Featured By: Ad Ops November 18, 2019 @ 6:28pm

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Sejak muncul bersama-sama kumpulan Destiny’s Child pada 1996,  Beyoncé Knowles sudahpun membuktikan yang beliau sememangnya pandai bergaya. Tidak kiralah dari segi solekan, fesyen ataupun penggayaan rambut, Beyonce yang turut dikenali dengan panggilan Queen Bey pasti akan menarik perhatian orang ramai dengan penampilannya.

Tetapi sejak tahun 2010, penyanyi tersohor ini meningkatkan lagi taraf penggayaannya. Sepanjang dekad ini, beliau berjaya membuat orang terpesona dengan ikatan rambutnya yang panjang berjela atau didandan dengan gaya yang rumit ataupun penggunaan pembayang mata metalik.

Penampilan Beyoncé yang mantap di setiap majlis keramaian adaalah hasil kerja tangan pasukan ‘glam’ beliau yang turut membabitkan jurusolek Sir John dan penggaya rambut Neal Farinah. Saban tahun, pasukan itu mereka cipta bermacam-macam gaya penampilan bagi Beyoncé yang sukar untuk dilupakan.

Jadi jom kita imbau kembali gaya-gaya ikonik Beyoncé sepanjang dekad ini. Bagi peminat yang ingin menjadi seorang Queen seperti Beyonce, mungkin boleh mengambil inspirasi daripada gaya ini:

Rambut bertali ‘tinsel’

Pada tahun 2010, Beyoncé membuat penampilan pada acara Anugerah Grammy dengan selitan tali berkilat pada rambutnya.

Ikatan ekor kuda di tepi

Gaya rambut untuk acara Anugerah Muzik Video MTV 2011 ini membantu menyerlahkan lagi solekan Beyoncé yang ringkas dan lembut, justeru beliau tampak lebih manis dan anggun.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 Busana Elegan Yang Kate Middleton Pakai Sepanjang Lawatannya Ke Pakistan

Rambut kerinting kembang

Ketika membuat persembahan pada rancangan Good Morning America pada 2011, rambutnya yang keriting menggerbang mencuri perhatian penonton.

Dandanan tepi

Pada majlis pelancaran minyak wanginya pada 2011, Beyoncé mengenakan gaya rambut dandan tepi.

Solekan klasik

Bagi acara Anugerah Grammy 2013, Beyoncé memilih untuk tampil elegan dengan solekan ringkas, tetapi cantik, iaitu bibir merah klasik dan solekan mata kucing.

Gaya rambut beralun seksi

Pada acara Met Gala 2013, rambut karamel selebriti ini digayakan untuk menjadi alunan yang tampak seksi dan matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Lebar Sayap Buka Butik Gaya Hidup

Gincu ala vampire

Beyoncé memilih warna gincu yang lebih berani dan eksotik untuk acara Met Gala 2014.

Ikatan ekor kuda tinggi

Penggayaan rambut yang unik untuk acara Tidal pada 2015 ini juga sesuai untuk Beyoncé.

Gaya rambut bob cut

Beyoncé mencuba gaya rambut yang jauh lebih pendek, yang akhirnya menjadi ikutan ramai untuk penampilannya pada acara Vanity Fair Oscars Party 2015.

Ikatan dandan halus emas

Beliau membuat persembahan pada acara Anugerah BET pada 2016 dengan dandanan halus.

Dandan panjang berjela

Gaya fesyen Beyoncé di acara Tidal pada 2016 ini sudah cukup menarik, tetapi beliau menjadikannya lebih menakjubkan dengan dandanan panjangnya.

Monokromatik emas

Tiada siapa boleh lupa persembahan Beyoncé di Anugerah Grammy 2017 yang bersinar keemasan. Beliau tampil anggun bergaya dengan gaya ala ratu yang cukup memukau mata.

Dandanan cornrow

Bagi acara Anugerah Grammy 2018 pula, Beyoncé tidak membuat penampilan di karpet merah, tetapi beliau tetap tampil dengan penuh glamor.

Gaya warna gangsa

Beyoncé memadankan warna solekannya dengan warna rambut dengan sempurna sekali untuk acara pelancaran filem The Lion King di Eropah tahun ini.

Dandanan rambut finger wave

Pada majlis pelancaran The Lion King di Hollywood pula, Beyoncé mencuba dandanan Finger-Wave yang jauh lebih rumit. Tengoklah sendiri!

Secara kesimpulannya, terbukti Beyoncé memang berani tampil dengan pelbagai macam gaya yang setanding mantapnya dengan bakat nyanyian beliau. Gaya yang mana menjadi kesukaan anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022
#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

familuv Tue, 20 Nov 2018

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Hargai anak anda kerana mereka tak akan kecil selama-lamanya!

Eat Travel Thu, 28 May 2020
Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]