaknya status anda sebagai suami.

Tetapi begitulah orang lelaki, ego mereka tinggi. Kalau masakan isteri enak sekalipun sampaikan tambah tiga pinggan, untuk memuji isteri, ‘sedap masakan awak’ memang susah.

Ada kalanya, isteri jugalah yang terpaksa tebal muka dan bertanya, “sedap tak lauk hari ini abang?”.

Kalau hidangan yang isteri sediakan lazat pun susah nak puji, apa lagi kalau yang kurang bahan rencahnya, misalnya hidangan tawar kerana tidak cukup garam. 

Silap-silap kena tegur, “Eh, kenapa masak lemak awak ini macam kurang garam”. Atau “Dah berpuluh tahun masak nasi pun, tak reti-reti lagi ke nak masak betul-betul sampai lembik macam ini?”

Isteri yang mendengar apa lagi, tersentaklah hatinya. Siapa yang tak sakit hati kan kalau suami bagi merungut seperti itu? 

Bukan nak ucap terima kasih atau menghargai, malah menrungut pula. Ini boleh mendatangkan amarah!

Wahai suami, setiap kali isteri anda masak, cubalah puji sikit, barulah dia rasa seronok dan dihargai sekali gus hilang rasa penat isteri memasak itu.

Bayangkan isteri juga penat bekerja sebagaimana suami, tetapi pulang ke rumah kerja lain pula menanti. Pasti dia rasa lebih seronok dan dihargai walaupun hanya bantuan kecil serta pujian daripada suaminya itu.

Bagaimana pun, situasi di atas tidak menggambarkan sikap semua lelaki,  cuma segelintir lelaki sahaja. Tidak dinafikan terdapat ramai golongan suami yang bijak ‘membeli jiwa’ isteri selain ringan tulang. 

Jom kita lihat, taktik mudah yang boleh dipraktikkan encik suami untuk membuatkan isteri tercinta berasa dihargai! 

Foto: Pinterest

Tip ambil hati isteri tanpa belanja besar

1. Jika isteri memasak, suami tolong basuh pinggan.
2. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan.
3. Selepas isteri melipat baju, suami boleh tolong kemas dalam almari
4. Tawarkan diri untuk membasuh kereta isteri.
5  Sesekali beri kejutan kepada isteri dengan membelikan hadiah.
6. Ungkapkan kata cinta pada isteri setiap hari.
7. Hindari buat sesuatu perkara yang tidak disukai isteri.
8. Bawa isteri berjalan atau bercuti ke tempat yang belum pernah dikunjungi 
9. Buat kejutan seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.
10. Akhir sekali, berikan pujian setiap kali isteri masak atau berhias semata-mata buat suami tercinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Jul 2022
Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

Featured Wed, 10 Feb 2021

Malaysia Negara Ketiga Miliki “Sugar Daddy” Paling Ramai Di Asia

Istilah “sugar daddy” dilihat sebagai satu “taboo” dalam masyarakat kita. Bagi umat Islam, istilah “sugar daddy” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun, menerusi portal Free Malaysia Today melaporkan hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy […]

#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Bungkuskan Makanan Untuk Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Mewah Rezekinya, Balik Rumah Bawa…”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di laman TikTok yang memaparkan pelakon Sari Yanti sedang menunggu suami tercintanya, Jep Sepahtu pulang ke rumah. Menerusi hantaran tersebut, Jep yang keluar dari kereta tersenyum sipu apabila melihat Sari […]

Featured Sat, 17 Dec 2022