Eat Travel By: Shaidah Shafie April 24, 2020 @ 9:51pm

2 helah penyediaan makanan mudahkan percutian santai

Topik utama yang sering diperkatakan setiap kali mahu bercuti adalah mahu makan di mana, boleh memasak atau terpaksa makan di hotel yang menjadi tempat penginapan.

Baik bercuti di dalam mahupun di luar negara, topik ini memang akan sentiasa dibincangkan bagi melancarkan perjalanan percutian yang mungkin sudah dirancang berbulan lamanya.

Usah jadikan percutian terbantut atau tergendala kerana perkara yang kecil itu, banyak makanan kering seperti sambal atau serunding yang boleh dibawa sebagai bekal ketika bercuti.

Percutian singkat sebegini tidak susah untuk membawak makanan sendiri dari rumah – gambar hiasan. Foto: Anisah Kamarulzaman.

Namun begitu, mungkin ada yang tetap mahu menikmati makanan yang selain daripada sambal atau serunding umpamanya ketika percutian pendek dua malam tiga hari di luar ibu kota.

Hijab & Heels mahu berkongsi dua helah mudah ini untuk memudahkan percutian anda, lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang kebanyakan kini gemar bercuti gaya ringkas dan ranggi, cukup dengan hanya sebiji beg sandang sederhana besar.

Tomyam boleh dibekukan dan dibawa bercuti – gambar hiasan. Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan.

Kedua-dua kaedah ini sesuai dilakukan untuk percutian jarak dekat atau di dalam negara sahaja, khusus untuk mereka yang tetap mahu menikmati makanan seperti di rumah sendiri.

Dua helah mudah berkenaan ialah:

1. Tomyam (atau sebarang lauk yang digemari)
Sediakan tomyam sesedap rasa mengikut cita rasa sendiri sama ada mahu pedas atau masam yang lebih. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk di ruang dingin beku.

Apabila tiba hari anda mahu keluar bercuti, bungkus bekas menu kesukaan itu dengan tiga atau empat helai akhbar lama. Ketebalan bungkusan memerangkap haba sejuk menyebabkan makanan beku akan mencair dengan perlahan. Mungkin sebaik anda tiba di lokasi, ia sudah mencair dan sedia untuk dijamah.

Roti canai disapu mentega kacang dan digulung memudahkan anda membawanya sebagai bekal ketika bercuti – gambar hiasan. Foto: NSTP.

2. Roti canai – Anda boleh gunakan dua atau tiga keping roti canai yang disapu dengan mentega kacang. Lapiskan ketiga-tiganya, gulung kemas dan bungkus dengan kertas pembungkus atau dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Roti canai gulung berlapis mentega kacang ini sesuai untuk minum petang anda yang dalam fasa bercuti. Hiris sederhana tebal sebelum dimakan. Cubalah, dijamin enak jika dinikmati bersama teh atau kopi panas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Featured Tue, 11 Apr 2023
Featured Sat, 15 Apr 2023