Eat Travel By: Ad Ops October 16, 2018 @ 5:00pm

15 Bandar Yang Paling Top Di Dunia, No. 5 Paling Gorgeous

Apakah yang membuatkan sesuatu bandar itu hebat? Seni bina unik, restoran yang lain daripada yang lain, budaya yang pelbagai, serta kedai-kedai menarik mesti ada.

Selain itu, street life yang meriah, penduduk tempatan yang mesra dan wujudnya hubungan harmoni dengan alam sekitar juga penting, ya!

Bandar-bandar yang disenaraikan di bawah ini telah dipilih oleh pengunjung portal pelancongan Travel+Leisure sebagai 15 bandar terbaik di dunia. Dan yang pasti, mereka menepati semua kriteria yang telah disebutkan di atas.

Setiap tahun untuk bancian anugerah “World’s Best” yang dijalankan oleh portal ini, para pembaca telah diminta untuk mengimbau kembali pengalaman melancong mereka ke seluruh dunia.

Untuk itu, mereka diminta berkongsi pendapat tentang bandar, pulau, kapal cruise, spa, syarikat penerbangan dan lain-lain yang terbaik.

Untuk bancian Top Cities, mereka telah memberi rating kepada bandar kegemaran mereka berdasarkan pemandangan dan landmark, budaya, makanan, kemesraan penduduk, shopping dan nilai keseluruhan.

Anda mungkin ingat bandar-bandar yang ramai pengunjung setiap tahun seperti London, Los Angeles dan Tokyo mesti termasuk sekali dalam senarai World’s Best Cities. Hehehe, tak semestinya!

Teruskan membaca artikel ini untuk melihat senarai 15 bandar terbaik di dunia yang telah diundi oleh pembaca.

Manalah tahu, mungkin anda nanti akan dapat idea untuk destinasi percutian anda yang akan datang.

15. Beirut, Lebanon

Markah: 87.04

Foto: Maremagnum/Getty Images

14. Istanbul, Turki

Markah: 87.09

Foto: Moment RF/Getty Images

13. Rome, Itali

Markah: 87.16

Foto: Francesco Iacobelli/Getty Images

12. Cape Town, South Africa

Markah: 87.63

Foto: Sergio Amiti/Getty Images

11. Mexico City, Mexico

Markah: 87.65

Foto: Nikolas Antoniou/Getty Images

10. Charleston, South Carolina, Amerika Syarikat

Markah: 87.79

Foto: Jordan Banks/Getty Images

9. Chiang Mai, Thailand

Markah: 87.93

Foto: Evgeny Ermakov/Getty Images

8. Hoi An, Vietnam

Markah: 88.09

Foto: John Harper/Getty Images

7. Luang Prabang, Laos

Markah: 88.20

Foto: Manfred Gottschalk/Getty Images

6. Florence, Itali

Markah: 88.29

Foto: Nagy Melinda/Getty Images

5. Kyoto, Jepun

Markah: 88.42

Foto: Prasit photo/Getty Images

4. Ubud, Indonesia

Markah: 88.74

Foto: Job Jansweijer/Getty Images

3. Udaipur, India

Markah: 89.31

Foto: Hadi Zaher/Getty Images

2. Oaxaca, Mexico

Markah: 90.52

Foto: Melissa Kuhnell/Getty Images

1. San Miguel de Allende, Mexico

Markah: 91.94

Foto: Sergio Mendoza Hochmann/Getty Images

Adakah mana-mana daripada 15 bandar ini menepati jangkaan anda?

Seperti yang anda lihat, negara Mexico muncul juara dengan tiga penyertaan. Sebuah oasis kolonial di tanah tinggi negara tersebut, San Miguel de Allende mendapat tempat pertama untuk kali kedua.

Kali pertamanya adalah pada tahun lepas yang juga merupakan kali pertama ia tersenarai dalam sejarah anugerah ini yang merentasi 23 tahun. Hebat!

Dengan seni bina berinspirasikan flora dan jalan berjenis cobblestone, San Miguel nampak macam kawasan perkampungan tetapi jumlah pelukis yang ramai menyuntik suasana kosmopolitan di dalam bandar ini.

“Ada banyak kedai yang menjual kraftangan, barang kemas dan seni lukis tempatan. Bawa beg ekstra!” tulis seorang pembaca Travel+Leisure.

Wah, tak pernah tahu pun!

 

Sumber: Travel+Leisure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Eat Travel Wed, 29 May 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021

Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Inisiatif Rakan Artis Bantu Kos Rawatan

Moga dipermudahkan buat Nad Zainal dan ahli keluarga🧡

Featured Mon, 9 Jan 2023
Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat