Featured By: Ad Ops August 7, 2019 @ 2:00pm

1,500 pasangan dedah rahsia kebahagian jangka panjang mereka – ia bukan komunikasi

Ramai orang kata komunikasi penting dalam sesuatu hubungan percintaan itu.

Untuk bersama hingga ke akhir hayat, seseorang itu perlulah mengenal dan memahami hati budi pasangannya. Dan cara untuk melakukannya ialah melalui komunikasi.

Pada peringkat permulaan bagi hubungan mereka, aspek ini memang penting. Tetapi adakah itu satu-satunya rahsia bagi hubungan yang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya?

Untuk mencari jawapannya, penulis dan blogger Mark Manson bertanya kepada pembaca blognya.

Maklumlah, pada masa itu, beliau akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi beliau ingin tahu apa nasihat yang mereka boleh kongsikan.

Lebih daripada 1,500 orang yang berada di dalam hubungan perkahwinan yang bahagia telah memberi respon.

Beliau juga bertanya kepada individu yang telah bercerai, apa yang menyebabkan hubungan mereka bersama pasangan akhirnya musnah.

“Saya mula perasan yang ramai daripada mereka berkata penceraian mereka berfokus kepada masalah komunikasi,” kata Mark kepada Business Insider. “Ia sesuatu yang mereka perlu perbaiki.”

Foto: Thrillist

Bagi mereka yang masih bahagia bersama pasangan hidup selama lebih 20 tahun, semuanya kata komunikasi ini terlalu digembar-gemburkan (overrated).

Sebaliknya rahsia hubungan mereka ialah perasaan hormat kepada satu sama lain.

“Jika anda akan menghabiskan masa berdekad lamanya dengan seseorang yang tidak berkomunikasi dengan baik, tentunya akan timbul rasa salah faham,” kata Mark.

“Anda akan alami situasi yang mana anda takkan faham mengapa pasangan anda berpendapat sedemikian. Sebagai tindak balasnya, anda pula akan membuat andaian yang tidak betul terhadapnya.”

Bagaimanapun, Mark menambah yang perkara ini normal bagi dua individu yang sering menghabiskan masa bersama.

“Pasangan bahagia tadi kata lagi, apa yang lebih penting ialah adanya rasa hormat di antara dua orang individu yang bercinta.

“Jadi apabila berlakunya perbalahan antara anda dan pasangan, anda takkan anggap yang dia ialah seseorang yang kejam kerana tak setuju dengan pendapat anda.

“Sebaliknya, anda patut hormat pendiriannya. Anda patut hormat yang pasangan anda mungkin ada pendapat yang berbeza daripada anda.”

Jadi kesimpulannya, komunikasi yang bagus saja tidak cukup! Anda dan pasangan juga perlu memahami dan menghormati satu sama lain.

Semoga hubungan anda berkekalan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Nak atasi perasaan gayat ini anda perlu fokus dan berani!

familuv Thu, 22 Aug 2019

6 taktik efisyen pisahkan anak dari tempat tidur

Yang penting buang perasaan kesian!

Featured Thu, 6 Jan 2022
Featured Tue, 27 Sep 2022

“Terdesak Sangat Ke Sis Nak Famous?” – Wanita ini Dikecam Gara-Gara ‘Claim’ Pernah Jadi Bekas Kekasih Ryan Bakery

Serius lah akak? Akak bekas girlfriend Ryan Bakery eh???💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

Featured Mon, 22 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Norman & Hazreen Tersingkir, Ada Pasangan Luah Perasaan? Jom Recap Episod 4!

Episod keempat Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan persaingan antara enam pasangan. Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Ziana […]

Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!