Featured By: Fadzlena Jafar April 23, 2020 @ 11:44am

10 prosedur rawatan kesihatan yang dibenarkan ketika berpuasa

Ramai yang beranggapan mencabut gigi ketika berpuasa akan menyebabkan batal puasa berkenaan. Ada juga yang mengatakan penggunaan ubat titis mata boleh membatalkan puasa.

Terkini, timbul pula persoalan mengenai ujian calitan (swab test) bagi saringan COVID-19 ketika berpuasa. Ramai yang bimbang kerana ada kemungkinan ujian berkenaan dijalankan pada Ramadan ini bagi mengesan pesakit yang dijangkiti COVID-19.

Kelmarin, BH melaporkan beberapa mufti di negara ini sepakat menyatakan ujian calitan berkenaan tidak membatalkan puasa sekiranya alat digunakan tidak masuk terlalu jauh ke dalam rongga hidung atau kerongkong.

Alat yang digunakan untuk mengambil sampel ketika ujian calitan akan dikeluarkan kembali, justeru tidak membatalkan puasa. (Gambar hiasan/AGP/Chip Somodevilla)

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata berdasarkan pegangan Mazhab Shafie, ujian berkenaan juga dibenarkan dan diberi kelonggaran kepada umat Islam yang berpuasa kerana ia menyentuh aspek kesihatan.

“Berdasarkan pengalaman saya apabila disyaki dijangkiti COVID-19 sebelum ini, ujian calitan itu tidak masuk jauh ke dalam rongga hidung. Begitu juga untuk ambil sampel di rongga tekak.

“Saya tidak pasti dengan prosedur ujian dengan orang lain, tetapi bagi diri saya, ujian calitan tidak membatalkan puasa. Jika ujian itu jauh ke dalam tekak atau kerongkong, barulah boleh jadi batal,” katanya kepada BH.

Pandangan beliau itu turut dipersetujui Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, yang berpendapat  ujian berkenaan tidak akan membatalkan puasa kerana alat yang digunakan tidak sampai jauh ke dalam rongga hidung atau sehingga ke halkum atau kerongkong.

“Ujian calitan ini berbeza dengan penggunaan ‘inhaler’ kerana ia akan masuk ke dalam rongga perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak,” katanya.

Prosedur mencabut gigi boleh dilakukan ketika berpuasa. (Gambar hiasan/NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN)

Selain ujian calitan, ada beberapa prosedur rawatan yang tidak membatalkan puasa seperti yang dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan perkongsian jabatan itu, meskipun ketika berpuasa seseorang itu perlu mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj, namun ada beberapa prosedur rawatan tidak membatalkan puasa.

Berikut dikongsikan prosedur perubatan yang boleh dilakukan ketika Ramadan:

Suntikan antara prosedur rawatan yang tidak membatalkan puasa. (Gambar hiasan/NSTP/ NIK HARIFF HASSAN)

  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).
  2. Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan.
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu.
  4. Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah. Ini termasuk rawatan bius setempat atau separuh.
  5. Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
  6. Memasukkan tiub kateter melalui salur darah bagi tujuan pemeriksaan jantung seperti prosedur angiogram. Selain itu, pemeriksaan laparoskop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit juga tidak membatalkan puasa.
  7. Menggunakan ubat kumur (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat terapeutik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
  8. Menjalani biopsi iaitu pengambilan spesimen atau cebisan daripada anggota badan.
  9. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
  10. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

KREDIT: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit, 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

familuv Fri, 8 May 2020
familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

Featured Wed, 18 Aug 2021

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir […]

Sihat Fri, 3 Aug 2018

4 Teknik Mudah Untuk Legakan Sakit Belakang

Anda boleh ‘take 5’ untuk lakukan teknik ini di pejabat mahupun di mana saja anda berada.

Featured Tue, 12 Oct 2021

Excited Nak Rentas Negeri… Tapi Sebelum Tu, Jangan Lupa Buat 5 Perkara Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran merentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara mulai semalam. Tiada lagi sekatan dibuat, jadi, tak perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri. […]

Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

familuv Sun, 10 May 2020
Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

Eat Travel Mon, 13 Jan 2020

| Live TV