Acara By: Ad Ops August 21, 2018 @ 10:00am

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Gegaria Fest kini kembali lagi! Buat warga Selangor dan Kuala Lumpur khususnya warga Putrajaya, siap sedia kerana Gegaria akan menjengah di lokasi Tapak Letak Kereta, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 31 Ogos dan 1 September ini!

Seperti biasa, pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda sepanjang dua hari festival berlangsung. Salah satu aktiviti yang sentiasa mendapat sambutan hebat di Gegaria Fest ialah tarian kecergasan.

Aktiviti tarian kecergasan yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 1 September 2018 bermula jam 7.00 pagi itu akan dikelola oleh jurulatih kecergasan, Hanif Shawn. 

Bagi yang sentiasa mengikuti perjalanan Gegaria Fest, anda mesti tahu tarian kecergasan yang diadakan memang happening dan gempak! Memang rugi kalau anda tak join aktiviti ini.

Paling best, selain tubuh badan sihat, anda juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik turut menanti anda.  

Selain itu, anda juga boleh menang wang tunai menerusi cabaran “Merdeka Dance Off”! Wow, hebat kan?

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh daftar cepat-cepat secara online di link di bawah sebab 500 orang yang terawal mendaftar berpeluang mendapat T-Shirt dan goodies eksklusif secara percuma!

Borang Pra Pendaftaran: KLIK DI SINI!

Daftar segera dan sebarkan kepada keluarga dan juga rakan-rakan yang lain! Jangan lupa bawa kasut sukan anda pada hari Sabtu, 1 September nanti! Paling penting, jangan lupa gunakan tanda pagar #gogegaria dan #kitapunya dan kongsikan pengalaman hebat anda nanti.

Untuk maklumat terkini mengenai Gegaria Fest, layari laman Facebook GoGegaria dan laman sosial Instagram @GoGegaria. Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 May 2018

Ketahui Jenis Atau Warna Lipstick Yang Sesuai Untuk Anda, Berdasarkan Lambang Zodiak

Selain padankan warna lipstick dengan warna kulit, apa kata cuba pilih warna berdasarkan personaliti anda?

Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Featured Fri, 8 Jun 2018

Gila Branded, Anak Sulung Ziana Zain Pesan Kepada Penyanyi Itu Agar Tidak Membazir

“Dari pukul 10 pagi keluar, berhenti sekejap untuk berbuka puasa dan sambung kembali sampai kedai tutup!” – Ziana Zain

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]