Featured By: Fadzlena Jafar July 3, 2019 @ 6:05pm

10 pemain paling berharga dalam Piala Dunia FIFA Wanita

Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2019 yang kini sedang berlangsung di Perancis sejak 6 Jun lalu, bakal melabuhkan tirai 7 Julai ini. Meskipun tidak begitu popular berbanding Piala Dunia FIFA lelaki yang membariskan bintang handalan dunia, semakin ramai yang mula memberikan tumpuan kepada pertandingan itu.

Mula diperkenalkan pada 1991, pertandingan anjuran FIFA itu menyaksikan Amerika Syarikat (AS) mendominasi senarai pemenang apabila muncul juara sebanyak tiga kali iaiti pada edisi pertama 1991 yang dianjurkan di Guangzhou, China, diikuti pada 1999 apabila mengalahkan pasukan China di California.

Pasukan AS sekali lagi muncul juara pada edisi ketujuh (2015) di Vancouver, Kanada apabila mengalahkan juara bertahan, Jepun.

Selain AS dan Jepun yang cemerlang dalam pertandingan itu, Jerman juga ternyata hebat apabila menjuara PIada Dunia FIFA Wanita sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada 2003 dengan mengalahkan Sweden dan pada 2007 dengan mengalahkan pasukan Brazil.

Sejak Jepun memenangi edisi keenam lapan tahun lalu, pertandingan itu juga mula mencuri tumpuan khususnya di Asia. Sejak itu, liga bola sepak wanita di kebanyakan negara mula popular, malah sejak kebelakangan ini semakin ramai pemain bola sepak wanita yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Antara pemain paling mencuri tumpuan pastinya wira AS dan dikatakan pemain dengan bayaran tertinggi di dunia, Alex Morgan yang berjaya membawa pasukannya ke pertandingan akhir, 7 Julai ini, sama ada bertemu Sweden ataupun Belanda yang bakal berentap esok.

Bagi Piala Dunia FIFA Wanita 2019, beberapa portal sukan turut menyenaraikan pemain paling bernilai antaranya SB Nation yang menyenaraikan 50 pemain hebat.

Meskipun berjaya membawa AS ke akhir, Alex hanya tersenarai pada kedudukan ke-15, manakala pemain terbaik dunia, Ada Hegerberg dari Norway tiada dalam senarai berkenaan kerana tidak menyertai pasukan kebangsaannya kali ini berikutan membantah sikap persatuan bola sepak negaranya yang tidak begitu mengambil berat pembangunan bola sepak wanita.

Apapun, mereka tetap terbaik dan berikut adalah senarai 10 pemain yang menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang Piala Dunia FIFA wanita 2019:

1.  Sam Kerr (Australia) 

Sam Kerr dianggap antara pemain terbaik dunia. Sumber PlayersVoice

Penyerang Australia yang berusia 25 tahun itu mula bersinar pada usia 13 tahun apabila bakatnya dikesan pemain terkenal Australia, Bobby Despotovski yang kagum dengan kelincahannya. Kapten pasukan Australia itu ternyata hebat di Piala Dunia meskipun gagal membawa pasukannya ke peringkat akhir. Keluarga Sam Kerr juga tidak asing dengan sukan bola sepak. Bapanya pemain bola sepak yang mencipta nama di Australia, manakala abangnya Daniel turut bermain untuk kelab di Autsralia. Beliau yang bermain untuk Kelab Chicago Red Stars pernah menerima anugerah Kasut Emas NWSL  

2. Wendie Renard (Perancis) 

Kapten Perancis ini dianggap antara pemain berbakat di negara itu. Sumber Pinterest.

Pemain terhebat Perancis ini, mula berkecimpung dalam sukan bola sepak seawal usia belasan tahun. Dilahirkan pada 20 julai 1990, Wendie atau nama penuhnya Wendie Wéndèleine Thérèse Renard yang bermain dalam liga tempatan bagi beberapa kelab seperti Kelab Divisyen 1, Olympique Lyonnais dan menjadi pemain tengah bagi pasukan kebangsaan perancis.

3. Tobin Heath (AS)

Selaku pemain sayap AS, Tobin Heath amat digeruni. Sumber US Soccer

Beliau dilahirkan pada 29 Mei 1988 dan mempunyai kerjaya cemerlang dalam sukan ini. Dianggap sebagai pemain terbaik AS, Tobin Powell Heath antara pemain yang berjaya membawa pasukan AS memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali dan membantu pasukannya menjuarai Piala Dunia pada 2015.

4. Lieke Martens (Belanda) 

Pemain sayap Belanda ini bukan saja hebat di padang, tetapi juga menawan setiap mata yang memandang. Sumber FC Barcelona

Lieke Elisabeth Petronella Martens bermain bagi pasukan FC Barcelona dalam Liga Primera. Beliau mula bermain sejak usia belasan tahun dan terus mengukuhkan namanya dalam sukan berkenaan. Pemain tengah Belanda itu dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik FIFA, pada Oktober 2017.

5. Dzsenifer Marozsan (Jerman)

Dzsenifer dikatakan pemalu tetapi kehebatannya tidak perlu dipertikai kerana dianggap antara pem,ain terbaik Belanda sepanjang zaman. Sumber Pinterest

Dzsenifer pernah diangkat sebagai kapten pasukan kebangsaan Jerman, namun secara sukarela memberikan peranan berkenaan kepada pemain lain apabila berlaku pertukaran jurulatih. Wanita berusia 27 tahun itu seorang yang pendiam, tetapi bakatnya membolehkan beliau memenangi pelbagai gelaran sama ada di negaranya mahupun peringkat antarabangsa.

6. Lindsey Horan (AS)

Kejelitaan pemain tengah AS ini turut memikat ramai peminatnya. Sumber Twitter.com

Keputusan pihak pengurusan pasukan AS untuk tidak meletakkan Lindsey dalam kesebelasan utama ketika peringkat suku akhir menentang Perancis menimbulkan kemarahan netizen yang percaya kehadiran bintang itu mampu membawa impak kepada pasukannya. Anak kelahiran Colorado itu dilahirkan pada 1994 dan menjadi pemain wanita pertama yang menjadi pemain profesional tanpa melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

7. Eugenie Le Sommer (Perancis)

Pemain tengah Perancis ini sentiasa mencuri tumpuan dengan kehebatannya. Sumber Twitter.com

Eugénie Anne Claudine Le Sommer bermain untuk pasukan terbaik Eropah, Olympique Lyonnais. Ketangkasannya di bahagian tengah menyebabkan ramai menggelar beliau penyerang bahagian tengah paling kreatif, namun ada kalanya beliau turut diberi peranan sebagai penyerang kedua bagi pasukannya.

8. Julie Ertz (AS)

Antara pemain bola sepak yang menarik perhatian peminat, namun kehebatannya juga tidak boleh disangkal. Sumber Twitter.com

Dilahirkan pada 16 April 1992, Julie Ertz antara pemain yang membantu AS memenangi Piala Dunia pada 2015. Wanita berusia 26 tahun itu yang bermain di bahagian tengah, mula menyertai pasukan kebagsaan pada 9 Februari 2013. 

9. Saki Kumagai (Jepun) 

Saki bermain untuk kelab di perancis sejak 2013 menjadikan beliau antara pemain Jepun paling berbakat. Sumber Zimbio.

Pemain pertahanan Jepun itu dilaporkan teruja untuk menyertai pasukan kebangsaannya ke Piala Dunia. Hal ini kerana semua perlawanan berlangsung di Perancis yang dianggap oleh kapten Jepun itu sebagai rumah keduanya kerana Saki bermain untuk pasukan utama Perancis, Olympique Lyonnais sejak 2013.

10. Christine Sinclair (Kanada)

Christine antara penyerang yang sentiasa berjaya membuahkan gol. Sumber Portland Timbers.

Kapten Kanada itu bermain untuk kelab Portland Thorns FC dan dianggap pemain paling cemerlang di negaranya kerana pernah memenangi gelaran Pemain wanita Terbaik Kanada sebanyak 14 kali. Beliau juga melakar sejarah antara pemain yang paling banyak bermain di peringkat antarabangsa dengan 182 gol dan membantu Kanada memenangi pingat gangsa Olimpik sebanyak dua kali.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Dec 2021

2 Ahli Kumpulan BTS, Rap Monster & Jin Positif Covid-19

Syarikat agensi kumpulan BTS, Big Hit Music memberitahu dua lagi ahli kumpulan itu, Rap Monster (RM) dan Jin telah dijangkiti wabak Covid-19 pada Sabtu selepas pulang dari konsert mereka di Amerika Syarikat. RM, 27, dan […]

Featured Wed, 11 Mar 2020

PUNB perkenal pelbagai pakej pembiayaan bantu usahawan wanita

Inisiatif termasuk usahawan terjejas akibat COVID-19

Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Featured Tue, 10 Jan 2023

“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Orang jahil, akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu – Puteri Sarah Liyana 😢

Featured Thu, 23 Sep 2021