Eat Travel By: Bibi Ramli October 4, 2018 @ 12:00pm

13 Makanan Terbaik Yang Anda Patut Makan Selepas Bersenam

Kalau nak sihat, mestilah anda curahkan banyak tenaga dan usaha dalam senaman anda, kan? Kalau anda nak tahu, semua senaman yang anda buat akan menjadi lebih berkesan jika anda akhirinya dengan sajian makanan yang sesuai.

Anda mesti tertanya, kenapa nak makan selepas penat-penat buang lemak? Hmm… anda bukannya disuruh makan makanan sebarangan macam nasi goreng atau pasta.

Sebaliknya ada beberapa jenis makanan sihat yang anda perlukan untuk pulihkan semula otot-otot yang mungkin rosak akibat senaman anda.

Apabila bersenam, otot-otot anda menggunakan kandungan glikogen sebanyak ‘minyak pelincir’. Lama-lama habislah, kan? Itu sebabnya anda perlu makan sajian yang mengandungi nutrien dan vitamin penting untuk isi balik jumlah glikogen dalam badan anda.

Dengan memakan makanan yang betul selepas workout, anda boleh bantu badan anda recover balik dengan lebih cepat. Jom check bahan-bahan apa yang elok.

1. Telur

Protein dan karbohidrat adalah dua ramuan penting dalam sajian selepas bersenam yang bagus. Dengan 70 kalori dalam setiap biji, telur mengandungi 6.3 gram protein dan merupakan salah satu jenis makanan semula jadi yang juga mengandungi vitamin D.

2. Quinoa

Foto: damndelicious.net

Sebutannya adalah “kin-wah”, okay? Sebagai bekalan karbohidrat anda, beras perang memang bagus tapi ia tak boleh lawan vitamin dan nutrien yang terdapat dalam quinoa. Ia juga mengandungi lebih banyak protein dan serat, dan memerlukan lebih kurang masa untuk masak.

3. Jus oren

Daripada meneguk minuman isotonik, baik minum segelas orange juice. Selain vitamin C, anda juga akan menerima lebih banyak potasium daripada apabila anda meminum minuman “bertenaga”. Potasium adalah elektrolit penting yang membantu memenuhkan balik kadar air dalam badan anda. Kalau anda tak tahu, minuman seperti 100 Plus sepatutnya diminum ketika anda bersenam, bukan selepas. 

4. Pisang

Buah ini merupakan salah satu karbohidrat yang “baik” yang anda perlukan selepas bersenam. Ia boleh memulihkan kadar glikogen dalam badan, yang membina semula otot yang rosak. Pisang juga menawarkan banyak potasium.

5. Salmon

Anda bukan saja mendapat bekalan protein yang banyak, omega-3 yang dalam salmon yang bersifat anti-keradangan juga boleh membina semula otot dan meningkatkan prestasi anda.

6. Blueberi

Buah-buah kecil ini boleh memberikan badan anda antioksida yang banyak. Lagipun, kajian menunjukkan blueberi boleh meningkatkan kadar pemulihan anda sebanyak 3 kali ganda selepas senaman yang intensif.

7. Roti pita gandum dan hummus

Foto: Whole Grain Goodness

Inilah pilihan bebas-daging yang juga senang untuk disediakan. Dibuat daripada kacang kuda, hummus mengandungi kedua-dua protein dan karbohidrat. Karbohidrat daripada roti pita pula akan kekalkan kadar tenaga anda selepas bersenam.

8. Buah yang dikeringkan dan kacang

Jika anda kesuntukan masa, segenggam snek ini boleh menawarkan anda protein dan karbohidrat yang anda perlukan. Kacang soya khususnya membantu dalam membina semula otot. Setengah cawan mengandungi 34 gram protein.

9. Nanas

Buah ini mengandungi bromelain, sebuah bahan anti-keradangan semula jadi yang dibuktikan boleh memulihkan lebam, seliuh dan bengkak. Ia juga tinggi dalam vitamin C, komponen penting dalam pemulihan tisu.

10. Ubi keledek

Foto: Simply Recipes

Selain karbohidrat baik, ubi ini mengandungi pelbagai jenis vitamin dan nutrien, seperti vitamin B6, C dan D serta magnesium dan potasium.

11. Kiwi

Buah ini pula kaya dengan vitamin C dan potasium, walaupun saiznya kecil. Ia juga sumber antioksida yang bagus. Jangan buang kulitnya, okay! Ada lebih banyak nutrien di situ.

12. Air

Yang ini paling obvious kot. Ramai orang membuat kesilapan dari segi kurang meminum air dalam sesi bersenam. Untuk rasa hebat dan kekal bertenaga, anda patut ganti setiap paun berat yang anda hilang dengan 2 ke 3 gelas air.

Tip paling penting: Makan sesuatu!

Badan anda menggunakan banyak tenaga ketika bersenam. Jika anda tak gantikannya dalam masa sejam atau dua selepas sesi anda, otot anda takkan recover the betul. Kesemua usaha anda akan terbazir saja.

Sedikit makanan sebesar genggam anda yang anda makan 15 minit selepas bersenam pun dah kira okay.

Ikuti tip-tip ini dan kekalkan cara hidup sihat, ya!

Sumber: Buzzfeed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Eat Travel Fri, 15 Jun 2018

Ada Yang Masih Tak Tahu Nak Buat Brownies? Ini Dia Resipi Mudah Untuk Anda

Hasilnya adalah brownies yang kaya dengan rasa coklat dan kenyal. Memang syok!

Featured Thu, 4 Feb 2021

Finalis Ada Banyak Benda Nak Kongsi? Celcom XPAX Tampil Dengan Cerita Di Sebalik #AJL35!

Debaran pentas AJL35 kian terasa! Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk korangmerasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35! […]

Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Featured Fri, 6 Dec 2019
Featured Thu, 6 Sep 2018

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Pastikan anda membersihkan kulit wajah, tanggalkan gincu dan maskara terlebih dulu sebelum tidur.

Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Featured Tue, 23 Feb 2021
familuv Wed, 28 Aug 2019

| Live TV