Featured By: Yanie Baharom May 23, 2018 @ 10:00am

10 Selebriti Wanita Tempatan Berdarah Campuran Dengan Kecantikan Wajah Wow!

Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Ia wujud sejak berzaman dahulu lagi. Malah perkahwinan campur merupakan satu bonus dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi keluarga.

Salah satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.

Menerusi kenyataan Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook-nya, perkahwinan campur mampu melahirkan genetik yang kuat dan mempunyai daya tahan melawan penyakit yang kuat, lebih kuat ketahanan fizikalnya malah lebih pandai, lebih cantik dan kacak.

Anda pastinya bersetuju mereka yang berdarah mix ini selalunya mempunyai kecantikan wajah yang outstanding selain susuk tubuh tinggi lampai. Tak percaya? Lihat saja senarai artis Malaysia yang berdarah kacukan ini. Mereka memang cantik!

1. Neelofa 

Foto: mynewshub.cc

Siapa yang tidak mengenali wanita jelita Noor Neelofa Mohd Noor ini. Neelofa merupakan gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan. Ayahnya berketurunan Melayu, manakala ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Neelofa juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun 2010 .

Dengan kepintarannya serta status sebagai usahawan berjaya, gadis cantik ini sering dikaitkan dengan kerabat diraja. Siapa yang tidak akan terpaut dengan kejelitaan dan kelembutan pengacara program “MeleTOP” ini.

2. Emma Maembong

Foto: Instagram Emma Maembong

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, merupakan gadis berdarah kacukan Melayu dan Scotland. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya merupakan warganegara Scotland.

Emma juga pernah berada pada kedudukan 71 di antara 100 Wajah Tercantik TC Candler. Jadi tidak hairanlah, mengapa wajah Emma sering menjadi perhatian untuk drama dan juga iklan komersial. 

3.  Fathia Latiff

Foto: Instagram Fathia Latiff

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri “Ariana Rose” ini berdarah kacukan Melayu dan Arab. Nur Fathia Abdul Latif merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang. Fathia memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2009 menerusi drama popular “Nur Kasih” bersama Tiz Zaqyah dan Remy Ishak.

Fathia sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan seorang kerabat selain pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Aiman Hakim yang pernah berganding dengannya menerusi drama siri popular “Diandra”.

4. Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose

Foto: Instagram Nelydia Senrose

Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen (Uqasha) dan Zaris Nelydia Senrose Nik Sen (Nelydia), merupakan pasangan adik-beradik dengan paras rupa yang cukup menawan. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, mereka berdarah kacukan Melayu dan Siam.

Nelydia memulakan kerjayanya sebagai pelakon seawal usia 13 tahun menerusi drama “Spa Q” manakala Uqasha sebelum ini bertugas sebagai pramugari di awan biru sebelum mengambil keputusan serius dalam lakonan.

5. Izara Aishah

Foto: hanasuva

Izara Aishah Hashim merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu dan Pakistan. Ayahnya beketurunan Melayu, manakala ibunya pulah berdarah Pakistan. Izara merupakan finalis Dewi Remaja bersama-sama Neelofa dan meraih tempat kedua.

Izara pernah muncul untuk produk kecantikan Fair & Lovely dan jenama Brands, Innershine. Wanita yang juga isteri kepada Adib Khalid ini juga dikagumi kerana bakat lakonannya yang semulajadi.

6.  Cik Puan Juliana Evans

Foto: Instagram Juliana Evans

Cik Puan Juliana Evans memulakan karier seninya  sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005. Dia yang berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris, kemudiannya mencuba nasib dalam bidang pengacaraan sebelum mengukuhkan namanya sebagai pelakon.

Antara drama yang pernah dijayakan wanita cantik dan merendah diri ini adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar.

Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.

7. Datin Diana Danielle

Wanita Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejak usianya kanak-kanak lagi.

Antara drama lakonan wanita dilahirkan dengan nama  Diana Danialle Danny Beeson ini,  adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan & Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ….Dalam Botol serta Hanyut.

8. Maya Karin

Foto: Media Hiburan

Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India di sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. 

Maya sendiri pernah mendirikan rumah tangga lelaki Inggeris iaitu Steven Shorthose juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008 sebelum bercerai beberapa tahun kemudian. 

Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Seri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari.

Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

9.  Zahirah MacWilson

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

Nur Zahirah Macwilson Zainol (lahir 1 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Zahirah Macwilson adalah pelakon wanita dan model dari Malaysia.

Zahirah mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie. Beliau berketurunan British dan Melayu. Zahirah menjadi model waktu berusia 12 tahun, beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Bapanya, Zainol Macwilson merupakan bekas penyampai berita TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Thu, 23 Sep 2021

“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan. Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman […]

Featured Thu, 21 Oct 2021

Netizen Kagum Anak Aliff Syukri Baru Umur 4 Tahun Dah Berani Naik ‘Flying Fox’

Putera bongsu kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi telah menarik perhatian orang ramai dengan keberaniannya. Baru-baru ini, Yusoff sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan menaiki ‘flying […]

Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

familuv Tue, 13 Nov 2018
Featured Sat, 23 Apr 2022

MV Lip Lap Raya Didakwa Sama Seperti MV Adele? Ini Respons Siti Nurhaliza

Best je lagu raya baru Tokti ni… bab MV tu tak salah kan kalau ambil inspirasi untuk berkarya

Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Resort Langkawi diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards.

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡