Featured By: Bibi Ramli November 28, 2018 @ 10:00am

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Di sesetengah negara Asia seperti Thailand dan China, orang-orang tempatannya memakan serangga macam makan kacang putih. Eeee!

Bagi kita yang tak biasa, memanglah geli tapi bagi mereka, serangga seperti belalang, cengkerik dan cacing ‘mealworm’ dianggap sebagai snek yang sihat.

Bukan semua jenis serangga boleh dimakan tau! Jangan main tangkap saja mana-mana serangga yang anda nampak dan makan. Ada jenis-jenis yang selamat untuk dimakan.

Dan tahukah anda? Sekarang ini sudah ada 2 bilion orang di serata dunia (bukan di China atau Thailand saja!) yang telah menambahkan serangga ke dalam menu harian mereka.

Tengoklah, pelakon Australia terkenal Nicole Kidman pun minat!

via GIPHY

Kerana adanya permintaan tinggi, kini juga dah ada industri penternakan serangga khas yang mengeluarkan serangga yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Rupa-rupanya, memakan serangga ini banyak faedahnya. Di bawah ini adalah 3 kebaikan utamanya.

1. Serangga kaya dengan nutrisi penting

Foto: Lifesum

Edible insects (serangga yang selamat untuk dimakan) bukan saja berjumlah besar, tapi mereka juga menjimatkan dan berguna untuk kesihatan si pemakan,” kata pakar diet Kajsa Ernestam.

“Serangga adalah kaya dengan nutrisi (seperti vitamin B12, zat besi, manganese dan kalsium) tapi rendah kalori, dan mereka boleh membantu melawan obesiti dan penyakit berkaitan.”

Vitamin B12 membantu menyihatkan tulang dan meningkatkan tenaga; zat besi adalah penting dalam pembentukan sel darah merah; manganese menolong mengimbangkan sistem saraf dan otak; manakala kalsium menguatkan tulang.

Menurut presiden Entomo Farms Jarrod Goldin, serat prebiotic dalam serangga memberi kebaikan kepada penghadaman dan kesihatan usus.

2. Ia bagus untuk alam sekitar

Foto: Inhabitat

Kini, penternakan tradisional menyumbang kepada 18% daripada pengeluaran gas rumah hijau. Kita perlu kurangkan pengeluaran gas ini terutamanya di negara-negara maju sekurang-kurangnya sebanyak 80% supaya peningkatan purata suhu dunia kekal di bawah 2 darjah Celcius.

Selain itu, perubahan cuaca juga telah mengganggu penghasilan makanan. Suhu yang meningkat lebih banyak menjejaskan kawasan-kawasan kering, dan akibatnya susah untuk penduduk menanam sayuran dan menternak binatang.

Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan serangga mengeluarkan 100 kali lebih kurang gas rumah hijau.

Serangga juga boleh membiak dengan cepat. Seekor cengkerik boleh menetas 1,500 telur dalam masa tiga ke empat minggu. Ini adalah kadar yang lagi cepat daripada menternak lembu.

3. Anda tak perlu makan seekor-seekor

Foto: Sathaporn Muangngam / Shutterstock

Jika anda tak tahan dengan idea memakan serangga, mungkin anda boleh cuba makan dalam bentuk serbuk. Sama saja nilai nutrisinya, jadi ia serupa makan protein powder.

Ia juga datang dalam bentuk tepung yang anda boleh gunakan untuk buat kek. Jika anda tak geli, cara mudah untuk memperkenalkan serangga ke dalam diet anda adalah dengan membuat pizza dan taburkan serbuk serangga di atasnya. Selain itu anda boleh campurkannya ke dalam smoothie buah-buahan.

Foto: www.smallstockfoods.com

Amacam? Anda sanggup tak?

Rasa geli adalah cabaran terbesar dalam menggalakkan orang ramai memakan serangga dengan rela hati. Mungkin jika hidangannya nampak sedap, mereka akan rasa teringin untuk cuba.

Apa-apa pun, memang dah terbukti yang serangga bukan saja memberi manfaat kepada kesihatan kita, tapi juga kesihatan Bumi.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Acara Fri, 1 Mar 2019
Featured Wed, 16 May 2018

Anda Dengar Perkataan “Laurel” Atau “Yanny” Dalam Video Yang Telah Viral Ini? Jom Undi

Ingat tak perbalahan di media sosial mengenai sehelai dress, sama ada ia berwarna biru atau putih? Samalah juga.

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Featured Fri, 27 Dec 2019
Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Featured Sun, 13 May 2018

Ucapan Selebriti Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu. Awww…So Sweet

Selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan serta menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada wanita yang melahirkan mereka di muka bumi ini. 

Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Wed, 1 Apr 2020

Bila pocong jadi pengawal keselamatan, baru semua takut keluar rumah

Ini pocong sopan, beri cecair pembasmi kuman

| Live TV