Featured By: tex_admin January 8, 2018 @ 9:42am

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding masyarakat di negara lain! Wah, hebat tu. Jadi, nak tahu tak apakah rahsia orang Jepun lakukan untuk kekal sihat, awet muda dan tak gemuk? Jom kita tengok!

1. BAHAN MAKANAN YANG DIGUNAKAN ADALAH SIMPLE

Kalau anda nak tahu, bahan masakan orang Jepun ni sangat ‘simple’. Antara barang yang wajib ada dalam setiap dapur adalah ikan, sayur-sayuran, soya, beras, buah-buahan dan teh hijau. Jadi, hampir setiap hari mereka akan menggunakan bahan-bahan ini sahaja untuk dijadikan makanan harian. Bukan sahaja dapat berjimat tetapi bahan masakan asas ini turut berkhasiat tau!

2. MAKAN MAKANAN YANG DIMASAK DI RUMAH

Berlainan dengan masyarakat dari negara lain, rakyat Jepun ini memang ternyata suka makan makanan yang dimasak di rumah. Tak kiralah sibuk atau letih, mereka akan cuba untuk pulang dan masak sendiri di rumah. Kata orang, bila masak sendiri ni lagi puas nak makan kan? Antara menu wajib dan menjadi kebiasaan orang Jepun adalah satu mangkuk nasi, ikan panggang, sayur goreng, miso sup dan satu potong buah-buahan. Selain itu, teh hijau juga dijadikan sebagai minuman wajib ya. Kalau anda nak tahu, orang Jepun memang menggemari ikan dan ini juga kerana negara Jepun merupakan antara negara yang mempunyai sumber ikan terbesar!

3. UTAMAKAN BAHAN MASAKAN YANG SEGAR

Siapa yang tak suka bahan masakan yang segar kan? Kalau sesiapa yang pernah berkunjung ke Jepun, memang ternyata bahan makanan yang dijual di pasar semuanya segar-bugar! Hal ini kerana, orang Jepun mengamalkan untuk membeli barangan basah 30 minit sebelum mereka memasak. Maknanya, mereka tak simpan makanan basah dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama. Memang betul-betul segar la ni.

4. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT

Memang betul bahawa kita kalau nak dapatkan badan yang sihat, perlu makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap. Itulah yang diamalkan oleh rakyat Jepun sejak kecil lagi. Mereka sudah dilatih untuk makan dalam kuantiti yang sikit dimana makanan tidak akan penuh dalam pinggan. Sebaliknya, setiap lauk akan diletakkan di dalam pinggan yang berbeza dalam kuantiti yang sedikit dan hanya makan jika perlu. Selain itu, orang Jepun juga dilatih supaya menghias makanan dengan cantik. Barulah berselara betul tak?

5. CARA MASAKAN YANG SIHAT

Memang kalau kita di Malaysia yang makan makanan Jepun pun dah tau yang makanan Jepun ini memang mengamalkan cara masakan yang sihat. Kebanyakkan makanan Jepun memang dimasaka secara kukus, panggang dan ‘saute’. Selain itu, jika ingin menggoreng atau menumis, mereka menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari untuk memasak. Bukan sahaja makanan akan bertambah sedap malah bagus untuk jantung juga.

6. SELALU MAKAN NASI

Ini mungkin mengejutkan ramai orang. Rupa-rupanya orang Jepun memang suka makan nasi! Malah mereka tidak akan pernah terlepas untuk makan nasi dalam masa sehari. Mereka mengaggap daripada makan roti, lebih elok untuk makan nasi dalam hidangan yang sederhana sebanyak dua kali sehari. Pandangan ini agak berbeza dengan masyarakat Barat kerana mereka menanggap nasi atau karbohidrat dapat menggemukkan badan. Jadi, untuk semua rakyat Malaysia, janganlah takut nak makan nasi tu ya!

7. AMALKAN HEAVY BREAKFAST

‘Breakfast Like a King, Lunch Like a Prince, and Dinner Like a Pauper’. Perumpamaan ini adalah yang diamalkan oleh rakyat Jepun apabila tiba soal makan. Sarapan memang ternyata adalah sajian yang paling penting untuk memulakan hari yang sihat dan bertenaga. Orang Jepun dapat mengekalkan ‘awet muda’ dengan mengamalkan sarapan pagi yang berat iaitu dengan makan nasi kukus, miso sup, telur dadar, ikan, tauhu dan teh hijau sebagai minuman. Dengan mengambil makanan yang berat pada waktu pagi dan makan secara ringan di waktu tengahari dan malam, mereka dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan obesiti.

8. TAK AMALKAN MAKANAN MANIS

Berbeza dengan orang Malaysia, masyarakat Jepun tak amalkan makanan manis tau! Bukan mereka tak makan langsung makanan manis seperti kek, coklat dan aiskrim tu, cuma mereka sangat mengawal kuantiti pengambilan gula dalam diet seharian. Ternyata, salah satu tips untuk mendapatkan tubuh badan yang ‘slim’ dan sihat adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.

9. SUKA MAKAN

Berbeza dengan masyarakat Barat yang mengatakan bahawa jika anda sedang berdiet, anda kena kurangkan pengambilan makanan. Namun tidak dengan masyarakat Jepun. Memang sudah dilatih dalam amalan masyarakat Jepun untuk menikmati makanan dan tiada halangan untuk makan sebanyak mana yang mereka mahukan. Tetapi, masyarakat Jepun kini perlu berhati-hati kerana pengaruh makanan segera dari Barat sudah menular dan harap-harap tak meningkatlah kadar obesiti di Jepun.

10. SELALU BERSENAM

Bersenam sudah menjadi rutin harian bagi masyarakat Jepun. Malah, menurut majalah Time tahun 2004, ‘How to Live to Be 100’, menyatakan bahawa rakyat Jepun adalah yang paling berada dalam keadaan yang sihat. Malah, di negara matahari terbit ini juga, mereka sudah memperkenalkan amalan bersenam bukan dengan mengunjungi gimnasium sepanjang masa tau. Aktiviti yang diperkenalkan adalah dengan menunggang basikal di sekitar bandar, berjalan ke tempat kerja dan juga mendaki gunung. Jadi, tak payah susah-susah nak ke gimnasium, dengan aktiviti harian pun dah boleh bersenam.

Semoga boleh amalkanlah selepas ini ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Sun, 11 Nov 2018

Ketahui Bahagian Ayam Yang Paling Tinggi Protein & Berkhasiat

Kalau nak kurus, kenalah tahu bahagian ayam mana yang patut dikurangkan dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Bersolek boleh tetapi biar berpada-pada

Featured Mon, 26 Apr 2021

Kongsi Foto Anak Ke-2, Muhammad Afwa Nama Baby Boy Siti… Turut Lancar Muzik Video Terbaru “Anaknda”

Umum maklum, penyanyi no 1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau pada minggu lalu. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, penyanyi itu akhirnya berkongsi wajah dan nama anak keduanya yang […]

familuv Fri, 14 Jun 2019

Fahami erti dan perbuatan nusyuz termasuk penyelesaiannya, mohon hadam betul-betul!

Jaga tingkahmu wahai isteri jangan sampai jatuh nusyuz!

Featured Mon, 21 Jun 2021

Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada […]

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Thu, 21 Mar 2019
Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

| Live TV