familuv By: Ad Ops December 6, 2018 @ 9:00am

10 Perkara Yang Orang Lain Mungkin Tak Beritahu Anda Tentang Melahirkan Anak

Biasanya apa yang muncul di minda tentang melahirkan anak adalah rasa sakit yang amat sangat, bercampur dengan rasa sayang dan kegembiraan yang tak terhingga untuk ketibaan zuriat anda di dalam dunia ini.

Walau bagaimanapun, selalunya mesti ibu, nenek atau rakan-rakan anda ada sembunyikan beberapa fakta tentang menjadi seorang seorang ibu.

Tak apa, jangan salahkan mereka. Pastinya mereka ada sebab, mungkin mereka tak ingin menakutkan anda kerana realitinya melahirkan anak bukan indah-indah saja.

Adakah anda ingin betul-betul bersedia dan ketahui apa yang akan anda lalui nanti? Baca 10 perkara yang tiada siapa beritahu anda tentang melahirkan anak.

1. Anda akan rasa macam nak buang air

Ya, memang mengejutkan tapi anda kena tahu. Bila anda nak lahirkan anak, kan semua orang kata “Push! Push!”? Hmm… sambil meneran itu, anda mungkin terasa nak gunakan tandas. Yalah, manalah anda boleh kawal apa yang “keluar”, kan? Jangan risau, jika perkara ini berlaku, jururawat atau sesiapa yang menjaga anda akan buat tak tahu.

2. Doktor anda mungkin perlu gunakan vakum

Foto: mypregnanthealth.com

Jika anda mengalami kesukaran ketika mengandung seperti darah tinggi, untuk keselamatan anda dan kandungan, doktor anda mungkin terpaksa gunakan vakum untuk keluarkan bayi dari dalam perut. Mesin ini bukannya penyedut habuk yang anda gunakan di rumah, jadi jangan panik.

3. Anda mungkin kena beli tuala wanita banyak-banyak

Lepas anda lahirkan anak pun darah anda takkan berhenti keluar. Yalah, proses haid anda dah tergendala selama 9 bulan, jadi… whooosh. Selepas bersalin, pendarahan ini akan berterusan selama beberapa minggu, jadi pastikan stok pad anda banyak.

4. Rasa sakitnya tak seperti yang anda sangka

Yang paling tak best adalah contraction yang anda akan rasa bila due date anda nak dekat. Anda mungkin ingat rasanya macam senggugut atau period pain kerana itulah bagaimana ia bermula.

Tapi cepat-cepat ia akan bertukar menjadi rasa sakit yang anda takkan dapat tanggung khususnya di bahagian bawah belakang dan abdomen anda. Ia boleh dihindari jika anda meminta epidural.

5. Air ketuban tak semestinya turun sekaligus

Dalam filem dan untuk sesetengah orang wanita, air ketuban mereka akan pecah sekali… dan habis cerita. Sebenarnya cecair amnion yang melindungi kandungan dalam perut ini boleh meleleh keluar sepanjang hari. Jika ini berlaku kepada anda, pakailah pad.

6. Jangan guna tisu, guna botol picit

Foto: Amazon.com

Botol ini dipanggil perineum irrigation. Fungsinya adalah untuk memancut air ke bahagian alat sulit anda selepas membuang air. Dengan cara ini, jahitan anda (jika ada) takkan terganggu dan ia memastikan anda tak terlalu ganas seperti apabila anda gunakan tisu.

7. Rambut anda akan gugur

Ya, fakta ini mungkin sedikit sukar untuk diterima. Ketika mengandung, rambut anda mungkin tebal dan kuat kerana adanya estrogen. Tapi selepas bersalin, kadar estrogen anda akan jatuh lalu menyebabkan banyak rambut anda untuk gugur.

8. Kaki anda akan bengkak

Ini adalah kesan sampingan yang biasa bagi kehamilan. Namun begitu, selepas bersalin, kebengkakan ini akan berkurangan tapi saiz kaki anda tetap lebih besar daripada sebelum ini. Untuk sesetengah wanita, hal ini adalah sementara tapi untuk wanita lain, ia boleh jadi permanent.

9. Anda banyak berpeluh pada waktu malam

Anda kena biasakan keadaan badan anda berpeluh untuk minggu-minggu pertama selepas melahirkan anak. Jumlah peluh yang timbul banyak sangat sampai anda boleh tertanya jika anda sebenarnya tak sihat. Ia boleh berlaku sepanjang malam.

10. Anda mungkin perlu pakai “lampin ibu”

Foto: amazon.fr

Pad yang anda kena pakai selepas kantung ketuban anda pecah dan selepas anda bersalin, boleh dipanggil “mummy diapers”. Mereka memang merupakan lampin untuk ibu baru. Ia dapat bantu dengan pendarahan, serta ia mengandungi ais di dalamnya untuk melegakan post-birth.

Sumber: Mom Junction

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 5 Jun 2019

Sherry Al-hadad dan Ammar Titan tak puasa? Biar betul!

Ikuti sedutan video Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic!

familuv Mon, 8 Jul 2019

Peluk anak 18 kali sehari, mereka akan jadi lebih bijak!

Amalkan budaya peluk pasangan ini kepada anak untuk naikkan semangat dalam pelajaran.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

Featured Wed, 18 Apr 2018

Siapa Kata Nak Buat Mini Pavlova Susah? Senang Saja, Jom Cuba!

Teringin nak makan pavlova tapi tak tahu cara nak buatnya? Jom tengok resepi ni.

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam