Featured By: Yanie Baharom July 19, 2018 @ 8:30pm

Denyut Nadi Nelson Mandela Terus Membara Di Ulang Tahun Ke-100 Meski Beliau Sudah Tiada

Afrika Selatan menyambut ulang tahun Nelson Mandela yang ke-100 pada Rabu, 18 Julai 2018 dan bekas presiden Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara bekas pemimpin dunia yang hadir memberi penghormatan terhadap pemimpin anti-apartheid yang telah meninggal dunia itu.

Mandela, yang dilahirkan pada tanggal 18 Julai 1918 meninggal dunia pada 5 Disember 2013, kekal sebagai ikon global disebabkan perjuangannya menentang diskriminasi dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian berkulit putih dari Eropah dan mesejnya menggalakkan kedamaian setelah dibebaskan dari penjara 27 tahun.

Bentuk diskriminasi dan penindasan dinamakan sebagai Apartheid itu berlaku terhadap penduduk asli Afrika Selatan yang berkulit hitam. Apartheid dilakukan oleh Belanda dan Inggeris sebagai penjajah di Afrika Selatan dan Apartheid dilenyapkan dalam pemerintahan Nelson Mandela (1994-1999).

Selama hidupnya, ia selalu berjuang melawan Apartheid dan melindungi orang-orang Afrika meski harus keluar dan masuk penjara. Ia berjuang tak memakai senjata mirip seperti yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi (India). Mereka berjuang melawan penjajahan dan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang Eropah. Dan perjuangan mereka mendapatkan hasil yang memuaskan.

Foto: Saddleworth Independent

Sebahagian besar masyarakat dunia apalagi generasi Y pastinya tidak mengetahui fakta menarik mengenai Nelson Mandela sepanjang pemerintahannya. Ini 25 daripada fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai mendiang Nelson Mandela.

1. Nelson Mandela bukan nama sebenar mendiang. Ketika lahir, orang tuanya menamakannya dengan nama Rolihlahla Dalibhuna Mandela, yang dalam bahasa Xhosa artinya “menarik cabang pohon”, atau pengertian lain “pemberontak”. Nelson adalah panggilan yang diberikan oleh gurunya membawa maksud sama Rolihlahla iaitu pemberontak atau pengacau.

2. Beliau lahir dari keluarga Kerajaan Thembu dari Suku Xhosa.

3. Meskipun majoriti penduduk di Afrika Selatan terdiri daripada orang-orang berkulit hitam juga pribumi, namun Nelson Mandela adalah orang berkulit hitam pertama yang menjadi presiden pada 10 Mei 1994 hingga 14 Jun 1999. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha Jenderal Gerakan Non Blok pada 1998-1999. Perkara ini berlaku kerana orang-orang Eropah, ingin menguasai Afrika Selatan dan merampas kekayaan alam yang dimiliki oleh penduduk asli Afrika Selatan.

4. Nelson Mandela bersahabat dengan para tokoh yang dibenci dan dituduh negatif oleh Barat, Israel dan USA seperti Yasser Arafat (Palestin), Muammar Kaddafi (Libya) dan Fidel Castro (Kuba). Nelson Mandela berkata, “Salah satu kesalahan yang dibuat oleh Dunia Barat adalah mereka berfikir bahawa yang menjadi musuh mereka adalah akan menjadi musuh kita juga. Kami memiliki perjuangan kami sendiri”. Kenyataan ini yang paling fenomenal dari Nelson Mandela.

5. Dia adalah seorang ahli falsafah, advokat dalam dunia pendidikan dan selalu berjuang selama hidupnya. Sepanjang hayatnya telah menerima pelbagai pengiktirafan Nobel Perdamaian pada 1993 dan lebih daripada 50 penghormatan dari berbagai universiti di dunia.

6. Nelson Mandela menyukai selera makan sederhana seperti semangkuk bubur dengan buah segar dan susu meski ia pernah menjadi presiden Afrika Selatan.

7. Mendiang Nelson seorang pencinta seni dan meminati muzik. Antara konsert seniman antarabangsa dan terkenal yang diminatinya adalah Whitney Houston, Michael Jackson dan Beyonce.

Foto: Page Six

8. Mendiang menyukai batik dari Indonesia dan sering memakainya pada acara-acara penting seperti pertandingan bola World Cup 2010 yang diadakan di Afrika Selatan.

9. Nelson Mandela sering keluar masuk penjara kerana menentang Rezim Apartheid yang menindas warga berkulit hitam di Afrika Selatan.

10. Nelson Mandela pernah menikahi 3 wanita. Isteri pertama bagi Nelson Mandela adalah Evelyn Ntoko Mase, sepupu kepada guru politiknya Walter Sisuhu. Perkahwinan pasangan ini selama 13 tahun (1944-1957) 4 anak namun 2 daripadanya meninggal dunia.

Manakala Winnie Madikiela adalah isteri kedua mendiang. Mereka saling menyukai saat Nelson Mandela disabit tuduhan sebagai pengkhianat. Pernikahan mereka bertahan selama 38 tahun (1958-1996) dan dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Zeneni sebagai Duta Besar Afrika Selatan untuk Argentina dan Zindzi. Mereka berpisah kerana perbezaan pandangan politik.

Pada usia 80 tahun sebelum masa pemerintahannya berakhir, Nelson Mandela menikahi Graca Machel pada tahun 1998. Graca juga merupakan isteri kepada presiden Samora Machel dari Mozambique.

Foto: The Telegraph

11. Mendiang menderita jangkitan paru-paru selama bertahun-tahun dan pada 2012 adalah paling kerap mendiang dirawat di hospital.

12. Mandela meraih gelaran Sarjana Muda ketika mendiang sedang berada dalam penjara. Sebelum dipenjarakan, dia melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Witwatersrand, London.

13. Warga Afrika Selatan menganggap Mandela sebagai Madiba juga Mkhulu, yang membawa maksud bapa.

14. Mendiang seorang yang ‘on time’. Dia menganggap individu yang tidak menepati masa mempunyai masalah kepincangan karakter.

15. Rutin harian mendiang adalah bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 pagi dan kemudiannya dia mulai berolahraga selama satu jam. Sesudah itu barulah mendiang menikmati sarapan pagi sekitar jam 6.30 pagi dengan menikmati hidangan kegemarannya bubur, buah-buahan serta susu segar sambil membaca surat khabar. Nelson Mandela bekerja selama 12 jam setiap hari dan sangat membenci kemalasan.

16. Nelson Mandela akan mengemas kamar tidurnya sendiri setiap pagi.

 17. Genre muzik kegemaraan mendiang adalah Handel dan Tchaikovsky.

18. Peminat sukan tinju.

Foto: The Sweet Science

19. Menurut penulis biografi rasmi Mandela bernama Anthony Sampson, selama menjadi presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela berjaya memberikan kehidupan yang lebih baik kepada tiga juta penduduk di mana mereka berpeluang menikmati layanan telefon dan air bersih; 1.5 juta anak-anak menikmati pendidikan; 500 klinik kesihatan dibangunkan; dua juta penduduk menikmati aliran listrik selain 750,000 rumah dibangunkan.

20. Film Mandela and De Klerk bercerita tentang pembebasan Mandela dari penjara. Dalam filem ini, Mandela dilakonkan oleh Sidney Poitier.

21. Sandton Square di Johannesburg diganti namanya menjadi Nelson Mandela Square pada tahun 2004, lengkap dipasang patung Mandela setinggi 6 meter, untuk menghormati Nelson Mandela.

22. Tiga tahun kemudian, patung Nelson Mandela dibangunkan di Parliamen Square di London pada Ogos 2007.

23. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir antaranya pemimpin di negara Asia yang dikagumi mendiang.

24. Mandela mengidolakan Mahatma Gandhi. Dia mengaguminya dengan gerakan anti kekerasannya di India.

25. Selama hidup beliau, Nelson Mandela menyebarkan semangat kepada ribuan penduduk menerusi naskah pidatonya yang terkenal. Sebahagian daripada judul pidatonya adalah “Lelaki Berkulit Hitam di Istana Lelaki Putih”, “Sebuah Cita-cita Yang Saya Siapkan Untuk Mati”, “Pidato di Capetown”, “100 Hari Pidato”, “Jangan Panggil Aku, Aku akan Memanggilmu”.

Foto: Bloomberg

Sumber: Boston25News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Jan 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 25 Jun 2021

Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan Dan Masih Boleh Dimohon

Penganalisis Ekonomi dari Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP […]

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat. Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari […]

Featured Thu, 15 Jul 2021

Beri Kelonggaran Pergerakan Untuk Individu Yang Lengkap Dua Dos

Kerajaan sedang meneliti untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan […]

Featured Thu, 29 Sep 2022

Azrel Ismail Pernah Dicurangi, Kini Pilih Untuk Curang?

Eh pilih untuk curang? Kenapa pulak tu? 🙀

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Wed, 8 Apr 2020

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Lembut dan selesa, tidak rengsa pada kulit