Featured By: Fadzlena Jafar March 3, 2020 @ 11:37am

3 tekstil kraf ini dikatakan sesuai disimpan di muzium, ini cara memodenkannya

Kebanyakan generasi muda mengangggap batik, tenun dan songket hanya sesuai digayakan pada majlis tertentu seperti perkahwinan dan juga majlis makan malam.

Bukan sahaja kerana fabriknya yang tampak berat dan sarat, malah harganya yang ada kalanya mencecah ribuan ringgit menyebabkan ramai yang kian melupakan kain tenun dan songket.

Bagi memastikan kelestarian tekstil batik, tenun dan songket supaya kekal relevan pada masa depan, Kraftangan Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan beberapa pengusaha tekstil untuk menghasilkan motif yang lebih segar dan moden.

Rekaan menggunakan batik ini tampak moden dan segar. Gambar NSTP/Jim

Bukan itu sahaja, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu mengambil langkah proaktif apabila bekerjasama dengan pereka fesyen muda untuk menghasilkan rekaan yang diberi nafas baharu.

Baru-baru ini, Kraftangan Malaysia mempertontonkan kira-kira 30 rekaan dengan potongan moden yang menggunakan fabrik batik, tenun dan songket sebagai motif utama. Pertunjukan fesyen bersempena dengan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2020 bukan sahaja menarik perhatian warga tempatan, tetapi juga pelancong asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kraftangan Malaysia Perkenal Inisitiaf Digital Bagi Pikat Generasi Muda

1. Batik

 

Blaus moden dan celana daripada tekstil batik ini sesuai digayakan ke majlis minum petang dan tampak lebih menyerlah apabila diserikan dengan tas tangan batik. Gambar NSTP/Jim

 

Bersesuaian dengan cita rasa golongan muda, rekaan batik menggunakan teknik canting ilham olahan bunga ketumbit ini tampak lebih segar dan moden. Penggunaan warna mewah seperti kuning mustard, coklat kacang hazel dan biru terang menaikkan seri pada rekaan ini.

Koleksi batik itu dihasilkan oleh pereka dalaman Kraftangan Malaysia, Farah Nurwahidah dan pereka Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan serta tenaga pengajar Institut Kraf Negara, manakala rekaan fesyen pula oleh Shahira Hanifah.

2. Tenun

Penampilan tampak berada dalam kelas tersendiri apabila menggayakan jaket daripada kain tenun yang dilihamkan daripada jaket bolero ini . Gambar NSTP/Jim

Koleksi yang menggunakan kain tenun pula adalah ilham pereka Kraftangan Malaysia, Nurscha dengan kerjasama pereka tekstil, Norhusna Musa.

Rekaan yang digayakan menggunakan teknik tenun beragi dan jalur diselang-selikan dengan teknik ikat bermotifkan bunga tanjung.

Jika tenun lazimnya hanya dibuat baju kurung, rekaan ini pula menggunakan fabrik itu bagi menghasilkan skirt, blaus, gaun, jaket dan seluar.

3. Songket

Kain songket dijadikan gaun malam menggunakan motif bunga kecil yang menyerlahkan keanggunan si pemakai. Gambar NSTP/Jim

Koleksi kraf tekstil songket pula ilham pereka Kraftangan Malaysia, Dayang Mordiana Abang Ahmat dengan kerjasama pereka tekstil, Sanatia Samsir.

Songket yang digunakan bagi menghasilkan rekaan berkenaan bermotifkan bunga cermai mewakili Terengganu, bunga kapas mewakili Sabah dan Orkid Normah mewakili Sarawak.

Jika batik dan tenun dihasilkan dengan rekaan lebih santai, rekaan songket pula berkonsepkan adibusana yang sesuai digayakan pada majlis istimewa menggunakan trend warna 2020 iaitu hijau neon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Neelofa Kongsi Perkembangan Terbaru Bilal – “Boleh Berjalan Dah Dia!”

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 13 Apr 2021

“Tak Berhenti Menangis, Berpeluh..” – Sarimah Ibrahim Dedah Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Personaliti menarik yang dimiliki oleh Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya membuatkan dirinya disegani ramai. Meniti populariti sebagai pengacara kesayangan ramai, Sarimah kini lebih selesa memberi fokus kepada keluarga semenjak bergelar ibu kepada Tunku Sofia Najihah, […]

Featured Sat, 27 Aug 2022

Ibu Sedang Bertarung Nyawa Di CICU, Remy Ishak Mohon Doa Supaya Dapat Bersama Semula

Allahuakbar 😥 semoga ibu Remy Ishak cepat sembuh aamiin dan semoga Remy sekeluarga kuat dan tabah hadapi ujian ini 🤲

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Events Sat, 22 Jan 2022
Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang