Featured By: Ad Ops June 11, 2018 @ 10:00am

3 Perkara Tentang YB Nurul Izzah Yang Anda Tak Tahu. No. 3 Memang Tak Sangka!

Siapa tak kenal YB Nurul Izzah? Kita semua tahu yang dia adalah ahli politik wanita yang berpendirian tinggi, tapi… apa lagi? Dari segi luaran saja yang kita nampak, tapi mesti anda nak kenali dia dengan lebih dekat.

No problem! Hijab & Heels berpeluang untuk menemubual beliau di acara Anggun Life di Johor Bahru baru-baru ini.

Penulis telah menanya tentang 3 perkara yang orang luar tak tahu tentangnya. Ini jawapannya:

1. “Saya gemar pilates. Saya rasa ia merupakan sejenis disiplin fizikal yang transformatif. Peminat Yoga di luar sana, jangan kecam saya! Tapi saya rasa pilates adalah lebih bagus daripada yoga kerana ia menguatkan core anda yang akhirnya akan memberi kekuatan kepada anggota badan anda yang lain.”

2. “Saya telah mencuba aktiviti extreme iaitu bungee jumping ketika berumur 15 tahun di Perth. Pada masa itu, saya rasa macam nak mati, kerana saya tak tahu macam mana nak terjun. Secara keseluruhannya pengalaman itu tidaklah berapa menarik buat saya.”

3. “Di dalam kehidupan saya sebelum ini, saya mahir bermain gitar. Tapi sejak saya mula sibuk dengan dunia politik dan sibuk nak tunaikan janji terhadap rakyat, saya memang tak ada masa nak terus bermain.”

Ha, sekarang anda dah tahulah 3 perkara extra tentang wanita yang dihormati ini. Nampaklah juga yang di sebalik imejnya, dia sebenarnya orang biasa macam kita semua.

Penulis juga telah menanya apakah pet peeves (sesuatu kelakuan orang lain yang kita rasa annoying) beliau. 

“Saya tak boleh jawab soalan itu, kerana jika saya ditahan polis nanti, mereka akan menggunakan informasi itu terhadap saya,” jawabnya sambil ketawa.

Oops! Betul juga! Biarlah rahsia…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh […]

Featured Mon, 25 Apr 2022
Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

Featured Sat, 6 Nov 2021

Filem Tempatan Prebet Sapu Akan Ke Oscars

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memilih filem ‘indie’ Prebet Sapu arahan Muzammer Rahman untuk mewakili negara ke anugerah akademi Oscars ke-94 yang akan berlangsung pada 27 Mac tahun hadapan di Los Angeles, Amerika […]

Featured Thu, 30 Nov 2023