Featured By: Ad Ops April 8, 2020 @ 1:12pm

1,001 khasiat jambu batu yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan

Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava linn adalah buah tropika yang kaya dengan 1,001 khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Buah yang berasal dari Peru dan Mexico itu kaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin C, A, kalium, antioksidan, magnesium dan folat.

khasiat jambu batu untuk kesihatan dan kecantikan

Kredit gambar: Samudra Bibit

Berikut adalah antara manfaat buah jambu batu yang bagus dalam pelbagai aspek.

1. Jantung

Jambu batu membantu menjaga dan meningkatkan kesihatan jantung. Kandungan kalium (potassium) yang tinggi dan serat larut dalam jambu mampu menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.

2. Menurunkan tekanan darah

Pengambilan jambu batu mampu menurunkan tekanan darah dan membantu penurunan kolesterol low density lipoprotein (LDL) ‘jahat’ dan peningkatan dalam kolesterol high density lipoprotein (HDL) ‘baik’.

Jambu batu kaya dengan vitamin A dan kalium yang mampu mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah serta menghalang darah menjadi pekat sekali gus mengawal tekanan darah.

3. Hati

Kandungan antioksidan yang tinggi dan vitamin dalam jambu batu boleh membantu melindungi hati daripada rosak akibat radikal bebas.

khasiat jambu batu untuk kesihatan dan kecantikan

Kredit gambar: Sumber Plastik

4. Senggugut

Daun jambu batu yang digunakan secara tradisional oleh masyarakat di India sejak dahulu lagi mampu mengatasi masalah senggugut dan kekejangan perut akibat haid.

5. Mata

Pengambilan jambu batu dapat membekalkan vitamin A untuk badan dan membantu meningkatkan daya penglihatan, memperlahankan pembentukan katarak serta menghindarkan risiko retinitis pigmentosa iaitu penglihatan yang sensitif terhadap cahaya.

6. Sistem penghadaman

Jambu batu adalah sumber terbaik serat pemakanan dan bagus untuk sistem penghadaman. Ia membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit. Sifat antimikrobial jambu batu juga dapat mematikan mikrob berbahaya di dalam usus yang boleh menyebabkan cirit-birit.

khasiat jambu batu untuk kesihatan dan kecantikan

Kredit gambar: Shopee

7. Kanser

Jambu batu boleh mencegah dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser. Kandungan jambu batu yang tinggi antioksidan seperti lycopene dan vitamin C membantu untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel iaitu antara punca utama kanser.

8. Sistem imun

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat. Sifat antimikrob berfungsi membantu membunuh bakteria jahat dan virus yang boleh membawa jangkitan.

9. Kecantikan

Jambu batu yang tinggi dengan antioksidan boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan. Ini mampu melambatkan proses penuaan, membantu mencegah kedutan dan merawat jerawat.

khasiat jambu batu untuk kesihatan dan kecantikan

Kredit gambar: Dream.co.id

10. Ibu hamil

Jambu batu juga bagus untuk ibu hamil kerana mampu mengatasi masalah kegatalan kulit terutama pada perut. Khasiat jambu batu tidak hanya untuk ibu hamil, malah ia memberi manfaat pada kesihatan bayi dalam kandungan.

Jambu batu kaya dengan asid folik yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi dan ia juga mampu melindungi sistem saraf.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Mon, 11 Sep 2023
Featured Wed, 28 Apr 2021

Jenaka Rogol Di Sekolah ? Tiada Toleransi! – Radzi Jidin

Berikutan isu seorang guru yang membuat jenaka rogol tular di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu tersebut. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Mohd Jidin beliau berkata perkara tersebut masih dalam siasatan […]

Featured Mon, 1 Mar 2021

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

PKP dilanjutkan atau tidak?

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Featured Tue, 2 May 2023